Wednesday, 31 October 2012

Examination

Exam... Exam... Exam...

Kehidupan sebagai seorang pelajar ni tak akan pernah lari dari suatu ..(masih mencari perkataan yang sesuai)... yang bernama peperiksaan. Kenapa ya? Ke mana kita pergi mesti ada peperiksaan atau ujian. Dari tadika ke sekolah rendah , seterusnya ke sekolah menengah malah sehingga ke institut pengajian tinggi pun masih ada peperiksaan. 

Waktu muda-muda dulu Kak Cik pernah terfikir :

"Aku bukan tak suka belajar. Suka. Suka sangat. Tapi bila kena ambik periksa ni aku jadi malas. Sebab belajar kerana nak cemerlang dalam exam. Bukan kerana nak kepada ilmu tu sendiri. Jadi, macam mana nak datangnya perasaan belajar kerana Allah?"

Tapi kita lupa, sebenarnya Allah swt dah berfirman di dalam al-Quran tentang ujian :

(Surah al-Ankabut)

Di dalam ayat di atas, ujian yang Allah swt berikan kepada kita adalah untuk mengukur tahap keimanan kita kepadanya. Sama juga seperti peperiksaan yang telah disediakan oleh pihak sekolah, universiti dan sebagainya. Sudah tentu untuk menguji tahap pengetahuan kita. Malah, kita sendiri pun dapat mengetahui kelemahan kita selepas ujian. Pandaikah aku? Bijakkah aku? 

Jadi, selagi namanya manusia, kita juga bergelar pelajar, memang tidak akan pernah boleh lari dari peperiksaan atau ujian. 

أطلب العلم من المهد الى اللحد

"Education is like a cat that follows us from birthdays to deathdays"

Jadi, kawan-kawan, jom perbaharui niat kita. Sekolah buat peperiksaan 2 kali setahun bukan saja-saja. 


Tak lama lagi, adik-adik yang berumur 17 tahun dan bakal berumur 17 tahun akan menduduki peperiksaan SPM. Lebih kurang seminggu lagi. 

Adik-adik dah bersedia? Jangan gabra-gabra dah. Sekarang adalah minggu untuk bertenang. Hanya buat revision sikit-sikit ja. (Tapi, kak cik dulu, study last minit, nak bertenang macam mana kan? :-D)

Kak Cik bukan pelajar cemerlang kat sekolah dulu. Kak Cik bukanlah 'ulat buku' yang sentiasa pegang buku. Tak sebijak kak Nik Nur Madihah. Tak sepintar kak Siti Fatimah. . Tapi Kak Cik nak kongsi sedikit pengalaman masa SPM dulu.

Yang Kak Cik ingat, masa abang Kak Cik SPM dulu, mak akan menyusun atur semula kedudukan perabot di dalam bilik. Biar kelihatan 'fresh'. Begitu juga zaman Kak Cik SPM. Mak mengalihkan kedudukan meja study dari tepi dinding kepada hadapan tingkap bilik, supaya pengudaraannya bagus. Boleh tengok pokok-pokok hijau di luar rumah. Kemudian, mak akan menyusun buku-buku mengikut jadual periksa. Buku yang pelru dibaca dahulu akan diletak paling atas. Kemudian, bila dah habis exam untuk subjek tersebut, buku tu perlu diletakkan dalam bakul sebelah meja. Jangan campak-campak. Susun elok-elok dalam bakul tu. Dalam buku tu ada ilmu kan. Kena hormat. Bila buku-buku tu dah diletak dalam bakul, maknanya jangan dijeling-jeling lagi. Usah dikenang benda yang dah berlalu. 



