Thursday, 23 February 2012

La Tahzan


Assalamualaikum semua.  Kak Cik  doakan semoga semuanya sentiasa di bawah rahmat Ilahi serta dikurniakan nikmat kesihatan agar terus berbakti di bumi ini. InsyaAllah.


Di sini,  Kak Cik  mahu berkongsi dengan anda semua tentang sedih. Setiap orang di dunia ini ada masalah. Tidak ada manusia yang tidak mempunyai masalah.Bila kita ada masalah yang tidak tahu bagaimana mahu menghadapinya, pasti kita akan sedih bukan? Tidak kisahlah masalah dari segi moral, kewangan dan sebagainya. Hatta orang gila pun punya masalahnya yang tersendiri.

Bila kita sedih, what do we usually do? Ada orang pergi tepi pantai, menjerit sekuat hati. Ada orang menangis semahu-mahunya. Ada orang hanya menangis di dalam hati. Semua itu kita lakukan adalah untuk menghilang kesedihan di dalam hati.

Apabila  Kak Cik  tersangat sedih kerana hal-hal tertentu,  Kak Cik  selalu baca ayat di atas. Benarlah, al-Quran itu kalam Allah. Membacanya ibarat kita sedang berkomunikasi dengan Allah. Allah sentiasa tahu apa yang dialami oleh hambanya. Ketika sedih,  Kak Cik  akan membaca Al-Quran supaya hati lebih tenang. Muka surat pertama yang  Kak Cik  baca adalah muka surat di mana terkandungnya ayat ni. SubhanaAllah. Seolah-olah Allah sedang memujuk kita supaya jangan bersedih. Kita tidak bersendirian. Walaupun kita tidak nampak Allah dari segi zahirnya, tetapi sesungguhnya Allah itu sangat dekat dengan kita.

Allah akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambanya. Hanya menunggu masa yang sesuai. Allah s.w.t never say NO to our request, but He just wait a suitable time to say YES.

Di sini,  Kak Cik  nak kongsi beberapa doa yang pernah  Kak Cik  belajar di sekolah dulu apabila kita berada di dalam kesedihan yang mendalam.

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia."
اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
"Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau."
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zalim."
اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
"Allah,Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu."

Saturday, 18 February 2012

عندما يسبّح الحب



Kak Cik selalu lambat tahu tentang informasi-informasi terkini. Tidak up to date. Dan selalu old fashioned. Contohnya, baru semalam  Kak Cik  tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Orang lain dah tengok, dah baca novel dan pun.

Jujur  Kak Cik  bagi 5 bintang untuk cerita itu. Kerana, suana di Mesir. Suasana yang sangat  Kak Cik  rindu. Angin yang sepoi-sepoi, tetapi hangatnya masih terasa. Penunggang basikal mebawa roti yang bertingkat-tingkat. Sebelah tangannya mengawal basikal, sebelah lagi menjinjing dulang roti yang hampir sama besar dengan basikal itu sendiri. Selain itu, suasana di Universiti Al-Azhar. Walaupun tidak punya kesempatan menjejakkan kaki ke sana, mendengar cerita-cerita rakan-rakan, sudah cukup membuatkan hati berasa cukup bahagia.Dan terakhir sekali ialah permandangan sungai nil yang tersimpan 1001 sejarah di dalamnya.

Apabila tengok cerita ini,  Kak Cik  teringat yang  Kak Cik  pernah tanya mak waktu  Kak Cik  kecik-kecik. "Mak, kenapa banyak sangat ceramah pasal remaja?", mak hanya menjawab "Nanti bila dah besar, adik akan tahu sendiri".

Bila Kak Cik  sudah besar, sudah remaja baru  Kak Cik  faham. Kenapa orang ramai sangat mengambil berat tentang masalah remaja. Mengapa setiap motivasi yang diadakan disentuh tentang ramaja. Kak Cik  faham, rupa-rupanya remaja ini mempunyai masalah hati. Apakah masalah hati itu?

