Wednesday, 21 March 2012

Result SPM yang mendebarkan


Hari ni, adik-adik yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 akan ambil result masing-masing. Gementar? Gemuruh? Sakit Perut? Demam? Biasalah tu. Siapa yang tidak takut dengan hari yang cukup mendebarkan ini.

Kak Cik teringat kenangan 3 tahun dahulu dimana itulah pengalaman pertama Kak Cik  berada di dalam suasana 'kegemuruhan' mengambil sijil SPM. Waktu itu  Kak Cik  masih lagi tingkatan lima. Di atas tugasan yang diberikan,  Kak Cik perlu hadir bersama dalam majlis bersejarah itu yaitu mengambil maklumat senior-senior, mengambil gambar, dan mengedarkan majalah sekolah kepada mereka.  Kak Cik  yang tak ambil result pun boleh rasa debaran itu. Debaran yang sangat luar biasa. Hanya yang pernah laluinya sahaja mengetahui apakah debaran itu.  Kak Cik  nak tangkap gambar pun tak senang hati tengok muka senior-senior yang dah tak boleh duduk diam. Berjalan ke sana ke mari. Mungkin masih berdoa agar diberikan keputusan yang terbaik. Suasana di dalam dewan agak riuh rendah. Ada yang sedang menjelaskan yuran-yuran tertunggak, bertanya khabar pada sahabat-sahabat dan guru-guru, tak kurang juga ada yang mahu bersendirian. Apabila tuan pengetua, penolong-penolong kanan, dan guru-guru lain masuk ke dalam dewan, maka saat yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

Kak Cik berada di belakang sekali. Pelajar-pelajar bersama ibu bapa mereka duduk di kerusi yang disediakan dan ada yang berdiri. Seorang demi seorang pelajar cemerlang dijemput naik ke atas pentas untuk mengambil keputusan mereka. Kemudiam sesi fotografi.  Kak Cik  dapat rasakan 'getaran itu'. Nak nangis pun ada bila melihat mereka yang berjaya menangis. Ada yang berpelukan dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.  Kak Cik  juga melihat ada yang bersama-sama ibu bapa mereka berjumpa guru-guru satu persatu untuk mengucapkan terima kasih. Allahu akbar.

Setahun yang lalu, apabila tiba giliran  Kak Cik  untuk mengambil keputusan SPM, sayangnya  Kak Cik  tidak berpeluang kerana pada ketika itu  Kak Cik  sedang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri bapa saudara. Pada malam keputusan nak keluar, seperti orang lain juga, walaupun di luarnya tampak tenang, tapi di dalam hati hanya Allah yang tahu.  Kak Cik  tahu  Kak Cik  bukanlah seorang yang pandai, bukanlah seorang yang rajin membaca buku macam orang lain (sampai 2-3 pagi), bukanlah seorang yang baik.  Kak Cik  juga banyak bermain dan tak banyak berdoa. Tapi malam itu, Kak Cik serahkan segala-galanya pada ALLAH agar diberikan keputusan yang terbaik agar dapat membanggakan mak dan ayah. Dan  Kak Cik  masih berharap, "Ya Allah, andai esok aku berada di dalam dewan Sultan Badlishah, biarlah namaku yang dipanggil. Walaupun sebenarnya aku masih di sini".

Awal-awal pagi lagi  Kak Cik dan hantar mesej ke KPM. Hehe. ^_^. Tapi lebih kurang pukul 11.00 pagi baru dapat mesej dari KPM. Kemudian  Kak Cik  telefon guru kelas untuk kepastian. Alhamdulillah. Syukur ya Allah di atas nikmat kejayaan yang kau berikan. Walaupun di saat aku selalu melupakanmu, Kau tidak pernah melupakanku. Di saat itulah  Kak Cik  rasakan yang Allah sentiasa dekat dengan kita.

Kepada adik-adik Maahad yang berjaya, tahniah akak ucapkan. Teruskan perjuangan. Perjalananmu masih jauh dik. SPM bukanlah penamat segala-galanya.

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan takut dan jangan sedih. Allah tahu yang terbaik buat hamba-hambanya. Mungkin Allah mahu berikan kepadamu kejayaan yang luar biasa kelak. Ingat kata-kata ustaz dan ustazah di maahad. Tak guna dapat 11 A+ jika akhlak kita failed. Jaga hati jaga akhlak ya sayang.

Kepada adik-adik yang masih dalam perjuangan menuju SPM, berusahalah menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Sebenarnya kepandaian yang kamu ada hanya sedikit yang membantu kamu di dalam dewan peperiksaan dik. Selebihnya adalah doa dan restu GURU-GURU, mak dan ayah. Jangan pernah sombong di hadapan mereka. Cuba tengok rahsia pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini, tak ada yang menyatakan kejayaan mereka adalah kerana mereka seorang yang pandai. Tetapi rahsia kecemerlangan mereka yang pertama ialah menjaga hubungan dengan manusia di samping menjaga hubungan dengan Pencipta. Ingat dik, doa para guru itu sangat mustajab. Jadi jangan memusuhi guru ye sayang. Jaga hati mereka. Ingat pesanan ni.

Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah kekal selamanya,
Kasih GURU membawa keberkatan.

Saturday, 17 March 2012

At this land of barakah


At this land of barakah,


Where my journey has began,


The place when I start to know,

Who I really am,

to be a perfect muslimah,





At this land of barakah,

My Ustazah told me who is HIM,

He is a great creator,

We should be obedient because,

From HIM we come and to HIM we return.





At this land of barakah,

I learned how to appreciate ustaz and ustazah,

How they are so important in my life,

Without them who we are today,

Have thought us read, write, and count everyday,





At this land of barakah,

I knew that I am the selected person,

I stayed in this maahadi,

Picked up the pearl of knowledege,

and seperate it to the others outside,





At this land of barakah,

Of course i will never forget,

My life for five years here,

so many sweet memories to be remembered,

I will keep all of them in my heart,

Abadan...Abada...





Kak Cik (Ogos 2010)