Tuesday, 14 February 2012

Play Hard but Study Smart

Sepatutnya entre kali ini dipostkan awal bulan Januari, tetapi sudah lama di drafkan dan sekarang baru punya kesempatan untuk menge'post'kan. Okay, berkaitan dengan tajuk 'Play Hard but Study Smart' ni sebenarnya berkaitan dengan perbulana  Kak Cik  dengan kakak di facebook.

Kakak : Assalamualaikum. Macam mana first day?
Kak Cik : Okay jer. Dah dapat tugasan kot. And... dah tahu result exam first semester ritu.
Kakak : Dapat berapa ?
Kak Cik : Boleh la. 3.**. Rasa macam tak layak. Ada kawan adik tu study je memanjang. Tapi ada kena repeat. Padahal adik ni asyik main game je.
Kakak : Cer tak main game. Mesti 4 flat.

Kak Cik  hanya mampu tersenyum kelat. Betul cakap kakak, kalaulah sepanjang exam aku tak main game. Mesti dapat dapat 4 flat. Ah, tak boleh berkalau-kalau. Kan Islam melarang umatnya berkalau-kalau. Benda dah jadi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sepatutnya aku bersyukur sebab Allah masih bantu  Kak Cik . Ini bukan bererti Allah tidak membantu sahabat-sahabat yang kena repeat exam, tapi mungkin Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik nanti. :-)

Kakak juga cakap, walaupun kita main, tapi kena study jugak. "Play Hard but Study Smart". Ya, tak dinafikan,  Kak Cik  sangat suka main. Pernah kakak bertanya pada  Kak Cik  untuk membeli laptop brand apa, harga berapa?  Kak Cik cakap  Kak Cik  nak harga laptop maksimum 2k. Tidak lebih dari itu. Tentang brand  Kak Cik  tidak kisah kerana kakak lebih arif tentang itu.  Kak Cik juga cakap pada kakak,  Kak Cik  nak laptop yang boleh main game. Game sims.The latest sims,The Sims 3. Sudah hampir 3 tahun  Kak Cik berpuasa dari bermain game itu kerana ada komitmen yang lebih penting, SPM. Kakak pun berjani jika  Kak Cik  habis SPM nanti kakak akan benarkan  Kak Cik  main game itu semula.

Bila difirkirkan, rasa kelakar. Niat membeli laptop pun sudah tak elok. Beli laptop untuk main game. Sepatutnya beli laptop untuk memudahkan buat assigment bila masuk universiti nanti. Apa la  Kak Cik  ni kan?Ada orang bertanya, best sangat ka main game sims ni? Jawab  Kak Cik , of course la best.
Tak best kah dapat berangan-angan mendiami rumah seperti ini? Best kan? Walaupun mustahil untuk memilikinya di alam nyata, dalam game pun sudah memadai. :-P

Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah,  Kak Cik  tidak pernah merasai nikmat study yang sebenar. Maknanya  Kak Cik  tak pernah study yang betul-betul study. Memang dari kecil  Kak Cik  sangat tak suka study. Entah mengapa. Bila  Kak Cik  masuk UIA dulu, ada satu nasihat dari pensyarah yang begitu terkesan di hati.

" In IPT, you talent is not usefull anymore. But, the most important thing when you enter IPT is you must be a hardworking person"

Jadi, mulai sekarang  Kak Cik  sangat perlukan pertolongan sahabat-sahabat untuk mendoakan  Kak Cik  supaya menjadi seorang yang lebih 'hardworking'. Hardworking dalam pelbagai situasi. Hardworking dalam membuat assigment dan yang paling penting hardworking dalam membaca buku. Pensyarah  Kak Cik  di IPG pernah berpesan, "nak jadi cikgu, kamu mesti banyak membaca, kerana ilmu itu nanti akan bermanfaat untuk bakal anak didik kamu".

So, kawan-kawan, jom tanamkan tekad dalam hati, aku mesti habiskan sebuah buku ilmiah dalam masa sebulan !

No comments:

Post a Comment