Saturday, 20 April 2013

Hijab I'm In Love





Ketika mengenalmu aku selalu bertanya
Sudah siapkah aku
Akhirnya ku mengerti ku telah jatuh hati
Dan menghijabkan diri
Indahnya oh teduhnya
Cantikkan hatiku

Hijab hijab i'm in love
Kau menjaga hati dan diriku ooh
Hijab hijab i'm in love
Ku tenteram bersamamu

Semenjak bersamamu kau hiasi hariku
Carikan selalu
Takkan ku lepas lagi kerana kau telah menajdi
Bahagian dari hidupku

Indahnya oh teduhnya
Cantikkan hatiku

Hijab hijab i'm in love
Kau menjaga hati dan diriku ooh
Hijab hijab i'm in love
Ku tenteram bersamamu

Mereka selalu berharap tuk menunda dirimu
Karena ingin menghijabkan hatinya duku
Namun sampai kapanmu semua..
Karena hati manusia tempat khilaf dan salah ooh

Hijab hijab i'm in love
Kau menjaga hati dan diriku ooh
Hijab hijab i'm in love
Ku tenteram bersamamu

Hijab hijab i'm in love
Hijab hijab i'm in love 2x

********

First time dengar lagu ni, kawan kak cik perkenalkan. Menarik.  Pertama kali kak cik dengar lagu yang sebegini. Bukan jatuh cinta dengan manusia. Tapi dengan syariat Allah iaitu berhijab. Tertarik dengan liriknya, "Kau menjaga hati dan diriku"... Ya, kak cik setuju 100%. Dengan memakai tudung, tak kisah la tudung bawal, jilbab atau yang sedang popular sekarang ni, tudung Akel, sebelum ingin melakukan sesuatu perkara tu kita akan berfikir 2x. Contohnya, nak masuk kelab malam. Kalau kita pakai tudung labuh, mustahil untuk kita melangkah ke tempat sedemikian, bukan? Sebab kita malu dengan pakaian kita. Justeru, pakaian yang berlandaskan syariat Allah secara tidak langsung telah menjaga hati dan tindak-tanduk kita dari melakukan hal yang bukan-bukan.

Hijab menjaga diri? Semestinya. Dengan hijab kita rasa selamat. Selamat dari mata-mata ajnabi ! Rasa diri dihomati. Pernah kak cik ingin membeli jubah di bazaar berdekatan dengan Masjid India. Pemilik kedai tersebut adalah lelaki yang agak lembut tindak tanduknya yang membahasakan dirinya sebagai 'kakak'. Jika perempuan sebelum dan selepas kak cik ingin mencuba jubah-jubah tersebut, 'kakak' tersebut yang menolong mereka mengukur di badan. Tetapi, kita yang bertudung, dia hormat. Dia meminta rakannya yang perempuan menolong. :-) See, masyarakat menghormati ! 

Seperkara lagi, terpukul dengan kata-kata kak Wardina Safiyyah. Berapa ramai orang di dunia ini bertudung.Tahu menutup aurat itu wajib. Tetapi apakah dalil atau bukti yang mengatakan menutup aurat itu wajib? Surah apa? Ayat yang keberapa? Jom kita selak balik al-Quran :

"Wahai Nabi ! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang". 
(Al-Ahzab : 59)

Buat akhwat di luar sana, renung-renungkanlah !

Sudahlah rambur mengerbang,
Baju pula jarang,
Inilah Nabi kata berpakaian,
tetapi telanjang

tuduh pula lelaki mata keranjang
salah kau atau orang yang terpandang?

tahu marah bila orang kata 'murahan'
diri sendiri tayang-tayang
bila free tengok siapa yang tahan?

maka, TUTUPlah AURAT
supaya Allah sayang !!!

Memakai tudung itu tak wajib. Tapi menutup aurat itu wajib !

