Tuesday, 29 May 2012

Origin of a man

 Assalamualaikum semua. Kef Sihhatak? 3amal eih? Hehe..Maaf ye semua. Kak Cik sedang belajar bercakap Bahasa Arab 3ammi. Hehe. Maksudnya ialah 'bagaimana kesihatan kamu? How are you?'.

Okay, berbalik kepada tajuk. 'Origin of a man'. 'A man' di sini bukanlah bermaksud seorang lelaki. Tetapi seorang manusia. Jadi 'Origin of a man' bermaksud asal - usul seorang manusia. Bagaimana manusia di jadikan? Kenapa tetiba hari ini Kak Cik nak bercakap tentang asal-usul manusia nih? Hmmm... panjang ceritanya.

Kak Cik teringat kenangan di International Islamic University of Malaysia (IIUM) dulu. Kenangan terindah adalah ketika meringankan badan untuk menghadirkan diri ke Pillow Talk with Madam Isfadiah Muhd Dasuki. Pillow Talk? Bantal bercakap? Eh, tak lah.Sebenarnya Pillow Talk ni ala ala macam Bedtime Story. Every Monday night, our beloved principle, Madam Isfadiah akan bersama kami. Beliau ibarat seorang ibu kepada kami. Di mana akan menceritakan sebuah kisah yang menarik sebelum masuk tidur. Tapi setiap hari Isnin sahaja lah. Kalau nak tiap-tiap malam, itu namanya 'mengada-ngada'. Hehe. Pillow talk ni bermula pukul 11.00 malam. Siapa yang ingin berada di dalam sesi ini, perlulah membawa bersamanya bantal atau teddy bear atau buku catatan. Sangat santai. Sepanjang berada di IIUM, Kak Cik hanya berkesempatan menyertai Pillow Talk ini sebnyak 3 kali sahaja. Tidak mengapa. Bukan kuantiti yang dipandang, tetapi kualiti. Kefahaman itu penting. Hehe. Salah satu topik yang pernah dibincangkan oleh Madam Isfadiah ialah tentang 'Origin of a man'.

Setelah Kak Cik intorduce panjang lebar ni kan, jom kita masuk ke tajuk utama kita. Kita pernah mendengar teori Darwin ada mengatakan bahawa manusia pada asalnya adalah dari haiwan. kemudian mengalami satu evolusi sehinggalah terjadinya manusia seperti sekarang.
Teori Darwin

Tapi, kenapa kita nak berpegang kepada teori yang dicipta oleh orang kafir yang sudah terang lagi bersuluh penipuannya. Jika di dalam Pendidikan Islam, kita diajar bahawa Manusia berasal dari Nabi Adam a.s. Dan Nabi Adam dijadikan dari tanah dan seterusnya. Rasanya Kak Cik tak perlu lagi menerangkan panjang lebar kerana semua orang sudah sedia maklum.

Tapi, pernah tak kita berfikir kenapa Allah jadikan manusia daripada tanah? Tanah kan kotor. Tanah kan jijik. Kalau nak melabuhkan punggung di atas tanah, pasti dilapik dengan tikar dahulu. Paling tidak dengan surat khabar. Betul tak? Ha, itulah yang Kak Cik ingin bagitahu antum semua. Faedah kenapa Allah jadikan kita dari tanah. 

Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s., Allah memerintahkan para malaikat dan syaitan agar bersujud kepada Nabi Adam. Para Malaikat patut akan perintah Allah tetapi sebaliknya kepada Syaitan. Kerana mereka fikir mereka dijadikan daripada api, jadi mereka lebih hebat. Tetapi syaitan silap.

Madam Isfadiah bertanya : What are the benefits that a man is created by soils? Why soil is greater than fire (satans).

Salah seorang akhawat yang berada di barisan agak hadapan mengangkat tangannya dan menjawab  : Soil is greater than fire because soil can put out the fire (satans).

