Tuesday, 13 November 2012

CFS IIUM siri 1

* Kak Cik menggunakan kata ganti diri 'aku' agar penulisan di bawah lebih dramatik. Hehe.
* Ya Allah, berilah aku ilham untuk menukilkan sesuatu 'Taman Ilmu dan Budi'.

******
Aku menyelak helaian demi helaian. Diari tahun 2011. Sekitar bulan Mei hingga Julai. Cuba mencari kenangan-kenangan terindah yang mungkin tercatat di situ. Kenangan ketika bergelar mahasiswi Bachelor of Arabic (BAR) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Rupanya tidak banyak kenangan yang aku tulis di situ. Hanya peristiwa penting. Selebihnya hanyalah menyatakan perasaan rindu pada mak, ayah, kampung, sekolah dan sebagainya.

Aku memejamkan mata perlahan. Cuba mengingati saat-saat indah di sana. Saat-saat diri ini sedang bertatih belajar berdikari. Saat-saat diri ini tahu untuk menghargai. Saat-saat diri ini merangkak untuk mengenal dunia luar. Ya, sedikit demi sedikit memori itu hadir dikepalaku.

CFS IIUM Petaling Jaya



Tanggal 29 Mei 2011. Mak, ayah, dan bang niep menghantarku ke CFS IIUM kampus Petaling Jaya untuk mendaftar. Perasaan ketika itu bercampur baur. Seronok dan teruja kerana mengingatkan kata-kata salah seorang seniorku beberapa hari sebelum aku datang ke sini.

"Jangan takut la. Kat sini ramai budak Maahad. Dah jadi macam perkampungan kita. Tak percaya tengok la nanti. Kalau ada masalah, ramai kakak-kakak dan abang-abang dari Maktab Mahmud Alor Setar. Cakap ja. InsyaAllah depa tolong."

Ya, kata-katanya benar. Di sini aku berjumpa dengan ramai orang yang aku kira aku kenal wajah mereka walaupun aku tidak tahu -namanya. Seakanakan terdapat satu tanda atau cop di dahi mereka mengatakan 'saya budak Maktab Mahmud'. Ketika sesi pendaftaran pula, aku berjumpa dengan kawan-kawan sama batch dengan aku di sekolah termasuklah sahabat baikku, si Aina 'Pink'.

Takut dan gementar kerana susah hati memikirkan hari-hari yang akan datang. Macam mana aku nak hidup di sini. Tengok kesesakan jalan raya sahaja sudah cukup membuatkan aku pening kepala. Kalau aku buat salah siapa nak tegur? Kalau aku terlajak tidur, siapa nak kejutkan solat Subuh? Aku sedia maklum, kehidupan di universiti tidak sama di sekolah. Di sekolah, ada guru yang menegur. Ada kawan yang mengingatkan. Di universiti lain pula ceritanya. Kebanyakan orang di sini mengamalkan sikap tidak ambil peduli atau nafsi-nafsi. Hal kau, kau punya hal. Hal aku, biar aku yang selesaikan, kau jangan masuk campur. Oh, aku rindu sahabat-sahabat di sekolah.

Minggu orientasi diadakan di CFS IIUM Petaling Jaya walaupun selepas ini kami yang berada dalam jurusan ARTS akan berpindah ke kampus Nilai, Negeri Sembilan. Jadi proses pendaftaran juga diadakan di sini. Orangnya ramai. Pelajar yang ingin mendaftar pun ramai juga. Itu belum dicampur dengan mak ayah yang menghantar. Datuk dan nenek yang ingin turut serta. Suasananya seakan-akan hari konvokensyen abang-abang dan kakak yang pernah aku ikut sebelum ini.

Kami dikehendaki untuk beratur mengambil angka giliran. Untuk mengambil angka giliran sahaja sudah terbit rasa kagum dalam hati. 'MasyaAllah, hebatnya UIA'. Hanya perlu menekan butang hijau, sehelai kertas sebesar tapak tangan akan keluar. Maka terteralah 4 angka. Itulah angka gilirannya. Kemudian, kami dikehendaki masuk ke dalam dewan mengikut angka giliran tadi. Di situlah sesi pendaftaran bermula.