Monday, 15 April 2013

Shopping Baucer Buku 1 Malaysia

Baru-baru ni, semua orang sibuk shopping guna Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kan? Jadi, di sini kak cik nak kongsi apa yang kak cik beli. Pada awalnya mati kutu jugak nak beli apa. Almaklum, tahun ni dapat BB1M sebanyak RM250. Besar angka tu. Buku yang beli tahun lepas pun ada 3 buah buku yang tak baca lagi, malah plastik pun tak dibuka lagi... =_=''. 

Kak cik dah lama admire dekat ustazah Noor Laila Aniza Zakaria ni. Sekali pandang buku ni terus beli tanpa dibaca sinopsis terlebih dahulu. Bila dah beli, baca sedikit caption di cover page tu, "Buku ini amat sesuai di baca oleh setiap mereka yang ingin berumah tangga, mereka yang sudah berumah tangga, ibu bapa..........................." Allahuakbar. Tersenyum sendiri. Kak cik selalu mengelakkan diri dari membaca buku berkaitan kahwin untuk elak dari 'berangan' sebelum tiba waktunya. Nanti terganggu pula emosi. Tapi...Tak mengapalah. Persediaan awal. Seperti kak Oki Setiana Dewi cakap, dia melakukan persediaan sebelum bernikah dengan membaca buku-buku berkaitan nikah kahwin untuk tambah ilmu.

Kak cik admire dengan penulisan Abu Hassan Morad.. begitu juga dengan anaknya. Kak Ummi Hani. ^_^

 Di dalam kelas, kami ada sesi bedah buku dalam slot bicara sahabat. Buku yang menjadi pilihan ialah Beduk Diketuk. Jadi, belilah satu untuk simpanan sendiri. Kalau ada mana-mana sesi bedah buku yang terlepas dalam kelas, bolehlah riview balik buku ni.

Ohh. yang ni tak dapat nak bagi komen apa-apa. Plastiknya pun belum dibuka lagi. Kenapa beli? Mestilah sebab ada unsur-unsur komik. Bukankah lukisan ni menarik perhatin?

Buku ni, Alhamdulillah dah selesai baca. Seriously, baca buku ni, air mata ni tak pernah kering. Kalau tak gugur di pipi,  pasti bertakung di kelopak mata, menanti saat ia melimpah keluar. Acece.. Ayat!!!! 

Dan yang terakhir. on the way. Sedang membaca. Buku ni pun! Sangat memberi inspirasi. 

Eh, satu lagi.. Ini yang terakhir. Terasa ingin mencabar diri membaca novel Inggeris. Saya kan ex-UIA. Di IPG pula minor BI jugak. hehe. Life of PI. Takut nak beli pada awalnya. Takut tak mampu nak baca.  Tapi buka first page, ok lah. BI nya mudah nak faham. Walaupun ada satu, dua, tiga, empat, lima perkataan yang tak faham, at least boleh teka maksudnya. Last-last tinggal kat rumah jugak. Hajat nak baca time cuti semester bulan 5 nanti!

Terima kasih PM untuk baucer buku ni !

So, kawan-kawan. Korang beli buku ape jer???

Pengalaman Berasaskan Sekolah 1

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau Rancangan Orentasi Sekolah (ROS), memang wajib dilaksanakan oleh guru-guru pelatih IPG, bermula dari semester 1 hingga semester 4. Jadi, 4 kali lah kami kena berPBS atau berROS. Setiap kali PBS / ROS, kami perlu berada di sekolah selama seminggu. PBS atau ROS ni tak sama dengan praktikum. PBS kami tak perlu mengajar (kecuali diminta untuk berbuat demikian) tetapi praktikum kami perlu dan mesti mengajar. PBS kami boleh pilih sekolah di kampung sendiri, tetapi praktikum kami mesti pergi ke sekolah yang telah ditetapkan oleh unit praktikum di IPG. Tujuan PBS ni adalah tak lain tak bukan untuk mendedahkan kepada para guru pelatih suasana sekolah yang sebenar ketika telah menjadi guru kelak. Apa yang dipelajari hanyalah teori, tetapi praktikalnya ketika kita betul-betul berada di tempat itu.