Betul kan? Apabila terdapat kebakaran kecil ketika main masak-masak semasa kecil dulu, kita akan meletakkan beberapa genggam tanah di atas api tersebut agar cepat pada. Malah tong pemadam api juga bahan-bahannya terdiri daripada debu yang juga berasal dari tanah. Okay, this is the first point that Madam Isfadiah told us that night.

Second point, Madam Isfadiah asked again : What will happen if we put a seed in soil and fire?

Semuanya senyap. Sedang membina ayat di dalam bahasa inggeris mungkin. Hehe.

Seorang lagi akhawat mengangkat tangannya : Err, because if we a seed in soil, dia akan tumbuh but in fire dia akan terbakar.

Madam Isfadiah said : Yess, from that we knew that soil can give us a life but fire just destroy the seed.

Point yang ketiga Madam Isfadiah bertanya lagi, apa akan terjadi jika satu pati tanah (clay) di letak di atas pati tanah yang lain dan seterusnya sehingga menjadi bertingkat-tingkat. Kali ini semua akhwat berdiam. Kerana masing-masing tidak dapat memberi jawapan. Madam Isfadiah menerangkan lagi bahawa sudah tentu binaan pati tanah itu akan jatuh. Jika diletak pati tanah yang lain ke atas pati tanah yang lain, ia tetap akan jatuh dan merata. Itu bermaksud sifat semula jadi manusia ialah merendah diri atau humble. Jadi kenapa harus berbangga diri? 

Point terakhir, kami ditanya lagi, apa akan terjadi kepada tanah jika dibakar oleh api? Semua terdiam. Memikirkan jawapan. Tapi kali ini saya yang menjawab : Sudah tentu ia akan menjadi keras seperti labu sayung! . Ya, tanah akan menjadi keras jika dikuasai oleh api. Dan susah untuk dibentuk semula kerana jika silap langkah pasti labu sayung tersebut retak dan seterusnya pecai berderai. Jadi, kita yang berasal dari tanah berusaha sehabis mungkin agar tidak dikuasi oleh syaitan. Natijahnya sudah tentu susah untuk dibentuk semula.

MasyaAllah. Begitu indah sekali perumpamaan yang diberikan oleh Madam Isfadiah. Menjadikan minda-minda kami terbuka luas. Semoga kita selepas ini tidak lagi merasa jijik untuk duduk di atas tanah ye. Hehe. Tapi, kalau tanah itu terang-terangan ada tahi ayam, janganlah duduk.

Kenalkan, inilah Madam Isfadiah yang Kak Cik maksudkan. Selalu kelihatan di tv AL-Hijrah. Gambar di atas diambil ketika beliau menjadi juri di dalam rancangan Solehah. Cantik kan? Hehe. Pertama kali melihat beliau di tv, terasa lucu. Kenapa? Ye la, itulah kali pertama Kak Cik mendengar beliau bertutur di dalam bahasa melayu. Selama di IIUM, bahasa perantaraan kami ialah bahasa inggeris.

Wednesday, 16 May 2012

Great teacher inpires!

- William Hart-

Manusia selalu tindak menghargai apa yang berada di depan mata. Hatta, Kak Cik sendiri pun macam tu. Apabila ia hilang, baru kita mencari-cari. Baru kita hargai. Baru kita sedar bahawa ia sangat bermakna untuk kita. Sama juga seperti guru. Jika di sekolah dulu, kita sangat membenci guru-guru. Kerana garangnya mereka, jika tidak siapkan kerja rumah, pasti dicubit di perut. Jika tidak dapat menghafal dengan lancar, pasti disuruh berdiri di atas kerusi. Rata-rata kita mendengar murid-murid mengeluh,

"Ah! Aku benci la cikgu A ni. Sikit-sikit sebut nama aku je dalam kelas. Macam aku sorang je dalam kelas tu"

"Aku tak suka la Ustaz B ni. Aku tak bawa buku latihan pun kena berdiri atas kerusi"

"Aku meluat dekat Ustazah C ni. Asyik suruh mengapai ja. Pastu kalau tak boleh hafal, mesti dia pulas perut aku, sakit beb!".