Selain itu, jangan lupa buat list-list yang penting macam ni :

(Kenangan SPM 2010)

Buat, buat jugak. Tapi jangan lupa tampal di tempat yang mudah dilihat. Contohnya di bawah suis lampu bilik ke. Di pintu rumah ke. At least, sebelum kita keluar, kita akan terbaca list-list tersebut. Ada satu benda yang Kak Cik lupa nak letak dalam list dia atas iaitu jam tangan. Walaupun sekarang dah ramai yang tak pakai jam tangan kerana di handphone ada, tapi jam tangan di dewan peperiksaan sangat penting (sebab handphone tidak dibenarkan bawa masuk). Kadang-kadang, kita dapat meja yang paling hadapan. Nak tengok jam di dinding perlu mendongak. Jadi, dah guna masa disitu. Kadang-kadang kita dapat meja yang paling belakang. Penglihatan kita terbatas untuk melihat jam dinding yang digantung di hadapan. Justeru, letak je jam tangan tu disebelah. Sambil menulis jawapan, boleh menjeling jam disebelah.

Satu lagi, sebelum SPM tu, bolehlah round-round satu sekolah, mohon restu orang yang telah mendidik kita walaupun dia hanya seorang mak cik cleaner dan pak cik pekebun. (Kak cik rindu suasana ni. Teringin nak round-round bilik pensyarah mohon restu..Tapi..... malu.... ah, itu bukan malu, tapi EGO)

Urm... rasanya itu saja yang dapat Kak CIk kongsikan di sini. 

Untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi, buat yang terbaik. Tak lama lagi akan keluar sekolah, cuba untuk jadikan SPM adalah kenangan terindah kita di sekolah. 

"Good luck"


Tuesday, 23 October 2012

مع التوفيق والنجاح

Assalamualaikum semua. Sihat? Jangan sakit-sakit ya. Exam dah nak dekat. Jaga kesihatan. Kalau demam sikit-sikit tu, segera jumpa doktor. Jangan biar melarat.

*Kak cik curi-curi ambil masa study untuk post entre kali ni. 

Good luck untuk rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan minggu hadapan khususnya sahabat-sahabat di IPG KDRI. Semoga berjaya. 

Sahabat-sahabat ingat lagi kan ketika kita bersama-sama menonton filem Laskar Pelangi? 

"Kalau nak pandai > belajar
Kalau nak berhasil > usaha "

Jadi, berusahalah. Tapi, kalau kita tak dapat hasil yang setimpal dengan usaha kita, jangan kecewa. Mungkin Allah dah sediakan kepada kita ganjaran yang tak terduga kelak. 

*Okay, dah-dah... Sambung study.... ^_^

Maassalamah ...

Friday, 19 October 2012

Guru itu

Hari ini aku akan bertukar aliran ekonomi ke aliran perakaunan. Sedih. Kenapa aku bersedih? Bukankah itu yang aku inginkan? Bukankah itu yang aku tulis di dalam surat permohonan? Ya. Aku sedih kerana semalam aku telah bertemu dengan seseorang yang sangat aku nantikan selama ini.

Sejak aku berada di tingkatan satu, aku amat suka dengan seorang ustazah ni. Ya, teramat suka. Farishana namanya. Tetapi, tahun ini, tahun 2009 baru aku berkesempatan menjadi salah seorang anak didiknya. Kali pertama dia melangkah masuk ke kelasku, aku dapat raakan auranya. Sungguh tenang. Dia bukan siapa-siapa. Bukan isteri perdana menteri. Bukan juga ratu cantik. Tidak punya suara sehebat Siti Nurhaliza. Tapi dia mempunyai sesuatu yang hebat. Kata-katanya penuh berhikmah. Percakapannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Ucapannya bersahaja tapi sangat menusuk kalbu. Itulah ustazah kesayanganku.