Mengisi borang, menyusun dokumen-dokumen yang dikehendaki mengikut turutan dan sebagainya. Selesai sesi pendaftaran, kami perlu beratur lagi untuk mengambil barang-barang yang disediakan oleh pihak universiti, kuci asrama dan sebagainya. Ketika aku sedang terpinga-pinga mencari tempat untuk mengambil kuci asrama, ada seorang lelaki menegurku dari belakang, committee yang bertugas mungkin.

"Assalamualaikum sister"
"Waalaikumussalam"

(Brother dan sister merupakan panggilan untuk pelajar lelaki dan perempuan di sini)

"Have you got the mahallah's key?"

(Mahallah > asrama)

"Err. Not yet. Errr. Kat mana ye nak ambik kunci mahallah?"
"Di sana!"
"Ok. Terima kasih"
"Eh, sister!"
"Ya, kenapa?"
"Kalau dorang bagi mahallah Siti Khadijah, sister jangan ambil tau."
"Kenapa?"
"Sebab mahallah tu berhantu."
"Lepas tu, kalau dapat mahallah Siti Khadijah jugak?"
"Err. Cakap je,' ada mahallah lain tak'?"
"Ok. Thank you"

Aku berlalu meninggalkan brother tersebut. Berhantu? Ah, semua tempat ada hantu lah, bro. Dan seperti yang telah diberitahu brother tadi, aku dapat mahallah Siti Khadijah. Agak takut. Semoga Allah melindungiku dari perkara yang buruk.

Setelah selesai sesi pendaftaran, aku keluar dari dewan dan terus berjumpa dengan mak dan ayah. Kami makan tengah hari bersama sebelum menuju ke mahallah yang bakal aku diami selama seminggu di sini.

Mahallah Siti Khadijah. Cantik kan?

Mahallah Siti Khadijah merupakan mahallah paling banyak bilangan tingkatnya malah aku rasa bangunan paling tinggi di sini dan satu-satunya mahallah yang mempunyai lift! Berwarna kuning dan coklat. Cantik. Tersergam megah dan tampak agak mewah. Di keychain kunci bilikku tertera nombor 714. Bermakna bilikku terletak di tingkat 7, hanya 2 tingkat lagi untuk naik ke aras paling atas. Satu bilik dihuni sramai 4 orang. Akulah orang pertama yang masuk ke dalam bilik itu. Makanya, aku bebas memilih katil, meja study, rak buku dan almari. Setelah meletak barang-barang, aku turun semula ke bawah untuk menghantar mak, ayah dan bang niep pulang.

Sedih dan sayu.Tapi aku berusaha menahan diri agar tidak menangis di depan mereka. Dasar anak bongsu yang tak pernah tinggal jauh dari orang tua. Walau aku berusaha untuk menahan air mata dari jatuh, tapi apakan daya. Air mata tetap bertakung di kelopak mata. Hanya menunggu masa untuk penuh seterusnya melimpah keluar.

Naik semula ke bilik. Lift sesak dengan pelajar dan waris. Beratur panjang sehingga ke pintu masuk. Aku memilih untuk menggunakan tangga. Untuk naik ke tingkat 7, bukan mudah. Tinggi. Tapi aku rasa lebih cepat sampai bila menggunakan tangga.


Masuk ke dalam bilik, ketiga-tiga katil yang tadinya kosong kini berpenghuni. Kami berkenalan. Kami berlainan negeri dan latar belakang. Seorang dari Perak. Seorang lagi dari Melaka. Dan seorang lagi dari Pahang. Seronok berada dalam satu bilik dengan mereka. Kmai berkongsi cerita dan minat. Malah, ada satu malam, kami menyanyi lagu negeri dan sekolah masing-masing. Seronok bukan?


Minggu orientasi di UIA tidak sama dengan tempat lain. Jika di institut lain, mereka perlu berlari pusing padang, tidur lewat malam dan bangun awal pagi. Kami di sini tenang. Hanya perlu siapkan telinga untuk mendengar segala taklimat yang semestinya di dalam bahasa Inggeris.