Ye kan? Betul tak? Mesti kita pernag berkata seperti ini. Jika tidak di mulut pasti terlintas juga di dalam hati. Jangan tipu.  Kak Cik  juga pernah melalui zaman persekolahan.  Kak Cik  juga secara jujur pernah terlintas kata-kata tak baik di atas ini dalam hati. Astaghfirullah.

Tapi kita jangan lupa. Kerana garangnya seseorang guru itu, jadilah kita seperti ini sekarang. Jika tidak kerana dia mencubit peha kita, sudah tentu kita akan berterusan tidak menyiapkan kerja sekolah. Jika tidak kerana dia menyuruh kita berdiri di atas kerusi, sudah tentu kita akan berterusan tidak membawa buku ke sekolah. Itulah yang dinamakan didikan atau tarbiyah. Sungguh, tarbiyah seorang guru bukan sahaja di atas kapur putih dan papan hitam, bukan sahaja untuk memastikan para pelajar berjaya di dalam akademik, tapi tarbiyah seorang guru itu adalah untuk memastikan anak muridnya turut berjaya dari segi adab dan sahsiah. Mulianya tugas seorang guru. Itulah yang dinamakan tarbiyah. Tidak ada nama tarbiyah jika tidak ada paksaan.

Di sini  Kak Cik  nak kongsikan kisah beberapa orang guru yang bagi  Kak Cik , mereka tergolong di kalangan 'the great teacher' yaitu guru yang telah memberi inspirasi kepada  Kak Cik .

Ustazah A, beliau sangat garang. Garangnya dia boleh diibaratkan ..jika hari tersebut terdapat matapelajaran yang dia ajar, pasti seluruh kelas tersebut tidak akan keluar rehat, malah sanggup berlapar. Dia pernah mengajar kami matapelajaran feqah dan usul fiqh. Sudah tentu kerja rumah yang diberi kepada kami ialah menghafal, menghafal, dan terus menghafal. Dari awal tahun hingga akhir tahun Kak Cik  tidak pernah suka pada Ustazah A ni. Benci setiap kali dia masuk ke kelas. Tapi,  Kak Cik  sedar, dia buat begitu kerana sebab-sebab tertentu. Sebabnya tak lain tak bukan sudah tentu untuk mentarbiyah murid-muridnya. Bukan setakat mendapat A+ dalam matapelajaran tersebut, tapi menjadi seorang yang berdisiplin dalam menuntut ilmu. Nak tahu bila  Kak Cik  sedar akan kesalahan  Kak Cik  kerana membenci Ustazah tersbut? Setiap kali tiba peperiksaan. Kami yang dipaksa oleh Ustazah untuk menghafal tiap-tiap hari sudah tentu dapat menjawab dengan mudah tanpa ada ragu-ragu. Dan sudah tentu keputusan kami juga turut cemerlang.Tika itu, terasa mahu berlari-lari keluar dari dewan periksa untuk jumpa dengan ustazah tersebut dan mengucapkan kepadanya " Terima kasih Ustazah!"

Berlainan dengan Ustazah F. Beliau seorang yang murah dengan senyuman, lembut bicara, dan yang penting tidak pernah sekali pun  Kak Cik  dengar dia meninggikan suara (marah). Sudah tentu  Kak Cik  suka ustazah seperti ini. Membuatkan kita tenang berada di dalam kelas. Tapi kenapa  Kak Cik  suka dia? Kenapa  Kak Cik  terinspirasi oleh beliau? Sebab  Kak Cik  suka cara dia bercakap. People not see what you talk about, but people see the way you talk. Am I right? Bercakapnya berhikmah. Malah ketika dalam keadaan marah pun, kata-katanya juga berhikmah. Mampu melembutkan hati orang yang mendengarnya. Sungguh,  Kak Cik  tak dapat gambarkan kat sini betapa berhikmahnya cara dia bercakap. Hanya orang yang pernah mengenalnya sahaja yang tahu.