Kenapa aku bersedih bila permohonanku untuk bertukar aliran diluluskan? Kerana ustazah yang 'super' itu mengajar kelasku yang dahulu. Itulah satu-satunya peluang untuk aku menuntut ilmu darinya. Tapi, apakan daya. Mungkin ini yang terbaik untukku. Dengan perasaan sedih, aku mengatur langkar dari kelas 4 Khadijah menuju ke kelas 4 Aisyah. 4 Aisyah, itulah kelasku yang baru. Kelas akaun. Dan tempat dudukku di belakang sekali. Tepi tingkap. Hanya di situ yang masih kosong. Aku keluarkan buku nota untuk menyalin jadual dari rakan sebelahku. Hari ini hari Selasa. Pelajaran pertama adalah Balaghah. Satu persatu aku catat di dalam buku nota kecilku. Suasana kelas yang bising tiba-tiba menjadi sunyi sepi. 

"Ustazah dah datang!" Jerit salah seorang ahli 4 Aisyah.

Oh Tuhan. Ustazah itu! Dia mengajar kelas ini juga. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Aku tersenyum bahagia. Syukur.

********

"Ustazah dekat Mesir dulu giliaq-giliaq masak. Kena pulak hari tu kawan ustazah yang dok kat Terenganu yang kena masak", Jelas Ustazah Farishana dengan dialek Kedah.

"Dia tanya ustazah, 'geset' mana?. Ustazah ni salah faham. Ustazah ingatkan dia nak masak sambil dengaq kaset. Ustazah pun pasangla kaset nasyeed. Tapi kawan ustazah tu tanya lagi. Jadi kawan ustazah yang asal Kelantan pu la tengok benda apa la 'geset' ni. Tiba-tiba dia pulak cakap 'la, colok'. Astaghfirullah, benda apa pulak ni. Sorang kata geset, sorang lai sebut colok". Kami terpinga-pinga mendengar cerita ustazah.

Ustazah menyambung ceritanya,

"Ustazah pula pi tengok. Kamu nak tahu benda apa geset dan colok tu?", kami mengangguk.

"Rupa-rupanya geset dan colok tu guqhuih api!", mendengar jawapan ustazah, maka berderailah ketawa kami.

Ustazah Farishana seorang yang pandai bercerita. Hari ini kami belajar tentang Fasohah. Satu bab yang mengkaji tentang bahasa arab mengikut kefasihan orang arab itu sendiri. Bezanya, ustazah cuba mengaitkan tajuk ini dengan kefasihan bahasa melayu di kalangan orang melayu itu sendiri. Hakikatnya, geset, colok dan guqhuih api adalah satu benda yang sama iaitu mancis. Kreatifkan ustazah?

Beberapa minggu kemudian, ketua kelas, Farhana Najwa menampal jadua tusyen. Kelas tambahan akan bermula pada minggu hadapan. Aku menyalinnya satu persatu. Mataku terhenti pada matapelajaran Bahasa Arab. Oh, gurunya ialah ustazah itu. Tak dapat aku bayangkan ustazah itu akan menjadi guru tusyen kami pada tahun ini. Ah, gembiranya aku.

"Farhana, betoi ka Ustazah Farishana yang mengajar tusyen bahasa arab ni?", aku bertanya.

"Ish, tak tau la. Kami dengaq depa kata ustazah nak pindah pi cawangan", jelas Farhana.

******

"Esok pakai baju bersih-bersih, wangi-wangi. Kita tangkap gambaq okay?". Kata Ustazah Farishana.

Walaupun aku sedih dengan pemergiannya, aku amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenalinya walaupun hanya sekejap cuma.

Sebelum beliau menginggalkan bumi hijau Maktab Mahmud Alor Setar, beliau sempat berpesan kepada kami 6 perkara.

"Apa yang ustazah nak pesan ni kamu ingat na. Kalau boleh tulis kat mana-mana. Kat belakang buku balaghah pun boleh. Perayama sekali, sempurnakanlah solat. Carilah masa untuk membaca buku-buku tentang cara menyempurnakan solat. Kedua, kekalkan sifat malu sebagai muslimah. Ketiga, bacalah al-Quran walaupun satu muka surat sehari. Asalkan istiqamah. Keempat, tolong jangan tinggikan suara dihadapan guru. Kelima, berfikiranlah positif terhadap mana-mana guru. Dan yang akhir sekali jadilah anak yang terbaik untuk mak dan ayah", terangnya.