Mendengar cerita-cerita pengalaman dari senior, membuatkan kak cik teruja nak ke sekolah walaupun di dalam hati ni berdebar sangat-sangat. Hatta dah masuk ke pintu pagar sekolah sekali pun. 

Oh ya, disebabkan PBS kami diberi peluang untuk memilih sekolah sesuka hati, jadi, mestilah kak cik pilih sekolah yang dekat dengan rumah kan. Boleh bercuti lama sikit di kampung. Maklumlah, kak cik anak perantau yang merantau nun jauh di Timur sana. Hehe.

Sekolah yang kak cik pilih adalah SK Tebengau, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Sekolah ni dicadangkan oleh mak sebab dekat dengan rumah dan ayah pernah menjadi pendidik di sekolah ni selama lebih kurang 21 Tahun lebih (menurut cerita-cerita guru di situ). Sekolah ni sangat menyenangkan permandangannya. Dikelilingi sawah padi dan jika naik ke tingkat empat, kita dapat melihat pantai !

Jadinya, tanggal 31 Mac 2013, tepat jam 7.15 pagi, kak cik menjejakkan kaki di SK Tebengau. Berdebar. Gemuruh. Agak takut nak ke sekolah ni kerana selain membawa nama IPG KDRI, kak cik juga membawa nama sebagai anak salah seorang bekas pendidik yang telah berbakti di sini. Dan sudah tentu mereka akan memerhati, meneliti dan mengamati tingkah laku kita. Semestinya !

Hari pertama di sekolah, di sepanjang koridor, letih menjawab salam dari murid-murid. ''Assalamualaikum ustazah!". "Assalamualaikum cikgu!".. Paling kurang "Hai kakak!". Huhu.. sungguh comel anak-anak ini.


Selepas melaporkan diri, 'punch in', dan berkenalan dengan Penolong Kanan-Penolong Kanan, kak cik dan dua orang lagi rakan berjalan-jalan melawat bangunan sekolah. Pergi ke bilik guru. Berkenalan dengan guru-guru. Sungguh, kak cik tak peramah. Tapi... alahai.. sporting cikgu-cikgu di sini. 


1.4.2013 a.k.a hari kedua berPBS. Kami menyertai perhimpunan bersama adik-adik. Selepas perhimpunan kami berpeluang masuk ke kelas tahun 1 bersama-sama guru pendidikan Islam. Kebetulan, di dalam tugasan yang perlu disiapkan, kami perlu mengkaji tentang kaedah yang digunakan guru-guru pendidikan Islam ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. 

Selepas murid menjawab salam dan membaca doa, semua duduk. Kak cik memilih untuk berada di belakang. Dua orang lagi sahabat kak cik memilih untuk berada di kanan dan kiri kelas. Pertama kali masuk ke kelas, melihat sendiri bagaimana guru mengajar., seriously berderau darah ni. MasyaAllah. SubhanaLLah. Kuatnya suara ustazah ni. Jelas. Lantang. Satu kelas boleh dengar dengan jelas. Dan mungkin jugak kelas sebelah!. Bijak mengawal kelas. Matanya cepat menangkap apa yang dilakukan oleh murid. Seolah-olah mata bukan sahaja berada di hadapan, tetapi di kiri, kanan, depan dan belakang. Tika itu, kak cik terfikir, mampukah kak cik melontarkan suara selantang dan sejelas itu? Padahal seringkali diri ini ditegur oleh mak kerana bercakap perlahan. :-(

Hari ketiga, 2.4.2013, kami diberi berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mengajar di dalam kelas. Jadinya, ustazah meminta kami mengajar tajuk tanda sukun untuk murid tahun 1 untuk kelas yang sama semalam. Makanya, tidak tidurlah kami semalam dek kerana menyiapkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di samping pening kepala memilih baju apa yang perlu di pakai ! Penampilan seorang guru di hadapan murid itu penting OK!!


