
Assalamualaikum semua.
Kak Cik doakan semoga semuanya sentiasa di bawah rahmat Ilahi serta dikurniakan nikmat kesihatan agar terus berbakti di bumi ini. InsyaAllah.
Di sini,
Kak Cik mahu berkongsi dengan anda semua tentang sedih. Setiap orang di dunia ini ada masalah. Tidak ada manusia yang tidak mempunyai masalah.Bila kita ada masalah yang tidak tahu bagaimana mahu menghadapinya, pasti kita akan sedih bukan? Tidak kisahlah masalah dari segi moral, kewangan dan sebagainya. Hatta orang gila pun punya masalahnya yang tersendiri.
Bila kita sedih, what do we usually do? Ada orang pergi tepi pantai, menjerit sekuat hati. Ada orang menangis semahu-mahunya. Ada orang hanya menangis di dalam hati. Semua itu kita lakukan adalah untuk menghilang kesedihan di dalam hati.
Apabila
Kak Cik tersangat sedih kerana hal-hal tertentu,
Kak Cik selalu baca ayat di atas. Benarlah, al-Quran itu kalam Allah. Membacanya ibarat kita sedang berkomunikasi dengan Allah. Allah sentiasa tahu apa yang dialami oleh hambanya. Ketika sedih,
Kak Cik akan membaca Al-Quran supaya hati lebih tenang. Muka surat pertama yang
Kak Cik baca adalah muka surat di mana terkandungnya ayat ni. SubhanaAllah. Seolah-olah Allah sedang memujuk kita supaya jangan bersedih. Kita tidak bersendirian. Walaupun kita tidak nampak Allah dari segi zahirnya, tetapi sesungguhnya Allah itu sangat dekat dengan kita.
Allah akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambanya. Hanya menunggu masa yang sesuai. Allah s.w.t never say NO to our request, but He just wait a suitable time to say YES.
Di sini,
Kak Cik nak kongsi beberapa doa yang pernah
Kak Cik belajar di sekolah dulu apabila kita berada di dalam kesedihan yang mendalam.
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.
اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
"Allah,Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu."
No comments:
Post a Comment