Thursday, 31 January 2013

Mengapa Allah menguji kita?

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuhan sayangkan aku?Kenapa aku diuji sebegini berat sekali?"

Kenali Tuhan yang mengujimu !

Tanpa kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa dirinya hamba. Terutama ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji. 

ان لله و إن اليه راجعون

"Kami milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolah apalagi 'mengamuk' apabila diuji. Kita hanya hamba...

Namun, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu, Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha Hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?


Orang yang mengenal kasih sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu yang memberikan yang terbaik. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tidak memberi sesuatu yang buruk untuk hambaNya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahwa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak tahu atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, Ya Allah, mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah):

"Sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila Dia menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati"

Di antara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak sennag dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati dan akal akan terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesungguhnya akan melemahkan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah disa - mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal. kerana Qada dan QadarNya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila emelkat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman : 

".... Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu"
(Surah al-Baqarah : 216)

Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) ridak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan, makan Allah akan cuba dengan ujianNya"

Jadi apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan nafsunya sahaja.


Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujianNya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba kepada Allah. Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan tiga langkah ini apabila diuji L

1) Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. 

2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.

3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. 

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk 'membesarkan' kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata... Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk 'membesarkan' lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji ! Justeru apabila diuji jangan katakan 

"Apakah aku tersisih?"

sebaliknya, katakan.

"Aku sudah terpilih!"

SUMBER : Ustaz Pahrol 


"Apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka"

Suka untuk kak cik kongsikan satu kata-kata tutor kak cik ketika kelas tutorial Ahad lepas :

"Anehnya orang beriman, apabila diuji dia bersabar, apabila diberi kesenangan dia bersyukur"

Duhai hati, bersabarlah dan terus melangkah!.... :-)

26 comments:

  1. Terima kasih Azimah,, membantu sy melalui ujian dr Allah dgn tabah,,

    ReplyDelete
  2. sama-sama kasih... :-)... saya hanya kongsi article dari fb pensyarah... :-)... semoga bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak2. Disaat saya terpilih diuji dan hampir putus asa. Artikel awak dah sedarkan saya sesuatu.

    Terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  4. azmi... alhamdulillah.. jangan pernah berserah sebelum berusaha! saya bukanlah penulis sebenar artikel ini.. hanya ada sebaris dua ayat yang ditokok tambah.. :-) moga ia bermanfaat untuk kita semua ;-)

    ReplyDelete
  5. as-salam...mohon share artikel...terima kasih.

    ReplyDelete
  6. to cikroh.... silakan... sama-sama kita sebarkannya...moga bermanfaat untuk semua.. :-)

    ReplyDelete
  7. Salam...artikel yg bagus dan membuatkan saya tersedar .Lately,saya resah mengenangkan apa yg saya lakukan dlm peperiksaan SPM baru2 ini.Saya cukup tertekan bila semua orang tanya saya boleh buat ke tidak.Saya takut sekiranya result saya tak mampu menggembirakan keluarga saya.Saya dah berbuat semampu saya,cuma saya tertekan dengan persekitaran saya yg seolah-olah mendesak.Doakan agar saya lebih tabah ya :-)

    ReplyDelete
  8. to anon

    insyaAllah.. kita dah cuba sehabis daya... hanya tinggal berdoa dan bertawakal.... :-)...jangan jemu berdoa ya.. doa itu senjata orang mukmin...

    ReplyDelete
  9. to Syarlinah Palibu

    :-) alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. thank.. perkongsian yg amat bermanafaat... sebak dikala mbca bait ayt.. "Apakah aku tersisih sebalik aku adalah yg terpilih "

    ReplyDelete
  11. Kak cik to Fanna Halim

    Tahniah ukhti, Allah bersamaMu... Kita diuji bukan kerana Allah tidak sayangkan kita, tapi kerana dia sangat sayangkan kita... :-).... ujian itu jika dilalui dengan penuh sabar dan reda, percayalah, dosa-dosa kecil kita akan gugur. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...time ksih sharing ilmu yg bguna nie

    ReplyDelete
  13. Setiap hari saya google semua artikel tentang ujian Allah, redha. sabar dan sebagainya. Saya sedang diuji.Dengan kata2 dan penulisan ini ia memberi saya kekuatan dan memupuk semangat dalam ujian ini. Walau pada mulanya saya juga berdetik dan memberontak kenapa Allah belum bagi apa ayng saya ingin. Kini saya sabar dan redha pasti hikmah dan pertolongannya pasti akan dapat jua. Wahai pembaca dan empunya blog tolonglah doakan agar saya keluar dari masalah yang saya hadapi ini....berkenaan dengan rezeki ..

    -cempaka merah-

    ReplyDelete
  14. Huhu sedih sgt... Bru lps kne saman sbb nombor plat xikut spec.. Huhu rm100.. Dh lme dh buat dri thun lps lg, smua road block lepas mreka hnya mintak lesen, ic and rotex je.. Tp bile ade polis perempuan muda tahan xlps... Aku geram btul dgn polis tu bru tu... Polis senior ok je x skema mcm polis tu...
    Ape2 pun aku redho dgn ketentuan Allah, sbb Allah tidak akan menguji hambanya dgn ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambanya..
    So aku ni kuatlh hadapi ujian ni... Innalillahirojiun...

    ReplyDelete
  15. kak cik to Nor Linda, Cempaka Merah dan Shahir Rahman...

