Wednesday, 31 October 2012

Examination

Exam... Exam... Exam...

Kehidupan sebagai seorang pelajar ni tak akan pernah lari dari suatu ..(masih mencari perkataan yang sesuai)... yang bernama peperiksaan. Kenapa ya? Ke mana kita pergi mesti ada peperiksaan atau ujian. Dari tadika ke sekolah rendah , seterusnya ke sekolah menengah malah sehingga ke institut pengajian tinggi pun masih ada peperiksaan. 

Waktu muda-muda dulu Kak Cik pernah terfikir :

"Aku bukan tak suka belajar. Suka. Suka sangat. Tapi bila kena ambik periksa ni aku jadi malas. Sebab belajar kerana nak cemerlang dalam exam. Bukan kerana nak kepada ilmu tu sendiri. Jadi, macam mana nak datangnya perasaan belajar kerana Allah?"

Tapi kita lupa, sebenarnya Allah swt dah berfirman di dalam al-Quran tentang ujian :

(Surah al-Ankabut)

Di dalam ayat di atas, ujian yang Allah swt berikan kepada kita adalah untuk mengukur tahap keimanan kita kepadanya. Sama juga seperti peperiksaan yang telah disediakan oleh pihak sekolah, universiti dan sebagainya. Sudah tentu untuk menguji tahap pengetahuan kita. Malah, kita sendiri pun dapat mengetahui kelemahan kita selepas ujian. Pandaikah aku? Bijakkah aku? 

Jadi, selagi namanya manusia, kita juga bergelar pelajar, memang tidak akan pernah boleh lari dari peperiksaan atau ujian. 

أطلب العلم من المهد الى اللحد

"Education is like a cat that follows us from birthdays to deathdays"

Jadi, kawan-kawan, jom perbaharui niat kita. Sekolah buat peperiksaan 2 kali setahun bukan saja-saja. 


Tak lama lagi, adik-adik yang berumur 17 tahun dan bakal berumur 17 tahun akan menduduki peperiksaan SPM. Lebih kurang seminggu lagi. 

Adik-adik dah bersedia? Jangan gabra-gabra dah. Sekarang adalah minggu untuk bertenang. Hanya buat revision sikit-sikit ja. (Tapi, kak cik dulu, study last minit, nak bertenang macam mana kan? :-D)

Kak Cik bukan pelajar cemerlang kat sekolah dulu. Kak Cik bukanlah 'ulat buku' yang sentiasa pegang buku. Tak sebijak kak Nik Nur Madihah. Tak sepintar kak Siti Fatimah. . Tapi Kak Cik nak kongsi sedikit pengalaman masa SPM dulu.

Yang Kak Cik ingat, masa abang Kak Cik SPM dulu, mak akan menyusun atur semula kedudukan perabot di dalam bilik. Biar kelihatan 'fresh'. Begitu juga zaman Kak Cik SPM. Mak mengalihkan kedudukan meja study dari tepi dinding kepada hadapan tingkap bilik, supaya pengudaraannya bagus. Boleh tengok pokok-pokok hijau di luar rumah. Kemudian, mak akan menyusun buku-buku mengikut jadual periksa. Buku yang pelru dibaca dahulu akan diletak paling atas. Kemudian, bila dah habis exam untuk subjek tersebut, buku tu perlu diletakkan dalam bakul sebelah meja. Jangan campak-campak. Susun elok-elok dalam bakul tu. Dalam buku tu ada ilmu kan. Kena hormat. Bila buku-buku tu dah diletak dalam bakul, maknanya jangan dijeling-jeling lagi. Usah dikenang benda yang dah berlalu. 



Selain itu, jangan lupa buat list-list yang penting macam ni :

(Kenangan SPM 2010)

Buat, buat jugak. Tapi jangan lupa tampal di tempat yang mudah dilihat. Contohnya di bawah suis lampu bilik ke. Di pintu rumah ke. At least, sebelum kita keluar, kita akan terbaca list-list tersebut. Ada satu benda yang Kak Cik lupa nak letak dalam list dia atas iaitu jam tangan. Walaupun sekarang dah ramai yang tak pakai jam tangan kerana di handphone ada, tapi jam tangan di dewan peperiksaan sangat penting (sebab handphone tidak dibenarkan bawa masuk). Kadang-kadang, kita dapat meja yang paling hadapan. Nak tengok jam di dinding perlu mendongak. Jadi, dah guna masa disitu. Kadang-kadang kita dapat meja yang paling belakang. Penglihatan kita terbatas untuk melihat jam dinding yang digantung di hadapan. Justeru, letak je jam tangan tu disebelah. Sambil menulis jawapan, boleh menjeling jam disebelah.

Satu lagi, sebelum SPM tu, bolehlah round-round satu sekolah, mohon restu orang yang telah mendidik kita walaupun dia hanya seorang mak cik cleaner dan pak cik pekebun. (Kak cik rindu suasana ni. Teringin nak round-round bilik pensyarah mohon restu..Tapi..... malu.... ah, itu bukan malu, tapi EGO)

Urm... rasanya itu saja yang dapat Kak CIk kongsikan di sini. 

Untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi, buat yang terbaik. Tak lama lagi akan keluar sekolah, cuba untuk jadikan SPM adalah kenangan terindah kita di sekolah. 

"Good luck"


No comments:

Post a Comment