Kami menyalin butir-buti percakapannya dengan perasaan hiba. Di akhir kelas, kami merakamkan kenangan bersamanya di hadapan lukisan mural. Selamat tinggal ustazah tercinta. Semoga perkenalan kita yang singkat ini memberi seribu satu kenangan manis buat kita semua.

Azimah Abdul Ghani (2010)

*******

Nota 1 : Musim tengkujuh tiba lagi. Hujan dari pagi sampai ke petang malah kadang-kadang sampai ke malam.    Selepas solat Subuh, entah mengapa pagi ini teringat pada seorang ustazah ini. Semoga ustazah sentiasa di bawah rahmat Allah.

Nota 2 : Iman sedikit teruji bila exam diadakan pada musim tengkujuh. Baca buku tetapi nampak katil. Almaklum, meja study di sebelah katil. Allah, permudahkan urusan hamba dan rakan-rakan dalam menempuh peperiksaan. Amin.

Tuesday, 9 October 2012

Tension . Keliru .


Allah... Allah... Allah... Bila sempit, baru hamba menghargai nikmat masa lapang yang Kau berikan sebelum ni. Bila sakit, baru hamba menghargai nikmat kesihatan yang Kau berikan. 

Kawan-kawan nampak kan gambar di atas? Tegang kan benang tu? Setegang itulah fikiran Kak Cik sekarang ini. Rasa macam nak lari balik rumah. Kak Cik teringat satu kata-kata yang kawan baik Kak Cik beri :

"Jangan pernah iri hati pada orang yang mempunyai masa lapang kerana kamu akan menghargai masa lapang  yang kamu ada"

Fahamkan??? Mesti kawan-kawan tension kan, di akhir-akhir semester pun masih ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Padahal inilah waktu untuk bertenang diri sebelum menduduki peperiksaan. Kadang-kadang Kak Cik terfikir. Kenapa kita selalu merungut? Allah bagi kesenangan pun kita merungut. Allah bagi kesusahan lagi la kuat merungutnya. Allah...

Ingatlah, tak semua benda yang kita suka baik untuk kita, dan tak semestinya yang kita tidak suka itu buruk untuk kita.

Okay. Stop! Dah habis bab TENSION. Sekarang kita masuk pula bab KELIRU...

Dalam percaturan takdir
Tuhan sebenarnya masih memberi kita pilihan
Untuk menentukan jalan cerita
Yang bakal kita lakar di kanvas kehidupan

Namun adakalanya kita akan membuat pilihan yang salah
Dan adakalanya pula kita bahkan tidak tahu
Apakah itu adalah sebuah pilihan terbaik
Tapi masih saja, kita harus memilih



Jujur, Kak cik dari dulu tidak mempunyai 'bakat' di dalam membuat keputusan.Kerana itu, setiap kali ada tugasan yang perlu diselesaikan secara 'team work' Kak Cik selalu mengelakkan diri dari terpilih menjadi ketua. Kak cik tidak pandai memberi arahan. Kak cik suka diberi arahan. Tapi sampai bila kita hanya mendengar arahan? Allah...

Okay. Dah...dah... tutup buku bab tension dan keliru. Ni Kak Cik nak kongsi hobi baru Kak Cik. Apa? Setiap kali Kak Cik buka laptop, mesti Kak Cik akan tengok gambar si budak kecik yang comel ni !

My dear, tunggu ye. Raya Haji nanti Mak Su balik. Kita jumpa Ok!... Jadi anak yang solehah tau!

Note : So sorry. Entre kali ini tidak ada tema. Banyak membebel. Banyak merungut. Tak ada motif. But I need to write something to cool me down... :-) Take care guys.