Sunday, 24 June 2012

Nikmat yang sering dilupakan

Assalamualaikum semua. Kaifa halukum jami3an? Kak Cik harap semua pembaca-pembaca sekalian sihat-sihat sahaja dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Uhuk...huk...maaf ye. Kak Cik tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ni. Mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu. Mungkin juga kerana semester ke 3 kali ini, Kak cik dan rakan-rakan mendapat kelas yang berhawa dingin. Jadi agak susah untuk badan kita menyesuaikan diri apabila berada di dalam kelas sejuk gedik, tetapi di luar kelas panas. Hmmm... Banyak mengeluh kan?

Apabila diuji dengan ujian sakit, walaupun hanya sekadar demam yang biasa, di saat itulah baru kita teringat nikmat kesihatan yang pernah Allah SWT beri kepada kita dahulu. Ingat ye, Sihat sebelum Sakit. Oh ya, kak cik juga teringat satu hadis Rasulullah ni :

"Ada dua nikmat manusia tertipu kerananya, iaitu kesihatan dan masa lapang" (al-Bukhari)

Ya, nikmat masa lapang dan nikmat sihat adalah dua nikmat yang sering manusia lupa dan tidak menghargai. 

Errr. Actually kak cik tak tahu nak tulis apa. Hehe. Malam-malam buat begini, biasalah. Mata dah layu. Hingus pula turun bertalu-talu. Tangan terus menaip laju. Supaya kak cik dapat tidur 'laluh'... Hehe, tak sangka pulak kak cik ni berbakat juga ye dalam mencipta pantun. 

Sakit, dan jauh dari family bukan perkara yang mudah. Dari mula-mula kak cik berjauhan dengan family hingga sekarang, Alhamdulillah kak cik baru diuji jatuh sakit sebanyak 2 kali. Alhamdulillah, sepanjang berada di negeri orang ni, tak putus-putus kawan-kawan memberi pertolongan baik dari segi kewangan mahupun sokongan moral. They act like my own family. Dan kak cik teringat :

"Every time I ''menyebai'' and dont want to help my mother cook for my siblings' friend or anybody came to my house, my mother will tell me. "Tak pa la. Kita tolong orang musafir. Nanti kalau adik mengaji jauh-jauh ada orang tolong adik pula. La ni kita tolong depa. Jamu depa makan. Cuba tengok bang mi dok dekat Sarawak tu. Ramai orang tolong dia. Kita tak da adik-beradik pun kat sana", and I just able to be a silencer and let my hands do their works".

Yes, now i feel it. Here i havent no body that have 'pertalian darah' with me. But, i have 'them' that i can call 'family'.

Jika orang lain berkata Dr Mahathir Mohamad adalah seorang individu yang genius kerana berfikir 10 tahun kehadapan lantaran dapat membina Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran yang cantik dan sistematik, di sini dengan bangganya saya nak cakap, my mom is a super genius person kerana berfikir 20 tahun kehadapan. Beliau menabur bakti pada hari ini supaya anak-anaknya senang di kemudian hari. 

Mode : Rindu rumah and the people in the house esspecially my mom.
"Menyebai" means memberontak.
Sorry for much grammar mistakes.

" Jom berfikir 20 tahun kehadapan!"

No comments:

Post a Comment