Wednesday, 19 September 2012

Ramadhan was leaving us



Ramadhan has been leaving us. Wish the tarbiyah in Ramadhan still in our daily life activities. InsyaAllah. Amin.

Bercerita tentang Hari Raya, memang seronok. 

Allah...Allah...Allah...Seronoknya berada di kampung. Seronoknya berada di rumah. Seronoknya bangun pagi nampak muka mak dan ayah. Seronoknya memasak bersama mak. Seronoknya bergotong royong dengan keluarga. Seronoknya bercerita dengan mak dan kakak. Allah... Hamba mensyukuri nikmatmu ya Allah..

"Mana lagi nikmat Kami yang ingin kau dustakan"

Raya tahun ni sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Cuma, hati ini. Lebih matang. Bila tinggal jauh, lebih bijak menghargai setiap detik bersama keluarga. Lebih pandai menghargai masa yang ada. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kemudian. Perjalanan ke Kuala Terengganu selama 8 jam, apa-apa sahaja boleh berlaku. Bukan meminta, tetapi mengingatkan hati yang sering terlena. 

Raya tahun ni ada pertambahan beberapa ahli keluarga baru ^^. Tapi dalam gambar di atas ramai yang tak ada.

PERISTIWA LUCU DI HARI RAYA

Actually, peristiwa ni bukannya berlaku pada hari raya pertama. Tetapi raya kedua. Seperti hari raya sebelum-sebelum ni. Adik beradik mak Kak Cik akan berkumpul di rumah kami pada hari raya kedua kerana rumah Kak Cik adalah yang paling dekat dengan rumah Tok Wan. Tetapi, pada hari tersebut ramai sangat orang berkunjung ke rumah. Kerana terlalu sibuk, Kak Cik meminta abang Kak Cik untuk membancuh air. Di rumah, kerja orang lelaki adalah membancuh air, bukan pada hari raya sahaja, pada hari-hari biasa pun orang lelaki yang menyediakan air. Jujur, Kak Cik memang tak terror buat air walaupun semudah air sanquick. Air tu tetap jadi tapi tidak sedap. Pasti akan terlalu masam atau terlebih manis.

Berbalik kepada cerita tadi.

"Abang, buat aiq sat!", pinta Kak Cik.

"Ok. Bagi Jug tu. Mana aiq gula?", tanya Bang Niep.

"Nah Jug. Tu, aiq gula ada dalam periuk atas dapuq nu." Kak Cik menghulurkan Jug Hijau sambil menjuihkan mulut ke arah periuk yang dimaksudkan.

* dapuq = stove

Kak Cik membiarkan abang membuat kerjanya. Kak Cik sibuk menghidang nasi di gazebo di luar rumah. Hari ini tema masakan mak untuk tetamu yang datang ialah masakan kampung. Ada gulai ikan. Masak asam pedas, sambal belacan, sedikit ayam goreng untuk kanak-kanak, dan sudah tentu ulam-ulaman. Makanan sudah dihidang. Kuih raya sudah diisi di dalam bekas. Kerepek-kerepek pun sudah tersedia.

"Hish, mana aiq ni. Tak sampai lagi!", Getus hati kecil Kak Cik.

"Abang ! Mana aiq? Siap ka dak lagi?". Tanya Kak Cik.

"Adik tau dak aiq apa adik tunjuk kat abang tadi?", Kata Bang Niep sambil menjeling ke arahku.

"Aiq gula la"

"Bukan aiq gula la"

"Abih tu aiq apa?"

"Aiq ulam la!"

Kak Cik menjenguk ke dalam periuk. Ya. Ada bau ulam.

"Patutlah abang rasa pahit. Tengok ni. Dah kena buat lain."

Allahu Akbar. Baru Kak Cik teringat. Yang masak air gula tu abang yang seorang lagi dan dia dah isikan air gula tu dalam botol sebab mak nak guna periuk tu untuk rebus ulam.

Kak Cik pun dengan muka selamba "Ah, tak pa la. Buat la lekaih. Orang dok tunggu tu."

Kemudian berlari keluar, jumpa kakak dan terus gelak terbahak-bahak.
"Kakak tau dak? kikikiki "

"Awat? Pasaipa?"

"Kikikiki...bang niep kan...kikikiki"

"Kenapa dengan bang niep?"

"Bang niep kan...kikiki"

Hehehe. Kak Cik gelak sampai tak boleh nak cerita dekat kakak. Kena bagi reda sikit gelak tu baru boleh cerita. Hehe.

Okay. Rasanya perlu stop di sini dulu.. Assignment sedang memanggil. Ma3assalamah. :-)

No comments:

Post a Comment