Friday, 14 December 2012

CFS IIUM Siri 2

Sambungan . . .

CFS IIUM kampus Nilai

Berbas-bas disediakan oleh pihak UIAM (mungkin lebih dari 5 buah) untuk mengangkut mahasiswa-mahasiswi ARTS ke kampus Nilai, Negeri Sembilan. Beg-beg yang tidak muat diletakkan di bahagian bawah bas, pihak pengurusan juga menyediakn lori untuk menangkut beg tersebut. Mujur aku tidak membawa banyak beg. Hanya sebuah bagasi, beg sandang dan baldi di aman di dalamnya mengandungi alatan mandi.Terasa lucu apabila membawa baldi menaiki bas. Ah, biarlah. Semua orang juga berbuat demikian.

Perjalanan ke CFS IIUM kampus Nilai mengambil masa kira-kira 2 jam. Aku tidak dapat menikmati permandangan di sepanjang perjalanan dek dikehendaki mengisi beberapa borang dan perlu menyerahkannya apabila tiba di sana nanti. Terasa sia-sia aku berebut mengambil tempat di tepi tingkap. Geram.

Setibanya di Nilai, kami disambut oleh committee-committee yang ramah. Setelah meletakkan beg-beg di tempat yang dirasakan selamat, kami diarah untuk mengambil kunci mahallah di Sem Hall. 

Aku berjalan sendirian. Kerana terpisah dengan rakan-rakan memandangakn jadual perjalanan kami tidak sama. Aku memerhati sekeliling. Tampak biasa. Bangunan yang digunakan di sini hanyalah deretan bangunan kedai. 'Biasa je Nilai. PJ cantik lagi'. Itulah tanggapan pertama aku tentang Nilai.

Kata orang 'tak kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal pasi jatuh cinta. Ya, hari demi hari aku semakin jatuh cinta dengan Taman Ilmu dan Budi ini'. Justeru, elakkan daripada membuat persepsi terhadap pandangan pertama yang belum jelas kedudukannya.

MUSA ( Mahallah Ummu Salamah)

Di sini, hanya terdapat dua mahallah iaitu satu untuk brothers dan satu lagi untuk sisters. Mahallah yang bakal aku diami ialah Mahallah Ummu Salamah atau lebih dikenali dengan MUSA.


"Excuse me. Sister, mana bilik D-G-5?" Aku bertanya kepada seorang committee sambil menunjukkan keychain yang terdapat pada kunci. Terasa kekok bila bertutur dalam Bahasa Inggeris.

"Owh, sister tengok ni. D maksudnya sister duduk di Blok D. G pula ground. 5 pula nombor bilik. Tahniah sister dapat tingkat bawah!", terangnya panjang lebar.

D - G - 5

Sebuah bilik yang agak besar.Ya, bayangkanlah keluasannya sama seperti satu lot kedai. terdapat 8 katil double-decker. Maksudnya bilik itu boleh dihuni seramai 16 orang. Besar kan? Errr. Mungkin lebih sesuai dipanggil dorm.Istimewanya dorm di ground floor, kami disediakan tandas dan bilik study di dalam. Sungguh selesa. Dan, agak mewah.

Malam pertama di DG5, kami membuat satu halaqah. Tidak besar kerana tidak semua ahli menyertai halaqah tersebut. Kami bertaaruf. Saling mengenali. DG5 diwarnai dengan pelbagai gelagat ahli-ahlinya dek kerana berlainan negeri, latar belakang, bahasa dan lain-lain. Walaupun kadang kami mempunyai masalah komunikasi kerana berlaitan negeri, namun itu tidak menjadi halangan persahabatan kami kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Malah, kadang-kadang kami berusaha untuk bertutur dengan loghat negeri orang yang hendak diajak berbual. Pernah suatu ketika, Aisyah orang negeri Terengganu mengadu kepadaku,

"Azimah, depa ni dah charge handphone kat meja kita bukan nak ambik balik charger. Penuh wayaq-wayaq atas meja tu"

"Huh? Wayaq? Owh, wayar ka? Haha. Aisyah. Orang Kedah tak panggil wayaq. 'R' pada wayar tu tak ditukar manjadi 'Q' tetapi dihazafkan"

(Nanti kak cik buat sedikit tutorial ringkas bertutur bahasa Kedah ^_^)