 Kad huruf yang dilipat-lipat kemudian diletakkan di dalam tupperware. Konon-kononnya seperti permainan kotak beracun.

 Tanda sukun kecil dan tanda sukun besar.

 Kad imbasan perkataan-perkataan yang mengandungi tanda sukun.

Ganjaran untuk murid. Coklat. Untuk guru pelatih yang masih mentah dah tak pandai kawal kelas, ini penting untuk menarik perhatian murid ! :-p 

Memandangkan kami perlu mengajar tajuk tanda sukun, makanya kami memilih buah sukun sebagai set induksi kami. Disebabkan di rumah tidak ada printer, jadi kak cik melukis sendiri buah sukun. 

Masuk ke kelas.. Allah.. Berdebar dari hari-hari sebelum ni. Ada seorang guru pembimbing dan seorang guru j-QAF yang memerhati dari belakang. Kononnya sedang di'observe' oleh pensyarah!.. But, Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi ada satu part yang kelakar dan kak cik selalu tersenyum sendirian tatkala mengimbau kembali kenangan ini. 

Ketika mengadakan aktiviti set induksi, kami menampal gambar buah sukun di papan hitam. 

"Ini buah apa murid-murid? Cuba teka?"... Bagi kak cik buah sukun merupakan buah yang agak tradisional. Tak semua orang kenal. Akan tetapi, kebanyakkan dari murid tinggal di kampung. Mereka mesti kenal pokok dan buah sukun!. Akan tetapi, jawapan yang sebaliknya pula yang diterima.

"Buah cempedak ustazah!"

Huhu, bila diamati kembali lukisan yang dilukis, ya, ada iras-iras buah cempedak . Maaflah anak-anak. ustazah tak pandai melukis. :-p

Hari keempat, 3.4.2013. Ketika berada di perhimpunan pagi, kak cik berjalan di antara barisan murid-murid. Tiba-tiba terasa ada seseorang sedang menarik baju. Menoleh ke belakang. Senyum. Kak cik membongkokkan sedikit badan...

"Ya, ada apa cheq?" 
"Ustazah nama azimah ka?"
"Ya, kenapa?'
"Saya pun nama azimah jugak"

*Cheq, kata ganti diri orang kedah yang selalu digunakan untuk bercakap dengan orang tua. Tampak lebih sopan. Akan tetapi, selalu juga digunakan oleh orang tua untuk membahasakan diri orang muda kalau tak tahu nama / tak kenal lagi... Err.. faham ke tak ni? 

Azimah junior.

Hari ni hari yang paling sibuk bagi kami. Sebab perlu menemu ramah lebih kurang 10 orang individu tentang perkembangan bahasa dan sosio-emosi kanak-kanak. Penat naik turun mencari individu yang perlu ditemu buah. :-).

Antara yang kami perlu temu bual adalah 2 orang murid tahun 3. Dan, kami dicadangkan untuk menemu buah dua orang adik yang comel ni. :-)
 Adik Akmal dan Adik Hannan.

4.4.2013 a.k.a last day at SK Tebengau. Baru nak terbit rasa sayang. Baru nak kenal dan mesra dengan cikgu-cikgu. kini perpisahan pula yang terjadi. T_T. Sebelum 'punch out' kami ronda-ronda satu sekolah lagi. tangkap gambar sana sini. Apa yang menariknya, terdapat banyak sangat kata-kata hikmah. Bila berjalan pasti mendongak ke atas, memandang kiri dan kanan untuk membaca kata-kata hikmah tersebut. Banyak juga kata-kata hikmah yang tak pernah dengar pun sebelum ni.


