Tuesday, 10 July 2012

Obstetric and Gynecology Doctors

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Urm... Kak Cik nak cakap tentang apa ya hari ni... Cuba tengok apa tajuk post kali ni? "Obstetric and Gynecology Doctors" kan? Tahu tak apa maksud Obstetric and Gynecology tu atau singkatannya O & G.

"Azimah, besar nanti nak jadi apa?", tanya guru Tadika.
"Nak jadi doktor!".

Bila dah besar sikit, jawapannya pun panjang sikit.
" Nak jadi doktor sakit puan!".

Jadi, dah dapat teka apa maksud O&G tu?  O&G tu adalah perbidanan dan sakit puan. Dari kecil, kak cik sangat minat bidang kedoktoran. Rancangan 'Medik TV' adalah salah satu rancangan wajib yang mesti tonton waktu sekolah rendah dulu pada setiap hari Ahad. Kenapa nak jadi doktor? Urmm.. Entah. Tak pernah terfikir kenapa nak jadi doktor. Mungkin nampak hebat bila boleh pakai kot putih, stetoskop tersangkut di tengkuk, dan mungkin masyarakat akan pandang tinggi. Selain itu, kak cik juga sangat meminati subjek sains. Dan kalau anda semua nak tahu, kak cik ada sedikit masalah dengan deria bau. Nak tahu apa yang peliknya? Kak cik sangat suka ikut mak menziarahi orang sakit di hospital. Sebab dapat bau 'bau' hospital yang sangat unik tu. Hehe. Aneh kan? Hehe. Pernah kak cik terfikir, kalau tak dapat jadi doktor pun, bekerja di bahagian pentadbiran hospital pun jadilah. Asalkan dapat bau 'bau' yang unik tu. Hehe.

Tapi, kita hanya mampu merancang. Perancangan Allah lebih baik. Cita-cita nak masuk kelas sains stream selepas PMR, hanya tinggal kenangan bila result PMR kurang memberangsangkan. Tak apa. Mungkin ada hikmah di sebalik itu. Mungkin Allah tahu kak cik tak mampu nak pikul beban sebagai seorang doktor. Dan selepas SPM, pernah terlintas di hati, nak isi borang UPU, pilihan pertama adalah nurse dan universiti yang menjadi pilihan ialah UIA. Tetapi setelah di timbal balik, dari segi pakaian dan sebagainya, dibatalkan niat. Alhamdulillah, Allah memilih kak cik 'bakal' bekerja sebagai seorang guru. Semoga sahabat-sahabat kak cik yang sedang berjuang di bidang ini, Allah mempermudahkan urusan kalian. Amin...

Sebenarnya, panjang kak cik buat introduction ni, actually nak cerita pasal drama korea yang kak cik dan kawan-kawan tengah gila tonton ni. Tajuknya Obstetric and Gynecology Doctors. Cerita ni dah lama kak cik cari. Dari form 5 lagi. Nak beli CD, almaklumlah kan, nama pun pelajar. Waktu tu pun, kak cik tak tahu lagi mana-mana website yang bagus untuk download cerita-cerita. Tapi, alhamdulillah. Tahun ni baru ada rezeki nak tonton cerita yang gempak ni. Kalau orang tanya, best ke? Of course kak cik akan jawab "best. episod satu pun dah gempak. Hehe.


 Ni pelakon utamanya. Comel kan. Kak cik suka topi yang dia pakai tu. Siap bercorak lagi. Tak da la nampak dull sangat. Ehem...kak cik rasa pesakit pun cepat sembuh kalau doktor-doktor comel macam ni. Hehe.

And seriously, kak cik nasihatkan kawan-kawan essepicially yang perempuan tu, bolehlah tengok cerita ni. Sangat bermanfaat. Ilmu tentang sakit puan pun dapat. Apa rawatannya? dan, yang penting dapat belajar bahasa korea!.. 



Antara sebab lain kenapa kak cik suka cerita ni, sebab ada bedah-bedah. Memang nampak real. Setiap kali tengok scene yang ada bedah-bedah ni, jujurnya air mata memang tak dapat dibendung lagi. Sayu. Sebab teringatkan mak. Kak cik dilahirkan melalui method c-section. Bayangkan. Jari kita yang terluka yang tak sampai 1 cm ketika menghiris bawang, sakitnya berhari-hari. Bagaimana dengan mak kita yang perutnya ditoreh-toreh? Ouchh... sakitkan? Tapi itulah namanya pengorbanan seorang ibu. 

Jika ada bidan di kampung, kak cik sangat suka memasang telinga. Jika ibu-ibu saudara berkumpul, dan berkongsi pengalaman melahirkan anak. Kak cik setia mendengar. Seronok mendengar pengalaman orang tua-tua. Rasa macam tak sabar nak mengalaminya sendiri...:-p...hehe. Seriously, O &G is the best department I think.
  
Buat ultrasound. 

Ha, tak ke best dapat pegang baby-baby comel macam ni? Huhu. Baby pun mesti suka didukung oleh jururawat yang comel macam dia jugak!. Hehe.

And last but not least... Ehem...I admire the fatherly paediatric doctor. Bukan sebab handsome. Bukan sebab dia doktor. Tapi sebab sifatnya yang sangat kebapaan. Hehe. If i said, O & G department is the best, then paediatric is the second because there are many cute babies!...
Errr... boleh tak nak request Obstetric ang Gynecology Doctors 2.. Hehe. Mengada-ngada kan. Bukan apa. Teringin nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Macam mana kehidupan doktor-doktor tu selepas kahwin? Macam mana dengan anak yang dikandung oleh Dr Seo Hye Young? Huhu. Kenapa episodnya hanya 16? 

Walaupun dah habis tengok cerita ni, tetapi masih lagi di dalam mood Obstetric and Gynecology Doctors.

*Tengok la. Seriously, akan terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.
* Bila la Malaysia nak buat cerita macam ni???

4 comments:

  1. hohoho..kak cik!!!
    nice entry...

    very benefit interesting best movie ever..
    plus with cute handsome n awesome actor+actress...

    <3 <3 <3

    n seriously when i woke up in a morning, the first thing that came out is 'patient saya, dh bersalin ke???'

    ola dida, penangan crta nie mmg terbawa2 sampai ke mimpi...
    betoi ckp kak cik <3 <3

    ReplyDelete
  2. Hehe... seriously..memang terbawa ke mimpi.. Macam kita pulak yang jadi Obstetrician..hehe... by the way, jom tulis surat, request O & G doktors 2...hehe..

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh bestlah...saya pon bercita-cita nak jadi doctor sakit puan...sebab x ramai doctor perempuan kat malaysia..ahhhh nak tengoklah cerita korean tuu.btw saya ni peminat korea...hehehhe

    ReplyDelete
  4. to Kim Minseok

    Baguslah kalau nak jadi Dr sakit puan... boleh saya beranak dekat awak nanti...hehe.... tengok nama pun dah tahu peminat tegar adik ni ;-)

    ReplyDelete