Ahli dorm DG5 yang sentiasa di hati : Bakyah, Fathie, Aisyah, Naz, Nadhirah, Ain, Tini, Afiqah, Shida, Rauhah, Rozi, Anet, Wani, Fathin dan Fini. Semoga Allah senantiasa merahmati kalian.. :-)

Belajar Menjadi Imamah Solat

Solat berjemaah. Mungkin tampak biasa di mata orang lain. Namun sukar bagi aku. Ya, aku pelajar sekolah agama yang agak terkemuka di Alor Setar. Namun, aku tidak tinggal di asrama. Justeru, solat berjemaah  setiap solat fardhu tidak ada dalam rutin harianku. Tetapi di sini, berkat kesungguhan AJK kerohanian dorm DG5 untuk menghidupkan solat jemaah. Tahniah juga untuk pihak pengurusan DG5.


Jadual Imamah juga turut dilekatkan di pintu. Bermula dari sini, aku belajar menjadi Imamah solat. Kadang-kadang tidak yakin dengan bacaan sendiri. Namun, itu tidak menjadi halangan. Kerana makmum di belakang ramai yang menghafal al-Quran. Mereka sedia menegur jika salah.


PILLOW TALK with Madam Isfadiah

Sejak minggu orientasi di Petaling Jaya lagi, mataku terpukau dengan personaliti seorang pensyarah di sini. Ketika itu, beliau sedang memberi briefing tentang CFS IIUM kampus Nilai. Dan ketika aku sedang mengemaskan katil di mahallah, ada seseorang menyapa di pintu DG5.


"Everything okay here?"

Eh, madam. Ya, madam itu. Rupa-rupanya dia principle di sini. Principle untuk Mahallah Ummu Salamah! Wajahnya bersahaja, namun tenang mata-mata yang melihatnya. Seorang yang murah dengan senyuman. 

Bagi kami, setiap hari isnin malam selasa, pukul 10 malam adalah waktu yang paling dinanti-nantikan. Masakan tidak. Sepanjang 2 bulan aku di sana, aku dan sahabat-sahabat satu dorm tidak pernah ponteng dari mengikuti Pillow Talk bersamanya. Walaupun beliau berbicara di dalam Bahasa Inggeris, namun aku cuba untuk memahami. Sesiapa sahaja boleh menyertai Pillow Talk tersebut akan tetapi ada syaratnya. Seperti yang kita sedia maklum, jika terdapat perkataan 'Pillow' dihadapan, sudah tentu pesertanya perlu membawa bantal. Namun kami diberi pilihan. Sama ada membawa bantal, atau teddy bear atau buku nota. Ia seperti seorang ibu yang sedang ingin menidurkan anaknya lalu menceritakan kisah-kisah yang menarik yang boleh dijadikan pedoman hidup.


Pillow talk pertama bersama Madam Isfadiah di Blue Court. Cerita tentang Blue Court, sungguh istimewa tempat ini. Ruang serbaguna. Di sini kami berusrah. Di sini kami makan. Di sini kami melayari wifi. Di sini kami bermain badminton pukul 1.00 pagi. Malah, pernah keluar dari dorm pukul 5 pagi untuk mengisi air ke dalam botol dari water cooler berdekatan, terdapat senior-senior yang tidur di Blue Court tersebut. Ya, kadang-kadang di sini kami tidur!

Kenapa namanya Blue Court? Sudah tentu kerana lantainya berwarna biru. Blue Court letaknya betul-betul dihadapan dorm DG5. Pagi sabtu kami selalunya dikejutkan oleh bunyi sorakan kakak-kakak dan mak cik-mak cik cleaner yang seronok bermain bola tampar. Kami yang teruja dan mengintai melalui tingkap juga turut terhibur.

Pernah diri ini diam-diam meng'google' nama beliau. Dan... MasyaAllah. Ramainya ex-student beliau menukilkan sesuatu khas untuk beliau! Absoutely true , Great teacher inspires !

Group 506

Itulah kumpulan kelas bahasa arabku. 26 orang kesemuanya. Menjadi salah seorang mahasiswi Asasi Bahasa Arab, bukanlah impianku. Tidak pernah terdetik dalam hatiku untuk munyukai bahasa arab. Bagiku bahasa arab ni susah. Banyak formulanya. Banyak kaedahnya. Banyak segala-galanya. Entah mengapa ketika mengisi borang untuk ke Institut Pengajian Tinggi, niatku cuma satu. "Bahasa arab ni susah. Rugi kalau aku belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5, tapi aku tak teruskan. Alang-alang dah bersusah belajar bahasa arab, tidak salah kalau teruskan mendalami bahasa arab". Dan aku juga pernah terfikir, bila masuk degree nak ambil pengkhususan dalam pendidikan. "Nanti graduate boleh balik mengajar di Maktab Mahmud !"