Selepas punch out, kami turun ke bawah menuju ke bilik guru kerana niat di hati untuk bersalaman dengan guru-guru di sana buat kali terakhir. Akan tetapi, belum sempat kaki melangkah masuk ke bilik guru, berpusu-pusu malah beratur panjang untuk bersalaman dengan kami bertiga. Mungkin kebetulan waktu pulang sekolah. Tapi, bila difikirkan kembali, kami ni dah amalkan amalan guru penyayang kan? Hehe.. Bukan senang tau nak habiskan satu barisan yang panjang. Lenguh mulut senyum.

10 murid pertama yang salam boleh lagi cakap menggunakan ayat penuh "Jalan elok-elok tau"... tapi, lama kelamaan perkataan 'elok-elok' dah jadi 'leklok'. Haha.

**

**Di kesempatan ini, kak cik dan sahabat-sahabat ingin merakamkan sejuta penghargaan buat warga SK Tebengau dari tukang kebun, taukeh kantin, mak cik yang selalu bancuh air milo dan teh ais untuk kami, cikgu-cikgu yang memberikan kerjasama untuk ditemu ramah dan bersedia berkongsi segala bagai maklumat, guru-guru penolong kanan, dan yang terakhir sekali guru besar di atas layanan tip top yang diberikan.

**Seronoknya berPBS di kedah. Rasa puas sangat dapat bercakap dalam loghat negeri sendiri tanpa perlu sembunyi-sembunyi dan cover-cover lagi. ^_^.








Sebelum mengundur diri, kak cik tinggalkan satu teka teki. Selamat menjawab!


Friday, 12 April 2013

3 Cinta


Tajuk tazkirah Bulatan Gembira kami minggu ni. 3 CINTA

Pertama > cinta agung
Kedua > cinta sejati
Ketiga > cinta terhina

Yang pertama itu cinta kepada Allah dan Rasul.
Kedua, cinta kepada manusia dan harta, tetapi dengan berlandaskan syariat.
Yang ketiga itu yang paling payah. Ramai melakukannya. Ramai menyedarinya. Dan ramai juga yang seakan susah nak meninggalkannya.

Kata naqibah kami tadi "yang pertama itu utama. Rebut cinta yang pertama itu, maka yang kedua akan kita peroleh bersama. Yang kedua itu juga utama. Tapi masih bukan yang paling utama. Kerana bila kita mencintai insan-insan, harta benda yang ada hanya kerana Allah, justeru kita turut mencintai Allah. Kenapa bukan yang paling utama? Kerana cinta pertama itulah yang paling utama. Bila kita mencintaiNya, Dia bakal memberikan apa sahaja yang kita pinta. Lalu, kita bakal peroleh cinta kedua itu bersama redhaNya.


**Semalam kak cik sempat berbalas mesej bersama sahabat lama. Dia mengingatkan Kak Cik pada pesanan seorang ustazah di sekolah dulu. "Jangan bercouple. Sebab kita belajar ilmu agama. Ilmu itu cahaya. Dan ilmu tidak akan masuk ke dada orang yang buat maksiat"... ~ sekadar perkongsian.

Adik saya

Saya tak ada adik. Jadi saya sangat suka dan menghargai jika ada orang panggil saya 'kakak'. Kerana ia panggilan tanda hormat. Mungkin biological younger brother or sister saya tak ada. Bukan mungkin lagi. Tapi memang pasti! Adik 'olok-olok' insyaAllah saya ada ramaaaaaaaaai. Itu hanya anggapan saya. Tak pasti sama ada mereka juga beranggapan demikian atau tidak. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Dari sekolah menengah hinggalah sekarang. Ada ramai junior yang saya kenal walaupun tak rapat. Dan saya menganggap mereka semua adik saya.

Tapi kali ni saya nak memperkenalkan seorang adik yang bagi saya sangat istimewa. Perkenalan kami tak lama. Kurang dari satu tahun mungkin. Dia ni sangat comel. Comel sangat-sangat. Orangnya peramah. Tidak sombong. Gemar bertanya. Itu dan ini.

"Akak, kenapa tu macam tu? Akak kenapa ni macam ni?"