Di sini, kami juga perlu menduduki 3 jenis peperiksaan. EPT (English Placement Test) , APT (Arabic Placement Test) dan TEnT (Tilawah Entrance Test). Ujian tersebut adalah untuk menentukan level dan kelas yang bakal kita hadiri nanti. Ketiga-tiga ujian tersebut wajib diambil oleh setiap orang dan wajib menghadiri kelas tersebut sebelum ke kelas core course. Senang atau susah? Hmmm.. sudah tentu ada yang senang dan ada yang susah.

Tetang makanan, sudah tentu tidak ada masalah. Tentang kafeteria. Ada banyak pilihan di sini. Setiap mahallah dibekalkan satu kafeteria. Ada bilik TV, bilik membasuh, dan lain-lain kemudahan. Jika ada waktu senggang, aku dan rakan-rakan akan pusing-pusing UIA dengan menggunakan peta yang telah diberikan oleh committee yang bertugas ketika pendaftaran semalam. Tentang 'hantu' yang diberitahu oleh seorang brother hari tu? Jujurnya, sepanjang berada di CFS IIUM PJ, tidak pernah terlintas di fikiran tentang hantu walaupun aku terkenal dikalangan adik beradikku sebagai seorang yang penakut. Malah, tidak terdengar langsung cerita-cerita seram dari sesiapa. Dan, aku juga pernah pergi ke bilik air seawal jam 4 pagi dan tiada sesiapa di sana!. Tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah. Syukur.

Selama seminggu di sana, kami diberitahu tentang peraturan di UIA, lagu, dan lain-lain (maaf, tak ingat). Selepas seminggu berorientasi di sini, kami warga ARTS dipindahkan ke kampus Nilai.

ARTS = (Bachelor of arabics (BAR) , Bachelor of English (BEN), Islamic Reveal Knowledge (IRK) , dan Human Sciences (HS))


Lautan manusia ^_^ Cantik tak background di belakang tu?


Selamat tinggal Petaling Jaya. Panjang umur, ada jodoh kita berjumpa lagi.

******

* Nantikan sambungan siri ke 2 di kampus Nilai pula !


6 comments:

  1. Assalamualaikum, sister..
    sister budak BAR mesti pndai kan? haha!
    Nama sy Adda for Rabiatul Adawiyah.. sister kt mna skrg? gombak ea?
    mugkin dah tlambat but good luck..
    :)

    ReplyDelete
  2. kak cik to Wiwie Adda :

    yee...saya budak BAR...tapi ex-BAR..mungkin Adda boleh tengok education background saya di sebelah kiri blog ni... 2 bulan je saya di UIA... sekarang saya di IPG... :-) by the way, selamat teruskan perjuangan ni IIUM... semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.... dan selamat datang ke TAMAN ILMU DAN BUDI... ;-)

    BETTER LATE THAN NEVER, right? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES! better late than never.. :)
      My roommate mmg nak sgt prgi IPG but then, dia tak dpt.. and dia pun budak BAR.
      And thanks sister.. (n_n)

      Delete
    2. ouh....kenapa dia tak buat rayuan??? Takpe...bagitahu dia belajar di mana-mana pun sama. Di mana-mana pun kita boleh menjadi guru. Cuma satu benda yang seorang guru itu perlu ada -ILMU.... Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya supaya kita dapat memberi sebanyak-banyaknya kerana sifat seorang guru itu -MEMBERI. Apa kita nak beri kalau kita tak da benda nak beri kan??

      Opsss.... macam tazkirah pulak...hehe....

      Delete
  3. Salam kak. Bleh x cita sket psl mahallah. Yg tu ke yg ade compartment so 1 compartment 1 org? Bleh x bg tips2 nk cop katil (or compartment) awl2 hehe.. kne pegi dftr awl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Mahallah yg ada compartment tu di uia gambang, pahang.. Xperlu dtg awl sbb pihak uia da tetapkan compartment students.satu bilik 4 org so ada 4 compartment..

      Delete