"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah mesti ada kesenangan. Setiap kesabaran mesti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun jika sesuatu itu ditkadirkan bukan untuk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman. Jadi, teruskanlah melakukan perkara-perkara terbaik dalam hidup kita, kerana ia bukan satu pertaruhan"

Sunday, 13 May 2012

Kenapa kita belajar?

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Apa khabar iman kalian?

Hari ni  Kak Cik  nak kongsi satu benda. Seperti yang kalian tengok pada tajuk di atas "Kenapa kita belajar?". Petang tadi, lepas asar,  Kak Cik  ada usrah bersama 2 orang kakak-kakak naqibah yang comel dan beberapa rakan yang lain. Selepas membaca doa membuka majlis, berlakulah dialog seperti berikut :

"Okay, sebelum akak menyerahkan majlis ni kepada Azimah untuk bagi tazkirah, akak nak buat taaruf bertema dulu!". Salah seorang dari naqibah memulakan bicaranya.

"Huh?! Taaruf bertema?", kami semua kebingungan seolah-olah tidak pernah mendengar sebaris ayat 'taaruf bertema'..

"Okay, semua orang wajib jawab. Soalannya, 'kenapa kita belajar? Okay, sape nak jawab dulu?"

Kenapa kita belajar? Soalan tampak mudah, tapi perlu akal yang waras untuk menjawabnya. Kenapa? Kenapa?  Kak Cik  perlu berfikir dengan cepat agar jawapan  Kak Cik  tidak diambil oleh orang lain. Kenapa ye? Sebab mak ayah suruh? Bukan..bukan..itu jawapan untuk budak sekolah rendah. Huh~

"Saya nak jawab dulu kak!".  Kak Cik  mengangkat tangan (dengan bangganya.Hehe)

"Okay, silakan. Kenapa kamu belajar?", kak naqibah mengulangi soalannya.

" Erm. sebab...Allah, kak. Minta maaf saya lupa sapa yang cakap kata-kata ni. Kalau salah maaf ya. Kalau tak silap saya al-Imam asy-Syafie kot. Dia cakap kalau kita nak dunia kita kena ada ilmu, kalau nak akhirat pun kena ada ilmu. Kalau nak dua-dua pun kena ada ilmu. Jadi kenapa kita belajar, sebab nak ada ilmu la supaya berjaya dunia akhirat. Lagi satu 

من قال لا اله الا الله , وهو داعي 

'Sapa yang berkata LAILAHAILLAH, maka dia adalah dai'e'. Seperti yang kita tahu, antara ciri utama dai'e ialah berilmu. Kalau tak ada ilmu macam mana nak berdakwah. Betul tak?"

Semua orang mengangguk tanda setuju . Kemudian, Safwah, salah seorang dari ahli usrah  Kak Cik  memberi pendapat yang lain.

"Pada pendapat saya, kena kita belajar adalah kerana...

اطلب العلم فريضة على كل المسلمين

'menuntut ilmu tu wajib ke atas semua orang Islam'. 

Aida, pula memberi pendapatnya yang tersendiri. 

" Kita belajar ni sebab dalam dunia ni nak buat apa pun kena ada ilmu selain dapat memanfaatkan orang lain. Ada satu kata-kata ' nak berhujah dengan 10 orang yang berilmu lebih mudah dari berhujah dari seorang yang jahil'. Walaupun nak buat sebiji kek, kena ada ilmu. Ilmu tu sangat penting".

Semua orang tekun mendengar pendapat Aida. Kemudian, setiap ahli usrah diberi peluang untuk memberi jawapan masing-masing.

Akhir sekali, taaruf bertema pada petang tadi dibuat kesimpulan oleh salah seorang dari naqibah kami.

"Kesimpulannya, kita belajar kerana ilmu dan Allah menaikkan darjat orang berilmu beberapa darjat malah dikalangan hamba Allah yang takut kepadanya ialah Ulamak iaitu orang yang berilmu. Selain itu, sayap malaikat sentiasa memayungi orang-orang yang berilmu. Malah, jika dikaji semula, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah 'Iqra' yang bermaksud bacalah. Kerana membaca itu kunci kepada ilmu. Membaca itu kunci lapangan ilmu.Wallahua'lam"


No comments:

Post a Comment