    InsyaAllah, perancangannya adalah yang terbaik. Mohon doa padanya moga kita redha atas segala yang berlaku. Dia tidak beri apa yang kita mahu, namun apa yang kita perlu... :-)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum. saya salah seorang student mrsm. sy nak apply LDP tp saya tak bernasib baik utk dafftar, kawan saya sempat. dan sekarang saya benci dia. stress. blajar math td pun x masuk. saya stress and buntu. mcm mna nak rawat.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... untuk adik yang bertanya.. kuncinya sabar dan redha... Mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk adik yang Allah telah sediakan. Hari ni rezeki kawan adik. Esok lusa mungkin rezeki adik pula.

      Delete
  17. Subhanallah saya diuji dgn suasana kerja yang sgt tertekan ditambah pulak dgn 1lagi ujian Allah...saya ada high risk pregnancy di awal kandungan. Sgt perit utk diterima hinggakan sy pernah murung dan hampir putus asa. Keadaan dimana bos sukar memahami situasi sy yg perlukan rawatan berkala hingga kdg kala tpksa mengabaikan kerja. 2 keadaan ini yg perlu saya hadapi skrg. Dan saya tahu saya insan terpilih....dalam ramai2 Allah pilih saya! Menitis air mata bila sy baca artikel ni sbb sblm ni sy xkuat, sy lemah.... hingga saya sedar saya ada Allah....terima kasih bg sy semangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah akak... kuatnya akak. Allah tahu akak mampu.. :-) moga Allah permudahkan urusan akak pada hari ini dan hari-hari seterusnya.

      Delete
  18. Tq..membantu saya utk muhasabah diri

    ReplyDelete
  19. ALLAH AKBAR...SAYA DI UJI BILA ALLAH MENJEMPUT KEMBALI SUAMI TERSAYANG PADA 16 MEI 2015..ANAK-ANAK MULA MENJADI PENDIAM..SAYA MULA DI TANYA SOALAN BERTUBI-TUBI..KENAPA ALLAH AMBIL AYAH DULU..KENAPA TIDAK ORANG LAIN..SAYA TERANGKAN..KALAU KITA PINJAM BARANG ORANG PUNYA SUATU HARI KENA PULANGKAN KEPADA TUANNYA...MACAM TU JUGA KITA..ALLAH PINJAMKAN AYAH UNTUK KITA SUPAYA KITA MERASAI KASIH SAYANG SEORANG SUAMI BAGI IBU DAN AYAH BAGI ANAK-ANAK..ALHAMDILILLAH KITA DAPAT MERASAI PELUANG ITU WALAUPUN HANYA SEMENTARA..DALAM BERJUTA-JUTA MANUSIA..ALLAH NAMPAK DAN ALLAH PILIH KITA UNTUK DI UJI..KENAPA..KERANA ALLAH SAYANGKAN KITA..KAKAK,ABANG DAN ADIK KENA REDHO DENGAN UJIAN INI..BERDOALAH BANYAK -BANYAK AGAR KITA DAPT BERTEMU DENGAN AYAH DI AKHIRAT NANTI DI DALAM SYURGA..IN SYAA ALLAH.....KINI ANAK-ANAK SAYA MULA DAPAT MENERIMA KETIADAAN AYAH MEREKA.SEHINGGA KINI MEREKA SENTIASA BERMIMPIKAN AYAH MEREKA..DATANG KEPADA MEREKA DALAM KEADAAN YANG SENTIASA TERSENYUM..ALHAMDULILLAH...SATU PERKARA YANG MEMBUATKAN HATI SAYA TERHARU IALAH..SETIAP HUJUNG MINGGU MEREKA AKAN MINTA UNTUK DI BAWA KE KUBUR ARWAH SEHINGGALAH SEKARANG....SAYA INGAT INI..ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI SEEORANG HAMBANYA DI LUAR KEMAMPUANNYA......ALLAH LEBIH TAHU...

    ...INSYIE 2005...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu akbar. Menitik air mata saya membaca comment akak. saya terkenangkan diri saya lebih kurang 8 tahun yang lalu. saya jugak tidak redha atas perpisahan. di mana Allah ambil insan yang kita sayang. lama kelamaan, alhamdulillah. berkat dari kesabaran, perasaan redha dan bersangka baik datang dalam hati.

      moga kita sama-sama berusaha meningkatkan amal baik. supaya kita dapat berjumpa dengan mereka-mereka yang kita sayang dan rindu di JannahNya. InsyaAllah..

      Delete
  20. Saya perlukan bantuan dari awak azimah..saya baru kehilangan suami tercinta march yg lalu dimana saya baru habes berpantang..arwah suami saya baik hatinya, saya berusia 26tahun dan perkhawinan saya berusia setahun lebih dan dikurniakan seorang anak syurga..mak ayah saya telah dijemput Allah..mak saya telah kembali ke rahmatullah tahun lepas..pedih kehilangan seorang ibu masih segar ditambah pula pedih kehilangan suami tercinta..sekarang saya dalam proses untuk tabah hadapi ujian ini dan saya perlukan motivasi dari azimah..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Saya perlukan bantuan dari awak azimah..saya baru kehilangan suami tercinta march yg lalu dimana saya baru habes berpantang..arwah suami saya baik hatinya, saya berusia 26tahun dan perkhawinan saya berusia setahun lebih dan dikurniakan seorang anak syurga..mak ayah saya telah dijemput Allah..mak saya telah kembali ke rahmatullah tahun lepas..pedih kehilangan seorang ibu masih segar ditambah pula pedih kehilangan suami tercinta..sekarang saya dalam proses untuk tabah hadapi ujian ini dan saya perlukan motivasi dari azimah..

    ReplyDelete