Awas ye adik-adik. Jangan pernah membenci guru-guru tau. Tak sayang tak apa. Kerana sifat sayang tu milik Allah. Jika Allah tak campakkan perasaan kasih tu dalam hati kita, macam mana nak terbit rasa sayang kan. Tapi ingat, kita boleh paksa diri kita untuk hormat mereka. Hormat sebagai orang yang lebih tua dari kita. Yang penting sekali hormat sebagai orang yang memberi ilmu kepada kita. Ingatlah pesan Habib Umar,

"kamu tidak akan mendapat keberkatan ilmu sehinggalah kamu memuliakan si pemberi ilmu".

Dan yang terakhir sudah tentu la kedua ibu bapa  Kak Cik .

Jika orang bertanya kepada  Kak Cik  "eh, kenapa Azimah nak jadi cikgu?".  Kak Cik  akan jawab, kerana ibu bapa saya cikgu. Kerana saya dibesarkan dalam keluarga pendidik. Hampir semua ahli keluarga saya ialah pendidik. Dah tu, apa kena mengena pulak? Sudah tentu kerana saya terinpirasi oleh mereka!. 

Seawal umur 5 tahun dahulu, di tadika,  Kak Cik  dengan bangganya akan berkata kepada cikgu "saya nak jadi doktor cikgu! Doktor sakit puan!". Tapi kenapa cita-cita  Kak Cik  bertukar? Benarlah kata orang, persekitaran mendidik kita. Kita belajar dari alam.  Kak Cik  melihat bagaimana orang menghormati keluarga  Kak Cik  sebagai keluarga pendidik. Bukan berbangga. Tapi itu hakikatnya. Pendidik selalu dihormati oleh masyarakat. Malah, setiap kali  Kak Cik  ikut mak dan ayah keluar ke pekan, pasar malam dan sebagainya, pasti ada yang menyapa "Assalamualaikum cikgu!". Perkataan keramat 'cikgu' tidak pernah hilang walaupun ia sudah meninggal dunia. 

Bagi  Kak Cik  mak dan ayah adalah cikgu yang terhebat. Kak Cik  masih ingat kata-kata mak. Di dalam kubur nanti, antara yang nak tolong kita adalah dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Dan jalan yang terbaik adalah dengan menjadi guru. 

Mak, selalu bawa  Kak Cik  ke sekolahnya. Di situ  Kak Cik  melihat tugas seorang guru. Seperti yang  Kak Cik  nyatakan di atas, tugas seorang guru bukan sahaja memastikan anak muridnya berjaya dalam akademik, tetapi juga sahsiah. Jika melihat sampah, diminta anak muridnya untuk mengutip. Jika ada yang memakai baju yang menjolok mata, dinasihatinya supaya berpakaian sopan. Malah, tugas seorang guru juga ialah memjaga kebajikan pelajarnya. Mak seorang yang suka memasak. Setiap hujung minggu mak akan memasak pelbagai makanan, dengan harapan untuk menarik perhatian anak muridnya datang ke kelas tambahan.

Ayah, seingat  Kak Cik , dari  Kak Cik  kecil sampai sekolah menengah ayah masih membawa moto honda bulat ke sekolah. Sempoi. Bila  Kak Cik  tingkatan 2, baru ayah membeli kereta dan membawanya ke sekolah. Ayah seorang yang tegas dalam senyap. Setiap pagi, ayah akan menyediakan sarapan air milo kepada kami 4 beradik. Malah ketika kami sekolah rendah ayahlah yang menggosok baju kami. Ayah juga menggosok telekung  Kak Cik  dan melipatnya kemas-kemas kemudian memasukkannya ke dalam beg sekolah. 

Sekarang ini, walaupun mak dan ayah sudah pencen, panggilan 'cikgu' tetapi meninit di bibir-bibir orang kampung. Ketika hari raya, rumah sentiasa dikunjungi oleh anak murid mereka. Ketika cuti sekolah, papan putih di rumah penuh dengan undangan-undangan perkahwinan anak murid mereka.

Selamat hari guru mak, selamat hari guru ayah.

