Tuesday, 14 August 2012

Balik kampung vs Assignment

Ramadhan semakin mengundurkan diri. How's your feeling? Sedih? Suka sebab nak raya? Kalau kak cik sendiri, perasaan ni bercampur baur. Antara suka dan sedih. Kadang-kadang terasa sedikit terkilan. Sedih? Sudah tentu kita bakal merindui Ramadhan. Sudah tentu kita bakal merindui suasana di bulan Ramadhan. Sudah tentu kita bakal merindui kemeriahan malam di sepanjang bulan Ramadhan. Sudah tentu kita akan merindui untuk melakukan kebaikan-kebaikan di bulan Ramadhan lantaran memikirkan pahala yang berlipat ganda. Dan kalau di Institut Pendidikan Guru sendiri, sudah tentu kak cik bakal merindui suasana bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa, moreh dan sebagainya.

Kalau di atas, kita dah menyenaraikan segala kesedihan kita di hujung Ramadhan, tetapi kenapa pula suka bila Ramadhan sudah sampai di penghujungnya? Yang pertama sudah tentu kerana kak cik dapat balik rumah. Balik kampung. Jumpa mak dan ayah. Tolong mak ayah buat kuih, kemas rumah. Owh, how's great it is. :-). Dah terbayang-bayang suara pekik-pekik masing-masing bergotong royong mengemas rumah.

"Sapu sampah"
"Mop lantai"
"Cuci langsir"
"Buang sawang (sarang labah-labah)"
"Vakum karpet"
"Cuci tandas"
dan banyak lagi......

Sapa yang tak suka kan bila dapat balik kampung. Sebab kedua kenapa kak cik suka ialah, sudah tentu dapat makan, makan, dan terus makan. Makan makanan masakan air tangan mak. Makanan orang utaqha. Uh, tak terliur tekak ni. Oppss... terbatal puasa nanti. hehe. Tetapi... :-(.... Semakin hari, ada ja dapat assigment baru. Ah, tension. Stress. Tapi apakan daya. Dah nama pun pelajar. Mesti tak terlepas dari tugas kerja rumah dan kerja kursus. Tapi, kali ni, kak cik tekad, kalau boleh sebelum balik raya ni, nak siapkan semaksima mungkin semua tugasan tersebut sebab bila hari raya nanti dapat la makan dengan tenang. Hehe.
Untuk menambahkan feel balik kampung dan semangat untuk menyiapkan assigment, kak cik akan buka lagu raya. Tak heran dah dekat roomate, dia menyampah ke tak dengar lagu raya yang kak cik pasang kuat-kuat tu, asalkan kak cik tak mengantuk. Hehe. Psss. Kadang-kadang kita perlu jadi seorang yang jahat untuk manfaat diri sendiri. Hehe. Jahat tiru tau perangai kak cik yang tak berapa bagus ni. Tapi, seriously, setiap kali kak cik jalan di sepanjang koridor asrama, melepasi setiap bilik, pasti terdengar lagu-lagu raya yang berlainan di setiap bilik. Ah, membuatkan diri ni tak sabar nak balik. Letih? Memang letih berjaga malam menyiapkan tugasan, kak cik akan terbayang berada di atas bas > pakai headphone > dengar lagu raya > bila boring, dengar lagu P RAMLEE > bila boring lagi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus > Terlena. 

Fikiran tenang kan berada di atas bas. Yang terbayang di fikiran hanyalah senyuman ayah menjemput kita di stesen bas, dan senyuman mak yang menyambut kepulangan kita di depan pintu rumah. Oh, bahagianya saat itu. 


"Ramadhan... apabila memikirkan tentangmu. Kak cik sangat kecewa dengan diri sendiri. Ya Allah, aku malu dengan persembahanku kali ini. Masih banyak lopong-lopong di sana sini, Yang pada awalnya aku bergitu bersemangat. Namun, semangat aku itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Ya Allah, panjangkanlah umur kami. Temukanlah kami pada Ramadhan berikutnya. Amin ya rabb."

Walaupun Ramadhan hampir ke penghujungnya, berbaki 5 hari lagi. Tetapi kak cik rasa masih belum terlambat untuk kak cik coretkan sesuatu tentang Ramadhan di sini, Tentang orang yang diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika di bulan Ramadhan. Kak cik pelik, kenapa orang perempuan sangat suka mengkabarkan kepada orang lain yang dia tidak berpuasa atau dia sedang 'ABC'?. Kenapa ada sesetengah orang suka makan di hadapan orang yang berpuasa di depan orang yang berpuasa? Bukankah makan di hadapan orang yang berpuasa itu merupakan salah satu dari perbuatan mempersendakan agama. Bukannya kak cik nak membebel. Bukannya nak cakap yang kak cik ni macam budak-budak. Terliur bila tengok orang lain makan waktu kita sedang berpuasa. Tapi, just nak bagi tahu tentang adab di bulan Ramadhan. Wasalam.

~Maaf jika ada yang terasa. Bila hati terjentik maknanya Allah sedang memperingati kita.

Last but not least, kak cik nak kongsi beberapa renungan untuk kita sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi..

Antara Kesilapan dan Dosa Di Hari Raya Aidilfitri

1. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya,letih kerana makan terlalu banyak lalu melupakan kewajipan terhadap Allah SWT.

2. Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3. Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

4. Tidak menghormati tetamu. Terdapat anak-anak yang tidak keluar bersalaman atau tidak mengendahkan tetamu ibubapanya kerana terlalu asyik menonton TV dan malu yang tidak bertempat.

5. Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

6. Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.Berkebaya ketat,berbaju jarang,berlengan pendek dan tidak bertudung kepala dan mendedahkan sebahagian dari auratnya.

7. Membuang masa dengan menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah.
Usah jadikan hari raya sebagai pesta hiburan dengan menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah seperti nyanyian-nyanyian yang melalaikan dengan artis-artis yang mendedahkan aurat dan berkaraoke bebas serta hindarkan dari menghabiskan masa di depan TV.


Sumber : Dari facebook salah seorang murabbi yang kak cik sangat kagumi...
Dah boring dengar lagu raya sambil buat assignment. Akhirnya skrin laptop dibahagikan kepada 2 bahagian. Buat assignment smabil tengok cerita korea...Hehe.

7 comments:

  1. kak cik...

    bagus entry kali nie..
    stresssss la ngan kkp hat mengunung mcm apa lagi...

    kak cik!!!
    termakan cabai :(
    so, trsa pedas.......

    hehehe...
    janji, x wat dah....
    :P

    ReplyDelete
  2. mboih....cepatnya cik cokelat komen.. haha... cik cokelat. kak cik tujukan benda ni untuk semua orang tau... jangan kecik hati eh...

    ReplyDelete
  3. menjaga syariay-Nya ditempat pertaman, insyaAllah ada redha. salam mujahadah ^^,

    ReplyDelete
  4. to rimbunhijau.... insyaAllah....

    ReplyDelete
  5. amboi.......sambil buat assignment sambil tengok drama..sebijik macam kak cik...heheh

    ReplyDelete
  6. hehe..mestilah...tapi drama ni buka bila boring je.. bila dah tak da idea..berhenti jap tengok.. lepas tu sambung buat balik...:-)

    ReplyDelete
  7. bagus penyampaian awak.. meh visit blog saya yang lebih kurang isi nya dgn awak.. pengalaman sendiri http://fazyaya.blogspot.my/2016/10/emak-vs-assignment.html

    ReplyDelete