Wednesday, 27 March 2013

Cikgu...

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk 'mengetatkan' kembali ikatan ukhwah yang semakin hari semakin longgar. Kebetulan terjumpa dengan salah seorang guru sekolah rendah dahulu di rumah kenduri. Percaya atau tidak, beliau yang menyapa saya terlebih dulu.

"Azimah kan?"..

Ya, beliau masih ingat nama saya. Padahal saya masih tercari-cari nama beliau.

"Allah..Aku kenai cikgu ni. Tapi nama apa ya? Arrghhh.. tak ingat. Yang pasti bermula dengan huruf K !!!".

Bersembang, bersembang dan bersembang. Barulah nama beliau hadir dalam ingatan. Huhu.. Maafkan anak muridmu yang lupa budi ini, cikgu. Masih ingat lagi. Beliaulah guru yang paling garang yang saya pernah jumpa.. Suaranya lantang. Jika beliau lalu, secara automatik keadaan akan menjadi sunyi sepi. Sebagai tanda hormat mungkin. Atau mungkin jugak takut.

Tetapi, kerana beliaulah saya mendapat markah percubaan UPSR matapelajaran matematik setinggi 99% ! Itulah yang saya banggakan sehingga kini walaupun ketika itu masih ramai rakan-rakan yang mendapat 100%.. :-p...

Sebelum berpisah, sempat beliau mengadu kepada saya. "Adik-adik kamu sekarang ni, tak macam zaman kamu dulu. Kira nak main ja. Tak sedaq-sedaq lagi tahun ni nak ambik UPSR"...

Saya tersenyum.. padahal dulu cikgu juga berkata perkara yang sama pada kami "Awatlah hampa ni tak rajin macam abang2 & kakak2 hampa dulu. Depa dulu pulun mengaji nak bagi dapat 5A!"

Gambar yang telah mendapat sedikit sentuhan agar tampak lebih klasik ! 

No comments:

Post a Comment