Friday, 19 October 2012

Guru itu

Hari ini aku akan bertukar aliran ekonomi ke aliran perakaunan. Sedih. Kenapa aku bersedih? Bukankah itu yang aku inginkan? Bukankah itu yang aku tulis di dalam surat permohonan? Ya. Aku sedih kerana semalam aku telah bertemu dengan seseorang yang sangat aku nantikan selama ini.

Sejak aku berada di tingkatan satu, aku amat suka dengan seorang ustazah ni. Ya, teramat suka. Farishana namanya. Tetapi, tahun ini, tahun 2009 baru aku berkesempatan menjadi salah seorang anak didiknya. Kali pertama dia melangkah masuk ke kelasku, aku dapat raakan auranya. Sungguh tenang. Dia bukan siapa-siapa. Bukan isteri perdana menteri. Bukan juga ratu cantik. Tidak punya suara sehebat Siti Nurhaliza. Tapi dia mempunyai sesuatu yang hebat. Kata-katanya penuh berhikmah. Percakapannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Ucapannya bersahaja tapi sangat menusuk kalbu. Itulah ustazah kesayanganku.

Kenapa aku bersedih bila permohonanku untuk bertukar aliran diluluskan? Kerana ustazah yang 'super' itu mengajar kelasku yang dahulu. Itulah satu-satunya peluang untuk aku menuntut ilmu darinya. Tapi, apakan daya. Mungkin ini yang terbaik untukku. Dengan perasaan sedih, aku mengatur langkar dari kelas 4 Khadijah menuju ke kelas 4 Aisyah. 4 Aisyah, itulah kelasku yang baru. Kelas akaun. Dan tempat dudukku di belakang sekali. Tepi tingkap. Hanya di situ yang masih kosong. Aku keluarkan buku nota untuk menyalin jadual dari rakan sebelahku. Hari ini hari Selasa. Pelajaran pertama adalah Balaghah. Satu persatu aku catat di dalam buku nota kecilku. Suasana kelas yang bising tiba-tiba menjadi sunyi sepi. 

"Ustazah dah datang!" Jerit salah seorang ahli 4 Aisyah.

Oh Tuhan. Ustazah itu! Dia mengajar kelas ini juga. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Aku tersenyum bahagia. Syukur.

********

"Ustazah dekat Mesir dulu giliaq-giliaq masak. Kena pulak hari tu kawan ustazah yang dok kat Terenganu yang kena masak", Jelas Ustazah Farishana dengan dialek Kedah.

"Dia tanya ustazah, 'geset' mana?. Ustazah ni salah faham. Ustazah ingatkan dia nak masak sambil dengaq kaset. Ustazah pun pasangla kaset nasyeed. Tapi kawan ustazah tu tanya lagi. Jadi kawan ustazah yang asal Kelantan pu la tengok benda apa la 'geset' ni. Tiba-tiba dia pulak cakap 'la, colok'. Astaghfirullah, benda apa pulak ni. Sorang kata geset, sorang lai sebut colok". Kami terpinga-pinga mendengar cerita ustazah.

Ustazah menyambung ceritanya,

"Ustazah pula pi tengok. Kamu nak tahu benda apa geset dan colok tu?", kami mengangguk.

"Rupa-rupanya geset dan colok tu guqhuih api!", mendengar jawapan ustazah, maka berderailah ketawa kami.

Ustazah Farishana seorang yang pandai bercerita. Hari ini kami belajar tentang Fasohah. Satu bab yang mengkaji tentang bahasa arab mengikut kefasihan orang arab itu sendiri. Bezanya, ustazah cuba mengaitkan tajuk ini dengan kefasihan bahasa melayu di kalangan orang melayu itu sendiri. Hakikatnya, geset, colok dan guqhuih api adalah satu benda yang sama iaitu mancis. Kreatifkan ustazah?

Beberapa minggu kemudian, ketua kelas, Farhana Najwa menampal jadua tusyen. Kelas tambahan akan bermula pada minggu hadapan. Aku menyalinnya satu persatu. Mataku terhenti pada matapelajaran Bahasa Arab. Oh, gurunya ialah ustazah itu. Tak dapat aku bayangkan ustazah itu akan menjadi guru tusyen kami pada tahun ini. Ah, gembiranya aku.

"Farhana, betoi ka Ustazah Farishana yang mengajar tusyen bahasa arab ni?", aku bertanya.

"Ish, tak tau la. Kami dengaq depa kata ustazah nak pindah pi cawangan", jelas Farhana.

******

"Esok pakai baju bersih-bersih, wangi-wangi. Kita tangkap gambaq okay?". Kata Ustazah Farishana.

Walaupun aku sedih dengan pemergiannya, aku amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenalinya walaupun hanya sekejap cuma.

Sebelum beliau menginggalkan bumi hijau Maktab Mahmud Alor Setar, beliau sempat berpesan kepada kami 6 perkara.

"Apa yang ustazah nak pesan ni kamu ingat na. Kalau boleh tulis kat mana-mana. Kat belakang buku balaghah pun boleh. Perayama sekali, sempurnakanlah solat. Carilah masa untuk membaca buku-buku tentang cara menyempurnakan solat. Kedua, kekalkan sifat malu sebagai muslimah. Ketiga, bacalah al-Quran walaupun satu muka surat sehari. Asalkan istiqamah. Keempat, tolong jangan tinggikan suara dihadapan guru. Kelima, berfikiranlah positif terhadap mana-mana guru. Dan yang akhir sekali jadilah anak yang terbaik untuk mak dan ayah", terangnya.

Kami menyalin butir-buti percakapannya dengan perasaan hiba. Di akhir kelas, kami merakamkan kenangan bersamanya di hadapan lukisan mural. Selamat tinggal ustazah tercinta. Semoga perkenalan kita yang singkat ini memberi seribu satu kenangan manis buat kita semua.

Azimah Abdul Ghani (2010)

*******

Nota 1 : Musim tengkujuh tiba lagi. Hujan dari pagi sampai ke petang malah kadang-kadang sampai ke malam.    Selepas solat Subuh, entah mengapa pagi ini teringat pada seorang ustazah ini. Semoga ustazah sentiasa di bawah rahmat Allah.

Nota 2 : Iman sedikit teruji bila exam diadakan pada musim tengkujuh. Baca buku tetapi nampak katil. Almaklum, meja study di sebelah katil. Allah, permudahkan urusan hamba dan rakan-rakan dalam menempuh peperiksaan. Amin.

No comments:

Post a Comment