Itu antara soalan yang wajib ditanya setiap kali bertemu. Kadang-kadang penat juga nak menajwab. Kadang-kadang penat juga berfikir bagaimana nak menjawab soalan yang tak disangka-sangka akan ditanya oleh budak yang baru berumur 10 tahun. Ya, adik saya ni umurnya baru darjah 4. Tapi, oleh rasa tanggungjawab sebagai seorang kakak yang berdedikasi, saya cuba menjawab dengan berhikmah sekali. Chewah! Haha


Kami ditemukan melalui ibunya. Ya, sebenarnya adik saya yang comel ini adalah anak salah seorang pensyarah saya di sini. Lantaran seringkali berurusan dengan ibunya, maka kami berkenalan. Bermula dari senyuman, bertanya nama, umur dan banyaaaaaak lagi. Tapi ! Percaya atau tidak, yang memulakan perbualan itu, bukan saya, tapi adik saya yang peramah ini ! hehe.. Maflah dik, akak ni memang pemalu orangnya.

Oh ya! Adik saya ni seorang pecinta haiwan! Sangat suka dan sayang kepada haiwan. Burung, kura-kura dan tak kurang juga kucing. Sangat berani nak pegang semua ni. Saya pula penakut. Geli. Tapi kalau dah mati, no problem. Sebab benda dah kaku. Geli tu sebab dia bergerak-gerak. hehe.

Adik saya yang peramah ni juga suka berteka-teki dnegan saya. Setiap kali jumpa, ada je teka teki yang dia nak uji. Antaranya :

Akak, macam mana nak bawa masuk gajah dalam peti sejuk?

Gajah mana boleh masuk dalam peti sejuk. Gajah kan besar. peti sejuk tu kecik je

Boleh la kak

Boleh? Macam mana?

Mula-mula, buka peti sejuk, lepas tu masukkan gajah. Lepas tu tutup peti sejuk tu!

Haha.. okay =_=''

Akak.. macam mana nak bawa masuk rusa dalam peti sejuk?

Akak tahu! Mula-mula buka peti sejuk, lepas tu masukkan rusa.. Lepas tu tutup la balik peti sejuk tu!

salah!

Larh. Pulak. Habis tu macam mana?

Mula-mula buka pintu peti sejuk. Pastu kena la keluarkan gajah dulu. Baru masukkan rusa. pastu tutup la peti sejuk tu

Haha.. (sekali lagi terkena =_='')

Akak.. kat dalam hutan kan.. raja rimba ni nak buat mesyuarat. Semua haiwan hadir.. tapi ada sekor je yang tak hadir. haiwan apa?

Rusa! Sebab rusa ada dalam peti sejuk ! Haha.. betul tak??

Betul!!..

*****************************************

Dan yang paling penting, kami punya minat yang sama. urm. Mungkin kot. Iaitu main badminton ! Dan saya kira, perkenalan kami juga dimulai dengan badminton. ketika saya sering bermain badminton bersama kawan-kawan, dia selalu melihat kami bermain. Pada suatu petang saya mengajaknya bermain. Pada mulanya dia menolak, namun lama kelamaan dia menerima. Bijak rupanya adik saya bermain badminton. gemar memberi bola tinggi sehingga kadang kala sukar untuk saya menyambutnya.

Kadang-kadang, bila berjumpa , ada satu soalan yang dia gemar bertanya kepada saya. Apa? tentang kahwin!

Akak.. berapa tahun lagi akak kat sini?

Campur tahun ni 4 tahun lagi.

Lepas ni akak gi mana?

Tak tahu lagi.. kerja kot.

Ooo.. leaps ni akak kerja la ya..

Yup!

Akak..

Ye..

Akak nak kahwin umur berapa?

hahah.. calon pun tak de lagi.. macam mana nak kawen. Fatin nak akak kawen umur berapa?

20 tahun!!

Sekarang akak dah 20 tahun la sayang. Fatin tolong la cari calon dekat akak sorang.. urm.. abang yang baik2

Akak nak yang baik je? Akak tak kisah kalau tak handsome?

