Sunday, 23 December 2012

Aku, Diari dan Puisi


Diari. Siapa di sini tak tahu apa itu diari? Huh? Ada yang tak tahu? Okay..okay.. Meh Kak Cik 'explain'kan apa itu diari. Menurut fahaman Kak Cik sendiri, diari boleh didefinisikan sebagai satu buku di mana seseornag itu menulis rutin harian atau meluahkan perasaan atau merancang aktiviti atau mencatat 'to-do list' dan banyak lagi. Kegunaan diari adalah bergantung kepada tuan empunya badan itu sendiri.

Ada orang menulis diari sekadar untuk mencatat apa yang telah dilakukan di sepanjang hari tersebut dari celik mata pada dinihari sehingga mata kembali tertutup di malam hari. Ada orang menulis diari untuk meluahkan perasaan pada hari-hari tersebut. Contohnya marah, sedih, teruja, dan sebagainya. Tapi, bagi Kak Cik sendiri? Untuk apa menulis diari?

Dulu, sewaktu Kak Cik tingkatan 5, kak cik pernah buat oral presentation tentang diari. Lawak kan? Orang lain semua buat tajuk gempak-gempak. Tapi, tajuk presentation kak cik hanyalah sebaris perkataan yang mempunyai lima huruf iaitu D-I-A-R-Y. So, di dalam prentation tersebut, kak cik ada menyelitkan tentang kenapa kita pelru menulis dari. Antaranya : Waktu muda-muda dulu, kak cik pernah berangan nak jadi orang besar. Perdana Menteri Malaysia mungkin. Tak kisahlah jadi apa pun, yang penting seluruh rakyat Malaysia akan kenal. Kira orang besarlah tu kan. Jadi, diari yang kita tulis sekarrang mungkin sangat bernilai di masa hadapan. Siapa tahu, bila dah jadi orang besar, Arkib Negara Malaysia akan menubuhkan satu galeri khas untuk kita dan menempatkan diari-diari tadi dalam satu kotak lutsinar dan diletakkan di atas rak pameran. Mari kita kaji balik sejarah-sejarah pelajar cemerlang misalnya seperti kak Nadiah Amirah dan Kak Cik Nur MMadihah. Umur mereka mungkin masih muda. Tidak kaya. Tapi mereka boleh dikatakan sudah menjadi 'orang besar' ni negara kita di mana seluruh masyarakat mengenali mereka. Bukankah penerbit buku sana sini berlumba-lumba menerbitkan hasil tulisan luahan hati mereka yang pernah dicoretkan di dalam diari peribadi? See ! Tak akan sia-sia kalau kita menulis. Mungkin akan berguna untuk orang lain nanti seperti mana hasil penulisan pelajar-pelajar cemerlang tadi telah menyuntik semangat berpuluh ribu pelajar di Malaysia. Tapi, kalau diari kepunyaan kak cik....errrr....tak pasti boleh memberi manfaat atau tidak. Tapi tak salahkan kalau kita nak membina angan-angan besar.He he.


Kedua, Ia akan menjadi medium untuk kita meneutralkan emosi kita. Contohnya kita sedih dan marah. Kita boleh meluahkan segala-galanya di dalam diari. Kerana tidak semua perkara kita mampu dan boleh berkongsi dengan orang lain dan tidak semua orang volunteer menjadi pendengar setia. Suka di sini untuk kak cik kongsikan petikan dari Travelog Budak Mentah karya saudara Hafizul Faiz :

"Bagi saya, tempat luahan yang terbaik ialah mereka yang tidak berlisan dan bersuara. Tiada emosi macam manusia. Tidak seperti manusia. Iaitu menulis. Dan menulis ialah mekanisme untuk luahkan terus kepada Allah SWT. Kita tahu, Allah SWT boleh membaca tulisan kita, hati kita dan segala-galanya"

Absolutely true! Ya, bila kita menulis sebenarnya kita menceritakan segala isi hati kita pada Allah SWT. Setuju? Heee...

Sekali pensil diraut,
Di sini tintaku tumpah,
Di sini aksaraku bermadah.

