Thursday, 27 September 2012

ما أجمل هذا اليوم !

15th September 2012, I went to Kampung Pulau Sekati, Kuala Terengganu to attend Program Mahabbah JAPIM dan Amali Penyembelihan. Best. Excited. Tired but I got new experiences. Malam sebelum bertolak, Kak Cik bersembang dengan kawan Kak Cik sebelum kami melelapkan mata.

"Apa perasaan ampa nak pi Pulau Sekati Esok?"
"Urm.. entah. Excited!"
"Owhh..."
"Urm.. ampa pulak? Apa perasaan ampa?"
"Kami? Entah. Tak tau la. Tapi kami rasa nervous la"
"Kenapa?"
"..................."

Macam lawak kan? Yang tu nak rasa nervous. Seriously, malam tu rasa nervous sangat. Kak Cik tak tahu kenapa. Mungkin pengalaman pertama kot. Hehe.

Kampung Pulau Sekati. Berdasarkan pemerhatian Kak Cik, Pulau Sekati ni bukanlah pulau yang ada di laut. Tetapi pulau di sungai. Sama seperti Pulau Wan Man yang ada Masjid Crystal tu. Err.. Kak Cik tak pasti Pulau Sekati ni pulau buatan atau semula jadi. (Diingatkan, ini hanya pandangan penulis, jika ada yang salah, mohon diperbetulkan)

Pulau Sekati ni terletak di belakang muzium Terengganu. Bas, kereta, beca, dan lain-lain tidak boleh masuk ke Pulau ni. Hanya kenderaan yang beroda dua sahaja dibenarkan. Yang selebihnya terpaksalah parking di 'tanah besar'. Pulau Sekati ni dihubungkan dengan 'tanah besar' oleh satu titi yang sangat panjang. Tak tergambar panjangnya. Seumur hidup Kak Cik, itulah pertama kali Kak Cik menelusuri titi sepanjang itu. Titi tersebut adalah titi kayu. Gayatnya tak usah ditanya. Sepanjang masa tengok ke bawah. Takut-takut terpijak kayu yang reput. Almaklumlah, Kak Cik ni tak pandai berenang. 
Ni baru sebahagian titi. Sebenarnya lagi panjang.

Bila sampai di sana, kami sarapan dulu. Kemudian melakukan sedikit regangan pada sendi-sendi kerana selepas itu kami akan bergotong-royong. Kemudian, bermulalah acara explorace. Explorace yang terpenat yang pernah Kak Cik sertai. Berlari satu pulau. 

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kak Cik berada di dalam kumpulan nombor 1. Empat orang muslimat dan dua orang muslimin. Cabaran explorace kami yang pertama ialah mengupas buah kelapa dengan kayu yang diasah tajam dihujungnya. Sangat susah. Kalau di rumah, Kak Cik mengupas buah kelapa menggunakan pengopek yang mak beli. Mudah dan cepat. Kalau yang ini, memang 100% serah kepada tenaga muslimin. Hehe. Kemudian, membelah buah kelapa kepada dua bahagian dengan menggunakan kayu tadi. Alahai, di rumah mak ajar Kak Cik guna 'golok' pun masih gagal.

 
Mengupas buah kepala


Seterusnya, kami dikehendaki mengukur atau memarut buah kelapa. Ya, cabaran ni barulah muslimat boleh menyumbang tenanga. :-)



Setelah itu, kami kena menganyam atap tipah. Fuh !! Nampak macam mudah je. Tapi susah sebenarnya. Nak menganyam daun nipah ni tak semudah Kak Cik belajar menjahit dahulu. Masing-masing ada kriteria yang terendiri. Psss. Lepas ni boleh la Kak Cik mengambil upah mengayam atap nipah pulak. hehe.

Bukan berhenti di situ sahaja, kami perlu berlari nun sana di hujung pulau untuk sampai ke check point seterusnya. Bermain boling kelapa, ya, itulah cabaran kami seterusnya. Bermain boling kelapa ni bukan semudah menggolekkan buah kelapa ke arah botol, tetapi perlu ada strategi. Semua orang tahu, buah kelapa bukanlah berbentuh sfreram bila terkena batu atau tanah yang agak tinggi pasti tersasar. Huh!....

Kemudian, seorang muslimin akan dipilih dari setiap kumpulan untuk mengayuh basikal keliling pulau tersebut. Mesti sampai balik ke tempat mula. Kalau sesat, pandai-pandai sendirilah cari jalan balik. Bila pengayuh basikal dah sampai, barulah kumpulan tersebut boleh bergerak ke checkpoint terakhir.

Checkpoint seterusnya adalah di tempat mula-mula explorace tadi. Maknanya? Maknanya kami kena berlari ke nun hujung pulau balik la. Huh! Penat tak terkira. Bila dah sampai, tugasan kami ialah, menangkap, memegang, membawa, dan memasukkan belut hidup dari satu bekas ke satu bekas yang lain.

Walaupun Kak Cik berasal dari kampung yang dikelilingi sawah padi, seriously, memang tak pernah pegang belut. Pernah nampak belut pun di pasar-pasar. Pernah makan belut beberapa kali di Kelantan. Belut Paprik ~ sedap. Mak cakap belut ni bagus untuk masalah kulit.


Oh, itulah pengalaman pertama dan harap-harap pengalaman terakhir Kak Cik memegang belum. Tidak sanggup lagi. :-P

Last sekali, acara tambahan, iaitu tarik tali antara warga IPG KDRI dan penduduk kampung Pulau Sekati. Kategori muslimin dan muslimat. Kedua-dua kategori dijuarai oleh penduduk kampung Pulau Sekati. Hehe. Malu kan? Terutama untuk kategori muslimat. Kami kalah dalam masa kurang dari setengah minit, tak-tak, Kak Cik rasa kurang dari suku minit. Habis jatuh tergolek kami semua. Hehe. Bila dilihat mak cik-mak cik yang menarik tali tadi, la.. mak cik ni pakai kain batik je.. mak cik tu pakai baju kurung je. Kami yang pakai 'sport attire' ni boleh kalah. Haha.

Setelah penat berlari, kami berehat sekejap. Solat Zohor secara berjemaah dna tahlil kemudian ke acara seterusnya iaitu majlis penutup. Last but not least, yang ditunggu-tunggu ialah acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, kumpulan Kak Cik dapat nombor satu sebelum akhir. hehe. Second last la maknanya. Hehe.


Selepas makan, kami berjalan kaki lagi ke tempat parking bas. Naik bas, suasana jadi senyap tiba-tiba. Tak seriuh semasa datang tadi. Toleh tepi, belakang, laaa...tidur rupanya kawan-kawanku. Hehe,,Penat ya.

Jadi, sesuailah kan kalau Kak Cik letak tajuk untuk entre pada kali ini dengan :

ما أجمل هذا اليوم !

What such a beautiful day !


No comments:

Post a Comment