Ketika berada di sini, aku mula faham tentang kaedah-kaedah di dalam bahasa arab. Baru aku faham kenapa di sekolah dulu Ustaz Ustazah suruh hafal itu, hafal ini. Bila di sini, baru tahu, "Oh, rupa-rupanya itu kegunaannya!". Sungguh, semakin hari aku mula mencintai Bahasa Syurga.

Nilai yang aku rindui...





Masjid Nilai yang tak pernah sunyi dengan majlis ilmu. Pertama kali melihatnya, ternampak bukit di bahagian belakang masjid tersebut. "Eh, bukit Uhud !". Bagiku itulah istimewanya Nilai. Cuaca panas. Ada bukit Uhud. Tidak lain tidak bukan persis Makkahtul Mukarramah.


Satu perkara yang melucukan tentang Nilai. Rata-rata orang membawa payung. Hatta untuk duduk di kaki lima pun orang masih memegang payung. Tidak hujan. Panas? Mungkin. Tetapi, rata-rata aku tanya pasti ada yang menjawab "Takut kena tahi burung!". Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika aku tergesa-gesa hendak ke kelas, seekor burung gagak yang cuba menguji kesabaranku, telah berak betul-betul di atas kepalaku. Kebetulan hari itu hari Rabu di mana kami diwajibkan untuk memakai tudung putih. Ah, geramnya.




~ Namun itu semua hanya tinggal kenangan. Ya, kenangan terindah mungkin. Yang tak mungkin dilupakan. Selagi Allah kurniakan kewarasan akal, in shaa Allah, CFS IIUM sentiasa terpahat di hati.

~ Sungguh, hingga saat ini, tika ini, diri ini selalu mendengar alunan lagu tema CFS IIUM. Ketika mengemas bilik, melipat pakaian, malah ketika menyiapkan tugasan sekali pun. Tidak pernah jemu mendengar. Jom kita hayati bait-bait lirik di bawah :


EXCELLENCE IN ALL WE DO IS OUR MISSION
Let us come along and get together
Affirm our faith in God and the Messenger
Light the flame of love in Him, warm and brighter
Hold the rope, and trust in Him forever
Divided we will (we’ll) fall, United we stand
Unity bears the fruit of unification
Triple I.C.E is ever our mission
Excellence in all we do is our vision
Chorus:-
We are the torchbearers, for the Ummah
Guided by the (-) Qur’an and Sunnah
Foundation Centre of IIUM
The gate of the (-) Garden, Knowledge and Virtue
Divided we will (we’ll) fall, United we stand
Unity bears the fruit of unification
Triple I.C.E is ever our mission
Excellence in all we do is our vision



~ "Warkah Cinta Berbau Syurga" dari warga dorm D-G-5 sebelum diri ini melangkah keluar meninggalkan bumi Nilai. Semoga perkenalan yang singkat ini diredhai Allah. In shaa Allah. ada jodoh panjang umur kita berjumpa lagi. Ukhwah till Jannah, Amiin.

"Aku tak akan mengharapkan sebuah pertemuan andai aku tahu betapa perintnya perpisahan"

**In shaa Allah, setakat ini  mungkin itu sahaja yang ingin dinukilkan, Jika ada penambahan, kak cik akan tambahkan kemudian,

6 comments:

  1. rindu zimah,,,-shida

    ReplyDelete
  2. Rindu hampa semua jugak... :-)... Ukhwah till Jannah insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. so.. akak asasi bahasa inggeris la dulu?

    ReplyDelete
  4. to hazie.. tak, saya asasi bahasa arab... :-)

    ReplyDelete
  5. Akak, brape lme asasi b. Arab UIA?

    ReplyDelete
  6. to anonymous

    urm...berapa lama tu bergantung kepada keputusan ujian APT (arabic test) dan EPT (english test) kita semasa minggu orientasi. Tapi, rata-rata student arab di UIA, belajar selama dua tahun.Kalau awak berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam APT dan EPT (contohnya examted kedua2 ujian tersebut), mungkin boleh disingkatkan menjadi setahun atau setahun setengah... :-)

    ReplyDelete