Tuesday, 18 December 2012

Bacalah dengan nama Tuhanmu

Pagi tadi Kak Cik dikejutkan oleh satu SMS dari seorang kakak senior juga selaku naqibah di IPG.

"Cuti ni dah berapa kitab adik khatam?"

"Alar akak ni. Bukannya akak tak tahu yang saya ni malas membaca. Tak da pun kitab yang dah kahtam. Semuanya baca sekerat jalan."

"Dik, akak dulu pun malas membaca. Akak pernah post pasal akak malas membaca di facebook. Seorang ustaz pernah komen post akak. Dia cakap bukankah Allah SWT suruh kita membaca. Baca (Iqra') tu wahyu dari Allah. Berdosa kalau kita ingkar dengan suruhan Allah. Nak ke ingkar dengan suruhan Allah? Urm. Lebih kurang macam tu la dia tulis. Jadi, sejak itu akak nekad nak mula membaca dengan bahan bacaan yang akak minat".




Allah...Allah..Allah..Kak Cik cukup terpukul dengan mesej akak tersebut. Sungguh, hamba ini telah ingkar dengan suruhanMu malah merupakan wahyu pertama. Bukan Kak Cik tak tahu akan kepentingan membaca. Sejak dari kecil lagi kita didedahkan dengan cogan kata "Membaca kunci kejayaan", "Membaca jambatan ilmu", "Membaca amalam mulis","Bangsa berjaya bangsa berjaya" dan banyak lagi. Tipulah jika Kak Cik tidak sedikit pun terjentik untuk membaca. Siapa yang tak nak berjaya kan??? Hati ini cukup berkobar-kobar untuk membaca itu dan ini. Tapi itulah... Ada keinginan dan kemahuan, tetapi tidak ada usaha untuk kea arah itu.Di sekolah dulu, pantang ada buku-buku yang menarik sinopsisnya, cepat-cepat Kak Cik cadangkan kepada seorang sahabat Kak Cik yang seorang ini untuk membacanya. Dia merupakan seorang pembaca tegar. Kemudian, dia dengan senang hati akan menceritakan kepada Kak Cik isi keseluruhan buku tersebut.

Jika hendak diceritakan tentang sifat malas membaca ini, memanag tidak sanggup untuk Kak Cik ceritakan. Malu dengan orang lain. Malu dengan diri sendiri. Dan malu dengan Allah. Apa tidaknya, sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, tidak ada satu novel sastera pun yang Kak Cik habis membacanya. Jika orang bertanya apa rahsia mendapat A untuk subjek Bahasa Melayu, jawapan Kak Cik cukup ringkas. "Saya menghafal buku rujukan!"

Berbalik kepada saranan dan cadangan naqibah tersebut, petang tadi, Kak cik membeli beberapa bahan bacaan santai. Untuk membaca bahan yang sangat berilmiah, sungguh... diri ini tidak mampu.Novel yang sepupu Kak Cik hadiahkan sempenan hari lahir pun Kak Cik mengambil masa selama 5 bulan untuk habiskan inikan pula buku ilmiah.

Jika orang lain membeli majalah pada setiap bulan, tetapi Kak Cik hanya membelinya 3 bulan sekali. Kalau tak nanti membazir. Tak terbaca pula nanti majalah-majalah tu semua.


Kak Cik teringat satu ayat yang pernah dikongsikan oleh seorang naqibah yang lain. Perumpamaan yang cukup cantik. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Alah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 

Kak Cik percaya, semua orang mengharapkan rahmat Allah SWT. Begitu juga Kak Cik. Tetapi sebelum itu kita perlu menjadi orang yang beriman terlebih dahulu. Kemudian berhijrah dan seterusnya berjihad. Sama juga halnya dengan membaca. Kak Cik percaya yakni 'beriman' yang membaca boleh menambahkan ilmu. Dan Kak Cik 'berhijrah' yakni pergi ke kedai membeli buku-buku. Akan tetapi yang terakhir, 'berjihad'. Moga kita semua berusaha berjihad untuk membaca. Amin. Kerana dengan membaca kita akan tahu segala-galanya. In Shaa Allah... :-)

No comments:

Post a Comment