Tuesday, 3 July 2012

Wahai Maahad yang telah mengajarku

Malam Jumaat yang penuh Barakah. Kerana, Allah membuka hati Kak Cik untuk solat berjemaah di surau hari ni. Jujur, Kak Cik bukanlah seorang yang suka bergaul dengan masyarakat walaupun sudah berkali-kali Kak Cik selalu ingatkan pada diri Kak Cik:

 " Hang ni tak lama lagi akan jadi cikgu. Cikgu kena pandai bergaul dengan masyrakat".

Bukan tak suka. Bukan tak teringin. Malah sangat cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sangat petah berkata-kata apabila berhadapan dengan orang ramai. Entah mengapa, malam ni Kak Cik pergi ke surau. Rupa-rupanya ada satu program yaitu khatibah. Ada sorang akak senior akan conduct. Best. Dapat bertaaruf dengan akak-akak dan seorang adik senior. Terasa bagaikan satu family.

Lebih kurang 11.30 malam, majlis Ilmu pun selesai. Kak Cik dan dua orang sahabat lagi berjalan beriringan balik ke asrama. Ketika berjalan....

Iman : !?~@#%$&* (nanyi lagu arab. Maaf kak cik lupa lagu tu).
Amalina : Woah. Iman nyanyi lagu arab tuh..
Kak Cik : Hehe.. Iman.. Cuba nyanyi lagu sekolah kita.
Iman : Ya maahadan, 3allami....
Amalina : Eh, lagu sekolah korang dalam bahasa arab eh?
Kak Cik dan Iman : ^_^.

*Actually hari ni nak cerita tentang lagu sekolah.


Lagu sekolah. Semua orang kena hafal masa orentasi tingkatan satu. Dan masih kekal dalam ingatan sampai ke hari ini. Anehnya, sepanjang 5 tahun Kak Cik menyanyikan lagu ni pada setiap hari Ahad, tak ada satu pun perkataan yang Kak Cik paham maksudnya. Hehe. Lawak kan. Tak tahu pun cerita tentang apa. Mesej apa yang ingin disampaikan.

Tapi itu dulu jer. Zaman jahiliah dulu. Sekarang dan makin pandai. Dah makin faham mesej tersirat dalam lagu sekolah. Tapi macam mana boleh tetiba faham maksud lagu ni ye?

Alkisahnya bermula apabila tamat tingkatan 5. Lumrah manusia. Menghargai apabila sesuatu itu hilang didepan mata. Bila habis sekolah, barulah meneliti setiap helai, setiap inci, setiap perkataan yang ada di dalam majalah sekolah. Dari kulit depan ke kulit belakang kemudian balik semula ke kulit hadapan. Bila dah baca dengan begitu teliti macam tu, baru lah baca maksud lagu sekolah ni. Selama ni buat endah tak endah je. Rupa-rupanya baru kak cik tahu sebenarnya memang ada lagu sekolah beserta maknanya dalam majalah sekolah setiap tahun. Haih.!.....

Okay, jom kita menghayati lagu sekolah Kak Cik ni. Actually tak ingat sangat maksudnya. Tapi yang bawah ni, kak cik reka sendiri ayatnya.. Kalo ada yang salah, mohon maaf.

"Wahai maahad yang telah mengajarkan ku,
dan dengan hidayah mencantikkan ku,
kau hiaskan aku dari kecil.
dengan setiap akhlak yang terpuji ...."

.....maaf, kak cik mampu translate sampai situ sahaja..hehe... rangkap seterusnya tak berani terjemah. Takut tersilap. Untuk makna rangkap seterusnya, tunggu kak cik cuti semester nanti. Boleh terus rujuk ke majalah sekolah. Tak ada ragu-ragu lagi..:-)

*Rindu sekolah~



No comments:

Post a Comment