Gambar di atas sangat bermakna bukan? Jika anda dapat membaca ini, bersyukurlah kerana Allah mengurniakan kepada anda seorang guru yang mengajar tulis, baca dan kira.  Kak Cik  juga bersyukur kerana Allah memilih Kak Cik  dan rakan-rakan sebagai generasi yang meneruskan legasi mulia ini. Allahuakbar.

Di kesempatan ini Kak Cik ingin mengucapkan selamat hari guru kepada pendidik yang pernah mendidik dan mentarbiyah diri ini sehingga saya menjadi diri saya yang sekarang ini. 

Kepada guru-guru di Pasti Teluk Bagan, Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Sekolah Rendah Islam Darul Aman, Maktab Mahmud Alor Setar, Universiti Islam Antarabangsa, dan terkini Insititut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail..... Terima kasih kerana tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu kepada kami semua. Semoga Allah mengurniakan kepada kalian nikmat kesihatan supaya dapat memandu kereta ke sekolah dan menyebarkan ilmu Allah yang maha luas. Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Allah. may Allah bless you and your family.

Tak lupa juga, selamat hari guru kepada bakal-bakal guru. Semoga menjadi guru yang dapat memberi inspirasi kepada anak muridnya. Semoga menjadi guru yang membawa anak muridnya ke syurga. Semoga menjadi guru yang bersabar dengan karenah dan ragam anak murid yang pelbagai.

"Kami bangga menjadi guru
Kerjaya di hormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati yang murni"

Sunday, 13 May 2012

Kenapa kita belajar?

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Apa khabar iman kalian?

Hari ni  Kak Cik  nak kongsi satu benda. Seperti yang kalian tengok pada tajuk di atas "Kenapa kita belajar?". Petang tadi, lepas asar,  Kak Cik  ada usrah bersama 2 orang kakak-kakak naqibah yang comel dan beberapa rakan yang lain. Selepas membaca doa membuka majlis, berlakulah dialog seperti berikut :

"Okay, sebelum akak menyerahkan majlis ni kepada Azimah untuk bagi tazkirah, akak nak buat taaruf bertema dulu!". Salah seorang dari naqibah memulakan bicaranya.

"Huh?! Taaruf bertema?", kami semua kebingungan seolah-olah tidak pernah mendengar sebaris ayat 'taaruf bertema'..

"Okay, semua orang wajib jawab. Soalannya, 'kenapa kita belajar? Okay, sape nak jawab dulu?"

Kenapa kita belajar? Soalan tampak mudah, tapi perlu akal yang waras untuk menjawabnya. Kenapa? Kenapa?  Kak Cik  perlu berfikir dengan cepat agar jawapan  Kak Cik  tidak diambil oleh orang lain. Kenapa ye? Sebab mak ayah suruh? Bukan..bukan..itu jawapan untuk budak sekolah rendah. Huh~

"Saya nak jawab dulu kak!".  Kak Cik  mengangkat tangan (dengan bangganya.Hehe)

"Okay, silakan. Kenapa kamu belajar?", kak naqibah mengulangi soalannya.

" Erm. sebab...Allah, kak. Minta maaf saya lupa sapa yang cakap kata-kata ni. Kalau salah maaf ya. Kalau tak silap saya al-Imam asy-Syafie kot. Dia cakap kalau kita nak dunia kita kena ada ilmu, kalau nak akhirat pun kena ada ilmu. Kalau nak dua-dua pun kena ada ilmu. Jadi kenapa kita belajar, sebab nak ada ilmu la supaya berjaya dunia akhirat. Lagi satu 

من قال لا اله الا الله , وهو داعي 

'Sapa yang berkata LAILAHAILLAH, maka dia adalah dai'e'. Seperti yang kita tahu, antara ciri utama dai'e ialah berilmu. Kalau tak ada ilmu macam mana nak berdakwah. Betul tak?"

Semua orang mengangguk tanda setuju . Kemudian, Safwah, salah seorang dari ahli usrah  Kak Cik  memberi pendapat yang lain.

"Pada pendapat saya, kena kita belajar adalah kerana...