Masalah hati yang dimaksudkan ialah, akan terdetik di dalam hati untuk mempunyai perasaan ingin mencintai dan dicintai. Salahkah masalah hati ini? Seriuskah? Tidak, tidak ada siapa yang dapat menghalang dari mempunyai perasaan ini. Apa yang dititikberatkan oleh ibu bapa dan pakar-pakar motivasi ialah teknik menguruskan perasaan ini. Seperti melakukan pekerjaan lain, mengurus perasaan cinta juga ada cara-cara yang tersendiri. Silap langkah, boleh menzalimi diri sendiri. Tersilap teknik, boleh mengundang murka Allah. Tersilap cara, boleh melahirkan insan-insan yang tidak ingin dilahirkan dalam keadaan sebegitu.

Ya, benar,  Kak Cik  sendiri pernah terlintas di hati untuk mempunyai seseorang yang special dalam hidup. AJM maksudkan ialah 'a man'. Tapi setiap kali  Kak Cik  berfikir tentang itu, pasti akan terngiang-ngiang kata-kata seorang ustazah yang sangat disegani di sekolah dahulu.

"Buat apa kamu nak ingat kat dia? Apa yang dia buat dekat kamu? Apa pengorbanan yang dia lakukan? Setakat tanya tiap-tiap hari 'dah makan ke belum', itu yang kamu katakan satu pengorbanan? Cuba fikir balik, bagaimana pula dengan mak kamu yang masak untuk kamu setiap hari. Tolong hidang lagi, kalau kamu sakit tolong suapkan lagi ke mulut. Itu baru dinamakan pengorbanan. Kamu kata dia baik hati. Kerana sudi berkongsi soalan-soalan trial dari negeri lain. Bagaimana dengan guru-guru yang sanggup membeli soalan-soalan trial, fotostate lagi. Jika tak faham ajar lagi.Kalau kamu tak faham, cikgu ajar lagi. Bagaimana?"

Hanya itulah yang selalu  Kak Cik  ingatkan pada diri agar tidak terus-menerus memikirkan soal cinta yang belum halal. Apa pengorbanan yang dia lakukan. Jika tidak ada, layakkah dia berada di hati kita?


Kak Cik terjumpa satu post dari blog seorang ukhti ini. Sangat indah kata-katanya.

Ketika akhwat jatuh cinta.

Akhwat Jatuh Cinta??


Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...



Bukankah cinta adalah fitrah manusia???



Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???



Mereka juga punya hati dan rasa...




Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...



Namun sebaliknya...



Ketika Akhwat Jatuh Cinta...



Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...



Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah asa yang tak semestinya…



Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…



Ketika Akhwat Jatuh Cinta…



Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…



Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…



Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…



Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…



Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...



Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…



Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…



Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...



Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…



Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…



Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…



Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…



Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…



Semua Akan Indah Pada Waktunya…

Wednesday, 15 February 2012

Berkawan biar seribu


Kita hidup di dunia ini tidak boleh seorang diri. Kita tidak akan mampu hidup sendirian tanpa seseorang di sisi. Kerana itulah Allah menciptakan kita dari pelbagai jenis,ragam, fi'il untuk saling kenal-mengenali, lengkap-melengkapi. Kerana itu jugalah keluarga sangat penting. Apa ertinya hidup jika hidup sebatang kara. Mesti tidak semeriah jika dibandingkan dengan orang yang mempunyai keluarga yang besar. Penuh dengan warna-warni. Jika kita berada di perantauan, jauh dari keluarga dan sanak-saudara, sudah tentulah insan yang bernama 'sahabat' akan memainkan peranan yang sangat penting dan bertindak sebagai 'keluarga' dalam diri kita.

Namun, tidak semua insan yang bergelar sahabat mahu berkawan dengan kita kerana keinginannya sendiri. Ada orang berkawan kerana inginkan sesuatu dari kita. Ada orang berkawan kerana kita kaya. Ada orang berkawan kerana kita cantik.Ada orang berkawan kerana kita pandai.Tak kurang juga ada yang berkawan kerana ingin populariti.

Jika mereka yang bergelar sahabat kurang senang dengan kehadiran kita, mungkin kerana kita tidak dapat memberi apa yang diinginkannya daripada kita atau kelemahan yang ada pada diri kita.

Duhai sahabat,
Tidak semua insan yang dilahirkan di dunia ini dalam keadaan yang sempurna. Kau dan aku dilahirkan di dalam keadaan yang serba kekurangan. Tidak pandai membaca, menulis mahupun mengira. Tetapi Allah mengurniakan kepada kita kelebihan yang tersendiri. Yang berbeza di antara hambanya. Supaya, insan yang bergelar sahabat akan melengkapi sahabatnya yang lain. Kita banyak mendengar ceramah dari pakar-pakar motivasi. Dalam perhubungan jangan terlalu mencari kesalahan. Kerana semua orang tidak lari dari melakukan kesalahan. Tetapi carilah kesempurnaan yang ada pada dirinya, agar kita mensyukuri apa yang kita miliki.

Ada juga sahabat yang tidak suka kepada kita kerana kelebihan yang kita ada. Mungkin si dia cantik dan ramai yang meminatinya. Mungkin si dia pandai dan peramah. Jadi, cikgu-cikgu menyukainya. Mungkin si dia petah dalam berbicara, jadi semua acara dibolotinya. Kerana kelebihan yang ada pada diri seseorang, jadi sesetengah orang berasa iri hati.

Duhai sahabat,
Janganlah engkau memusuhi orang yang mempunyai bakat lebih daripadamu. Sebaliknya engkau berusahalah untuk menjadi teman yang terbaik buatnya. Bertanyalah tentang rahsia kejayaannya. Yang mempunyai kelebihan itu janganlah engkau kedekut akan ilmu yang kau miliki. Apabila engkau mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain, itu bermakna engkau telah diamanahkan untuk menyampaikannya pada orang lain.

Duhai sahabat-sahabat yang disayangi.
Janganlah bermasam muka hanya kerana hal yang kecil. Janganlah perbesarkan salah-faham yang boleh dibawa berbincang. Sudah lupakah kalian pada hadis Rasulullah SAW:

"Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah"

.....akan mendapat naungan di hari akhirat. Kan indah bila persahabatan disulami dengan perasaan hormat menghormati. Ya, benar, kita tidak boleh memaksa diri untuk menyayangi diri seseorang kerana perasaan 'ar-Rahman' itu milik Allah. Tetapi, kita boleh memaksa diri kita untuk menghormati orang lain.

"Some people hurt by words, some people hurt by hearing, but the most hurt is when people ignoring is while we value them much"

Tuesday, 14 February 2012

Play Hard but Study Smart

Sepatutnya entre kali ini dipostkan awal bulan Januari, tetapi sudah lama di drafkan dan sekarang baru punya kesempatan untuk menge'post'kan. Okay, berkaitan dengan tajuk 'Play Hard but Study Smart' ni sebenarnya berkaitan dengan perbulana  Kak Cik  dengan kakak di facebook.

Kakak : Assalamualaikum. Macam mana first day?
Kak Cik : Okay jer. Dah dapat tugasan kot. And... dah tahu result exam first semester ritu.
Kakak : Dapat berapa ?
Kak Cik : Boleh la. 3.**. Rasa macam tak layak. Ada kawan adik tu study je memanjang. Tapi ada kena repeat. Padahal adik ni asyik main game je.
Kakak : Cer tak main game. Mesti 4 flat.

Kak Cik  hanya mampu tersenyum kelat. Betul cakap kakak, kalaulah sepanjang exam aku tak main game. Mesti dapat dapat 4 flat. Ah, tak boleh berkalau-kalau. Kan Islam melarang umatnya berkalau-kalau. Benda dah jadi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sepatutnya aku bersyukur sebab Allah masih bantu  Kak Cik . Ini bukan bererti Allah tidak membantu sahabat-sahabat yang kena repeat exam, tapi mungkin Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik nanti. :-)

Kakak juga cakap, walaupun kita main, tapi kena study jugak. "Play Hard but Study Smart". Ya, tak dinafikan,  Kak Cik  sangat suka main. Pernah kakak bertanya pada  Kak Cik  untuk membeli laptop brand apa, harga berapa?  Kak Cik cakap  Kak Cik  nak harga laptop maksimum 2k. Tidak lebih dari itu. Tentang brand  Kak Cik  tidak kisah kerana kakak lebih arif tentang itu.  Kak Cik juga cakap pada kakak,  Kak Cik  nak laptop yang boleh main game. Game sims.The latest sims,The Sims 3. Sudah hampir 3 tahun  Kak Cik berpuasa dari bermain game itu kerana ada komitmen yang lebih penting, SPM. Kakak pun berjani jika  Kak Cik  habis SPM nanti kakak akan benarkan  Kak Cik  main game itu semula.