Tak.. tak kisah.. asal baik je

Urm.. Jagar (pok guard) akak nak? Dia baik!

*****************************************

Adik saya ni juga pandai buat lawak. Kadang-kadang saya lebih suka mendiamkan diri dan membiarkan dia melakukan aktiviti sesuka hatinya. Bila dilihat saya diam seribu bahasa, dia mendekati...

akak.. akak marah kat fatin ke?

eh, tak la.. kenapa fatin tanya?

saje je fatin tanya.. akak tak senyum pun !

urm.. akak memang tak pandai senyum pun!



ha, fatin tahu ganer nak bagi akak senyum !

ganer?

Lantas, jemari kecil si comel ni menggeletek ke seluruh badan saya. maka berderailah ketawa kami. Alahaiiii fatin.. :-)
Saya, adik saya, dan kawan baik adik saya.. ^_^

Dan, hari ni merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 10 tahun. Selamat hari lahir fatin sayang. Jadi anak solehah ye. Jangan tinggal solat. Dengar cakap ibu. Belajar rajin-rajin. Fatin dah cakap kat akak kan hari tu nak jadi hebat macam ibu jugak. Panjang umur, ada jodoh kita jumpa lagi yep!

**Petang-petang begini rindunya saya pada budak comel ni.... :-)... 


Sunday, 7 April 2013

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buahnya


Bila dilihat dan ditenung kembali senarai mata pelajaran yang pernah dipelajari di Maahad Mahmud dulu, Masya Allah... Banyaknya... Namun, sejauh mana ia kekal dalam ingatan kita? Sejauh mata kita amalkannya? Sejauh mana ia sebati dalam jiwa kita?

** Sungguh, aku merindui suasana menghafal sampai tak panggung kepala.

Ada satu maddah al-Azhar yang pada saya paling banyak memberi memori, iaitu usul-Fiqh. Kawan-kawan warga 4 aisyah pasti ingat pada guru yang mengajar maddah ini. Seorang Ustazah. Orangnya cantik. Namun, takutnya kami pada dia bukan kepalang walaupun pada hakikatnya belum ada dari kami yang pernah didenda olehnya. Setakat berdiri dalam kelas tu biasalah. Itu pun cuma sekejap. Setiap kali habis P & P , ustazah takkan lupa berpesan kepada kami :

"Balik ni buat apa? Buat taik mata? Mengapai noh !! Minggu depan saya nak tanya"

Jika hari tersebut ada maddah usul fiqh, kami sanggup berlapar tidak keluar rehat kerana menghafal. Walaupun dah 'tamam' tapi nak hafal lagi dan ulang lagu sebab takut terlupa dan gagap bila ditanya di dalam kelas nanti. Malah buku usul fiqh yang berwarna pink tu lah yang paling 'lunyai' walaupun di awal tahun ustazah sudah arahkan kami membalutnya cantik-cantik. Ada yang terdapat kedan terbakar sebab membawa buku usul fiqh bersama ketika seterika baju sekolah di malam hari. Ada yang terdapat kesan tumpah sambal nasi lemak dan air teh kerana membawa buku usul fiqh bersama ketika makan di kantin. Paling banyaknya, bergulung-gulung di penjuru muka surat dek terlalu kerap menyelak. :-)

Kalau sekolah rendah dulu, esok nak exam, malam baru nak hafal takrif segala bagai.. masih mampu ingat lagi. Malah mampu mendapat A !

Masuk sekolah menengah, jangan harap nak dapat ingat semua tu hanya dalam satu malam. Walaupun menghafal satu minggu sebelum exam, belum tentu dapat A .

Bila masuk ke institut, hafal seminggu sebelum pun belum tentu ingat semuanya.

Tika itu saya terfikir. Adakah ini bermakna makin meningkatnya umur, makin bertambah dosa. Justeru ilmu sukar melekat pada dada?