اطلب العلم فريضة على كل المسلمين

'menuntut ilmu tu wajib ke atas semua orang Islam'. 

Aida, pula memberi pendapatnya yang tersendiri. 

" Kita belajar ni sebab dalam dunia ni nak buat apa pun kena ada ilmu selain dapat memanfaatkan orang lain. Ada satu kata-kata ' nak berhujah dengan 10 orang yang berilmu lebih mudah dari berhujah dari seorang yang jahil'. Walaupun nak buat sebiji kek, kena ada ilmu. Ilmu tu sangat penting".

Semua orang tekun mendengar pendapat Aida. Kemudian, setiap ahli usrah diberi peluang untuk memberi jawapan masing-masing.

Akhir sekali, taaruf bertema pada petang tadi dibuat kesimpulan oleh salah seorang dari naqibah kami.

"Kesimpulannya, kita belajar kerana ilmu dan Allah menaikkan darjat orang berilmu beberapa darjat malah dikalangan hamba Allah yang takut kepadanya ialah Ulamak iaitu orang yang berilmu. Selain itu, sayap malaikat sentiasa memayungi orang-orang yang berilmu. Malah, jika dikaji semula, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah 'Iqra' yang bermaksud bacalah. Kerana membaca itu kunci kepada ilmu. Membaca itu kunci lapangan ilmu.Wallahua'lam"


Wednesday, 9 May 2012

Betapa berharganya seorang wanita


Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............



* Article di atas dah lama  Kak Cik  simpan kemas di dalam file document. Di mana Kak Cik  jumpa, dah lupa... Tapi sangat seronok membacanya. Kata-kata yang sangat menyentuh jiwa. Terasa bangga kerana dilahirkan sebagai seorang wanita... Muslimah. Alhamdulillah. Nikmat Iman dan Islam. Allahuakbar. Akan tetapi, tidak cukup hanya sekadar bersyukur. Ayuh, kita jaga iman, jaga amal, jaga hati, jaga akhlak, agar diri ini mampu mempunyai dan memelihara ciri-ciri seperti di atas. Sesuai dengan tujuan sebenar Allah menjadikan seorang wanita itu. Biar lelaki tampak wanita itu lemah, tapi mereka lupa bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, ada seorang perempuan hebat yang menyokongnya. :-)


* AJM rindu mak!!!....mak, tunggu, AJM nak balik... 2 minggu je lagi mak!...

Friday, 4 May 2012

Allah ingin mendugamu.

Assalam semua para mujahid -mujahidah. Kali ni  Kak Cik  ingin berkongsi tentang pengalaman  Kak Cik  bersama-sama anak-anak yatim. Sungguh, pengalaman pertama yang sangat berharga dan  Kak Cik  harap bukan yang terakhir. Sudah lama  Kak Cik  berangan-angan inginkan bersama-sama insan yang istimewa ini. Alhamdulillah, pada Jumaat yang lepas, Lajnah Moral telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Hilmi, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Sepetang bersama mereka, seabad terasa. 

Adik-adik yang akak sayangi,
Jangan bersedih sayang,
Setiap yang hidup pasti akan mati,
Yang kekal hanyalah Allah SWT,
Akak tahu, akak tak layang untuk memberi nasihat,
Kerana akak belum pernah diuji seperti kalian,
Tapi adik-adik perlu berbangga,
Kerana kamu sangat istimewa,
Sungguh istimewa,
Sedang orang lain setiap hari melakukan dosa terhadap orang tua,
Tapi kamu bebas daripada melakukannya,
Dosa kalian terhadap mereka sudah terhenti,
Sungguh, diri ini sangat mencemburuimu,
Akak minta maaf sayang,
Andai akak tak pandai melayanmu,
Sungguh, akak terkesima melihat ketabahanmu,

Adik-adik yang akak rindui,
Jangan tinggal solat ya sayang,
Belajar rajin-rajin,
Kejarlah apa yang menjadi cita-citamu,
Jadilah anak yang soleh dan solehah,
Kebanggaan ibu dan ayah.