Bila difirkirkan, rasa kelakar. Niat membeli laptop pun sudah tak elok. Beli laptop untuk main game. Sepatutnya beli laptop untuk memudahkan buat assigment bila masuk universiti nanti. Apa la  Kak Cik  ni kan?Ada orang bertanya, best sangat ka main game sims ni? Jawab  Kak Cik , of course la best.
Tak best kah dapat berangan-angan mendiami rumah seperti ini? Best kan? Walaupun mustahil untuk memilikinya di alam nyata, dalam game pun sudah memadai. :-P

Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah,  Kak Cik  tidak pernah merasai nikmat study yang sebenar. Maknanya  Kak Cik  tak pernah study yang betul-betul study. Memang dari kecil  Kak Cik  sangat tak suka study. Entah mengapa. Bila  Kak Cik  masuk UIA dulu, ada satu nasihat dari pensyarah yang begitu terkesan di hati.

" In IPT, you talent is not usefull anymore. But, the most important thing when you enter IPT is you must be a hardworking person"

Jadi, mulai sekarang  Kak Cik  sangat perlukan pertolongan sahabat-sahabat untuk mendoakan  Kak Cik  supaya menjadi seorang yang lebih 'hardworking'. Hardworking dalam pelbagai situasi. Hardworking dalam membuat assigment dan yang paling penting hardworking dalam membaca buku. Pensyarah  Kak Cik  di IPG pernah berpesan, "nak jadi cikgu, kamu mesti banyak membaca, kerana ilmu itu nanti akan bermanfaat untuk bakal anak didik kamu".

So, kawan-kawan, jom tanamkan tekad dalam hati, aku mesti habiskan sebuah buku ilmiah dalam masa sebulan !

Sunday, 12 February 2012

Sabar Itu Indah

"فصبر جميل"

Ya, sabar itu indah. Be patient because good things come to those who waits. Benarkah? Ya benar. Itulah janji-janji Allah. Walaupun kita telah kehilangan sesuatu yang amat berharga, atau kita tidak punya pilihan lain melainkan melepaskan ia pergi, tapi percayalah sesungguhnya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang sama baik atau lebih baik dari sebelumnya. Sama ada cepat atau lambat. Dan sekarang saya sangat mempercayainya.

Ketika saya dalam keadaan sedih, seorang sahabat telah membisikkan sesuatu yang indah ke telinga saya " jangan sedih, sesungguhnya sabar itu indah ". Kebetulan pada malamnya, setelah menunaikan solat maghrib berjamaah, saya membaca al-Quran. Kebetulan juga saya membuka muka surat 237, surah Yusuf, ayat 18. Tertera dengan jelas ayat seperti di atas. Pada awalnya saya ingat ayat yang dibisikkan sahabat saya itu adalah rekaannya. Rupa-rupanya, Subhanallah. Begitu indah sekali Allah menyusun kata.

Dari sabar akan wujud perasaan redha. Dalam menunggu akan wujud perasaan sangka baik terhadap Allah.

Jadi, ayuh sahabat-sahabat. Mari bersabar. Mari bersangka baik kepada Allah.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Sesungguhnya Allah tidak menguji sesorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.


Just to say Hi

Saya pernah mendengar satu ceramah agama di radio. Penyampainya tidak pasti pulak. Tapi, apa yang ingin saya katakan di sini ialah, menurut penceramah tersebut ada tiga cara untuk membuatkan orang sentiasa suka pada kita. Tiga cara yang disebut di dalam hadis tersebut ialah :
1 ) Sebarkan salam.
2) Memberi orang lain makan.
3) Berqiyamullai.

Jadi, kesimpulannya di sini, tajuk 'Just to say Hi' sepatutnya bertukar menjadi 'Just to say Assalamualaikum'... Bukankah menyebarkan salam itu sunat?

So, Assalamualaikum semua !