Selain itu, kenapa menulis diari? Kerana ia akan menjadi satu medium untuk kita menilai diri kita. Setiap awal tahun, kak cik akan mebelek-belek diari tahun sebelumnya. Muhasabah diri balik. Dalam setahu berapa kali aku bangun dan solat malam. Berapa kali aku puasa sunat. Berapa kali gaduh dengan kawan. Berapa kali berbuat baik dengan orang sekeliling. Yang penting kena catat itu semua dalam diari. Barulah kita boleh menilai. Kemudian tingkatkan lagi prestasi pada tahun berikutnya. Jangan asyik cerita hal perasaan cinta monyet sahaja. Percayalah, bila kita baca balik diari-diari kita sebelum ini, pasti wujud perasaan sebegini ""Eeeee, kenapa aku bodoh sangat masa ni?".."Eeee, kenapa aku buat amcam tu?".."Eeee, ruginya aku! Kalaulah....."

Di samping itu, (wah, macam buat karangan bahasa melayu pulak!), dengan diari juga kita boleh catat tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan. Bila perlu diserahkan kepada pensyarah. Bila nak buat study group, group discussion dan sebagainya. Dengan diari juga kita boleh mencatat tarikh-tarikh penting yang perlu diingati contohnya hari ulang tahun kelahiran. Boleh mencatat hutang-hutang supaya mudah nak bayar nanti. Untuk perempuan pula, diari sangat penting untuk mencatat kitaran haid. Justeru, dengan adanya satatan, kita tidak perlu pening kepala lagi untuk menentukan sama ada itu haid atau istihadhah. Dan yang paling penting nanti senang nak ganti puasa!..^_^

***


Alkisah kak cik mula menulis diari ialah pada tahun 2004. Ketika itu kak cik masih di sekolah rendah, darjah 5. Kenapa ya budak darjah 5 menulis diari? Dah ada pakwe ke? Hehe.. Bukan..bukan... kak cik start menulis diari ketika mana kak cik sangat suka akan seorang guru ini. Beliau merupakan guru matematik. Semestinya seorang perempuan. Cantik, manis, lemah-lembut, dan banyak lagi lah! Jadi kak cik suka menceritakan segalanya tentang beliau di dalam diari. Boleh dikatakan seluruh diari , cikgu itu yang menjadi watak utama. Contohnya :

"Tadi kan, aku jumpa cikgu tu depan bilik guru. Dia senyum dekat aku...Eeeee....comelleah cikgu!"

Haha, bila dibaca balik diari sewaktu darjah 5, terasa lucu ! Rentetan daripada itu, kak cik menulis diari untuk tahun-tahun berikutnya. Jadi, seperti biasa, setiap tahun akan ada seorang guru yang menjadi watak utama dalam diari kak cik. Entah kenapa, kak cik cepat sangat terinspirasi dengan cikgu-cikgu di sekolah, pensyarah-pensyarah di maktab. :-). Ah, biarlah. Apa salahnya suka pada cikgu kan? Suka pada pensyarah. Kan bagus tu. Heee.

Tapi kan, perasan tak tajuk entre ni? Aku, Diari dan Puisi. Eh, kenapa ada puisi pulak? Haa, sebenarnya kak cik belum habis cerita lagi tentang cita-cita 'BESAR' kak cik tu. Selain tu, kak cik juga pernah bermimpi untuk menulis setiap helaian diari dengan puisi. Kak cik tak pandai membaca puisi, tak pandai mencipta puisi, tapi kak cik sangat suka puisi! Kalau ada keratan-keratan puisi yang best akan kak cik tampalkan dalam diari. Kadang-kadang kak cik cuba untuk mencipta puisi sendiri, tapi, ah! Buruk benar! Memang tak ada bakat. Malu nak tunjuk dekat orang.

Puisi,
sering terkait tentang hati,
sering terikat dengan rasa,
sering termaknai oleh kehidupan.
Puisi,
kadang mengharukan,
kadang menyesatkan pun,
kadang mengilhami,
Puisi,
pernah menjadi larah,
pernah menjadi cerca,
pernah pula
menjadi dharma.

p/s : Kalau nak save bajet, tak perlu beli diari mahal-mahal di pasaraya. Cukup dengan hanya menggunakan buku latihan lama yang tak habis guna!. Ayuh, selamatkan alam sekitar. Hehe.. Selamat menulis diari untuk 2013. ^_^

 *Semua gambar diambil dari google. Tak sempat nak snap. :-)

5 comments: