Sunday, 24 June 2012

Nikmat yang sering dilupakan

Assalamualaikum semua. Kaifa halukum jami3an? Kak Cik harap semua pembaca-pembaca sekalian sihat-sihat sahaja dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Uhuk...huk...maaf ye. Kak Cik tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ni. Mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu. Mungkin juga kerana semester ke 3 kali ini, Kak cik dan rakan-rakan mendapat kelas yang berhawa dingin. Jadi agak susah untuk badan kita menyesuaikan diri apabila berada di dalam kelas sejuk gedik, tetapi di luar kelas panas. Hmmm... Banyak mengeluh kan?

Apabila diuji dengan ujian sakit, walaupun hanya sekadar demam yang biasa, di saat itulah baru kita teringat nikmat kesihatan yang pernah Allah SWT beri kepada kita dahulu. Ingat ye, Sihat sebelum Sakit. Oh ya, kak cik juga teringat satu hadis Rasulullah ni :

"Ada dua nikmat manusia tertipu kerananya, iaitu kesihatan dan masa lapang" (al-Bukhari)

Ya, nikmat masa lapang dan nikmat sihat adalah dua nikmat yang sering manusia lupa dan tidak menghargai. 

Errr. Actually kak cik tak tahu nak tulis apa. Hehe. Malam-malam buat begini, biasalah. Mata dah layu. Hingus pula turun bertalu-talu. Tangan terus menaip laju. Supaya kak cik dapat tidur 'laluh'... Hehe, tak sangka pulak kak cik ni berbakat juga ye dalam mencipta pantun. 

Sakit, dan jauh dari family bukan perkara yang mudah. Dari mula-mula kak cik berjauhan dengan family hingga sekarang, Alhamdulillah kak cik baru diuji jatuh sakit sebanyak 2 kali. Alhamdulillah, sepanjang berada di negeri orang ni, tak putus-putus kawan-kawan memberi pertolongan baik dari segi kewangan mahupun sokongan moral. They act like my own family. Dan kak cik teringat :

"Every time I ''menyebai'' and dont want to help my mother cook for my siblings' friend or anybody came to my house, my mother will tell me. "Tak pa la. Kita tolong orang musafir. Nanti kalau adik mengaji jauh-jauh ada orang tolong adik pula. La ni kita tolong depa. Jamu depa makan. Cuba tengok bang mi dok dekat Sarawak tu. Ramai orang tolong dia. Kita tak da adik-beradik pun kat sana", and I just able to be a silencer and let my hands do their works".

Yes, now i feel it. Here i havent no body that have 'pertalian darah' with me. But, i have 'them' that i can call 'family'.

Jika orang lain berkata Dr Mahathir Mohamad adalah seorang individu yang genius kerana berfikir 10 tahun kehadapan lantaran dapat membina Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran yang cantik dan sistematik, di sini dengan bangganya saya nak cakap, my mom is a super genius person kerana berfikir 20 tahun kehadapan. Beliau menabur bakti pada hari ini supaya anak-anaknya senang di kemudian hari. 

Mode : Rindu rumah and the people in the house esspecially my mom.
"Menyebai" means memberontak.
Sorry for much grammar mistakes.

" Jom berfikir 20 tahun kehadapan!"

Tuesday, 19 June 2012

Salahkah suka???

 ”Aisyah, cepatla tanya.”
”Tanya apa?”
“La, tadi yang kami cakap tu!”
”0oo…ok.” Aisyah mencari kelibat ustaz fikri di dalam kelas itu dari tempat duduknya.Waktu itu kelas Pendidikan Syariah Islamiah. Selalunya, waktu itulah aku mengambil peluang untuk bertanya soal2 agama kepada ustaz. Tapi kali ini entah mengapa aku meminta bantuan Aisyah. ”Ustaaz, nak tanya sikit”.
”Ya ada apa?”Ustaz berjalan menghampiri meja kami.
”Tak da la. Betulka kalau seorang pompuan yang suka kat seorang lelaki, pastu dia pendam perasaan dia, kalau dia mati dikira mati syahid?
”Ha? Betulka? Anti dengar kat mana.”
”Tak tau dia cakap kat saya”.Balas aisyah sambil menunding jari ke arahku.



Aku terpinga2 dengan reflex action dari Aisyah, “err…saya dengar dari dia” sambil jariku menunding ke arah Azimah pula.Azimah yang tidak tahu apa yang sedang berlaku terpinga-pinga dari tempat duduknya.”dia kata dia baca dari buku” sambungku.
“Tak da la, kan pompuan tu pendam perasaan dia, kira dia tahan nafsu la. Jadi macam satu jihad melawan nafsunya. Betul tak ustaz?”aisyah bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian.
“hm…boleh jadi. Tapi tu semua Allah yang tentukan”balas ustaz sambil menuju ke meja guru.
 Semua pelajar puteri kelas 5 Amanah kelihatan asyik menyelak buku teks dan tak kurang juga yang berbincang mengenai soalan trial yang ustaz beri di awal kelas tadi.
“Ustaz, salah ka suka kat seseorang” tiba-tiba Aisyah mengajukan soalan yang tak disangka.
Satu kelas bising dengan soalan yang diajukan Aisyah. Aku sendiri tak dapat menahan ketawa .”apa hampa ni, kami tanya ja.”Aisyah menarik muka .
“Suka kat seseorang?Apa salahnya? Contohnya kamu baca majalah, ada tertulis kisah seorang tokoh ulama’ , kemudian kamu kata kamu suka kat dia. Itu bukan satu kesalahan. Kamu suka dia kerana cara dia berdakwah.Itu maknanya kamu suka dia kerana Allah”
Satu kelas diam mendengar penjelasan Ustaz Fikri.30 pasang mata terpaku pada Ustaz Fikri sambil tekun mendengar setiap kata2 yang diungkapnya.
“Tapi, kalau kamu suka kat seseorang kerana wajahnya yang handsome, yang tu tak boleh la. Itu suka nafsu. Haram hukumnya” sambung ustaz lagi.”Alah, kamu tak payah risau la pasal tu semua. Nanti bila kamu masuk universiti , bersusun orang nak kat kamu” 
Semua pelajar puteri tersipu2 malu termasuk aku. Aisyah pula kelihatan berpuas hati dengan jawapan ustaz. Alhamdulillah, dapat ilmu baru hari ni….detik hatiku.
(Petikan dari blog best friend kak cik - Cik MIP (Muslimah in Pink)). Kak cik dapat kebenaran dari cik empunya blog.



Hmmm..berbalik kepada tajuk. Salahkah kita suka dekat seseorang tu? Berdosakah? Haramkah? Kat sini tak perlu kak cik nak huraikan panjang lebar. Cukuplah jawapan Ustaz Fikri di atas ya. Hehe. Okay, apa yang kak cik ingat. Dr Fazdilah Kamsah pernah berkata di dalam salah satu program motivasinya.

 "Tidak salah kita ada perasaan dengan seseorang yang berlawanan gender. Kerana itu normal. Memang sudah menjadi lumrah manusia, apabila sampai satu masa, dia ada perasaan ingin berkenalan-kenalan dengan individu yang berlawanan jantina dan yang pasti berkenalan bukan sekadar berkawan. Maknanya lebih daripada itu. Akan tetapi, kita kena ingat. Manusia dijadikan dalam keadaan sebaik-baik kejadian. Di samping ada nafsu, manusia juga dikurniakan otak yang beraqal. Maka, manusia mampu berfikir jalan untuk mengatasi nafsu yang tadi."

Jadi, tak salah suka. Tak salah nak minat. Tapi letakkanlah minat dan suka tu pada tempat yang sepatutnya. Suka pada seseorang disebabkan banyak faktor. Ada orang suka sebab dia kaya, sebab dia handsome, sebab dia padai, tak kurang juga ada yang suka sebab si dia memang 'blue eye boy' dekat sekolah. Semua orang tergila-gilakan dia. Tapi jadikanlah kelebihan yang dia ada sebagai manfaat pada diri kita. Contohnya suka dia kerana dia pandai. So, berusahalah agar kita sepintar dan setanding dia. Bak kata pepatah Melayu, "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah"...Tak da guna juga suka dekat seseorang tu, sampai tak boleh nak buat kerja apa atau dengan perkataan yang lebih mudah 'angau'.

Perasaan kita tidak boleh kawal. Kerana ia terbit dari hati. Secara spontan. Kak Cik pernah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. (Maaf jika kak cik tersilap kefahaman ketika mendengar ceramah beliau). Ustaz Azhar Idrus berkata : (mafhumnya)

" Allah tidak menilai keadilan seorang suami terhadap ister-isterinya melalui hati. Kerana tidak ada orang yang boleh mengawal hati termasuk Rasulullah. Keadilan dari segi kasih sayang. Menjadi lumrah manusia dia akan terlebih sayang salah seorang isterinya. Ibu bapa lebih sayangkan si bongsu daripada abang-abang dan kakak-kakaknya. Malah, di dalam banyak-banyak baju kita di dalam almari pun, akan ada satu baju yang paling kita sayang. Tapi keadilan yang Allah nilai adalah dari segi contohnya, si isteri pertama berbadan besarm akan tetapi isteri kedua berbadan lebih kecil. Tidak adillah jika suami membeli kain sebayak 4 meter kepada isteri pertama dan juga isteri kedua. Mungkin cukup bagi isteri kedua, tapi tidak cukup untuk isteri pertama. Di situlah keadilan yang dinilai. Adil- iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya."

Jadi, para akhwat sekalian. Jangan berasa diri ini jijik kalau kita minat kepada seseorang itu. Tapi letakkan la perasaan itu pada tempat yang sepatutnya. Jangan sampai minat kita tu melalaikan diri kita. Tepuk dada tanya Iman.

Last but not least jangan salah faham ye kenapa tetiba kak cik post tentang cintan cintun ni. Errr, kak cik dah ada 'blue eye boy' ke? Hehe. Setakat ni tak ada lagi. Terdetik nak post tentang ini kerana kak cik terbaca kisah pendek di atas di dalam blog best friend kak cik. Jadi, teringin nak huraikan dengan lebih panjang lagi. (Walaupun tak de la panjang sangat pun).

p/s : Ehem... kalau minat tu, kak cik rasa tak perlu kot bagi tahu kepada tuan empunya badan. Hehe.