Monday, 4 March 2013

Amanah dan tanggungjawab

Dari dulu, acapkali kita mendengar kisah Imam Ghazali bertanya kepada anak-anak kecil mengenai apakah yang paling berat di dunia? Seorang demi seorang daripada mereka menjawab soalan tersebut dengan yakinnya. Ada diantara mereka menyebut besi sebagai benda yang paling berat di dunia. Ada juga yang memberi jawapan gajah sebagai benda yang paling berat di dunia. Rata-rata jawapan yang diberikan tidak boleh disangkal lagi kesahihan berat kandungannya.

Mendengar jawapan tersebut, Imam Ghazali menjawab :

"Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH".


Ya, maksud yang tersirat disebalik sederet huruf yang mempunyai enam aksara kesemuanya tidaklah semudah menyebutnya. A-MA-NAH. Amanah. Seringkali terkait dengan tanggungjawab. Kenapa Amanah dianggap paling berat berbanding besi, gajah, dan lain-lain lagi?
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang ; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh manusia itu amat zalim dan amat bodoh."
(al-Ahzab : 72)

Amanah sangat berat. Apatah lagi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Hatta tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ramai manusia yang masuk ke neraka kerana gagal menyempurnakan amanah. 

Kadang-kadang, amanah juga menyebabkan mata terpaksa bersengkang, amanah menyebabkan jasad kepenatan. Amanah menyebabkan siangnya seperti malam dan malamnya seperti siang. Allahu Akbar. Beratnya amanah. Namun, biar diri ini sibuk memikul amanah agar nafsu tiada masa untuk berhibur. Terhibur hati kerana amanah kerana ia membuatkan kita terbuai dalam kesibukan sehingga terlupa membuat dosa kelalaian. 

**Sungguh, tatkala amanah yang dipikul berjaya disempurnakan, persis keluar dari bilik yang sempit ke padang sahara yang luas. Ah ~ Betapa leganya.

No comments:

Post a Comment