Friday, 12 April 2013

3 Cinta


Tajuk tazkirah Bulatan Gembira kami minggu ni. 3 CINTA

Pertama > cinta agung
Kedua > cinta sejati
Ketiga > cinta terhina

Yang pertama itu cinta kepada Allah dan Rasul.
Kedua, cinta kepada manusia dan harta, tetapi dengan berlandaskan syariat.
Yang ketiga itu yang paling payah. Ramai melakukannya. Ramai menyedarinya. Dan ramai juga yang seakan susah nak meninggalkannya.

Kata naqibah kami tadi "yang pertama itu utama. Rebut cinta yang pertama itu, maka yang kedua akan kita peroleh bersama. Yang kedua itu juga utama. Tapi masih bukan yang paling utama. Kerana bila kita mencintai insan-insan, harta benda yang ada hanya kerana Allah, justeru kita turut mencintai Allah. Kenapa bukan yang paling utama? Kerana cinta pertama itulah yang paling utama. Bila kita mencintaiNya, Dia bakal memberikan apa sahaja yang kita pinta. Lalu, kita bakal peroleh cinta kedua itu bersama redhaNya.


**Semalam kak cik sempat berbalas mesej bersama sahabat lama. Dia mengingatkan Kak Cik pada pesanan seorang ustazah di sekolah dulu. "Jangan bercouple. Sebab kita belajar ilmu agama. Ilmu itu cahaya. Dan ilmu tidak akan masuk ke dada orang yang buat maksiat"... ~ sekadar perkongsian.

No comments:

Post a Comment