Friday, 12 April 2013

Adik saya

Saya tak ada adik. Jadi saya sangat suka dan menghargai jika ada orang panggil saya 'kakak'. Kerana ia panggilan tanda hormat. Mungkin biological younger brother or sister saya tak ada. Bukan mungkin lagi. Tapi memang pasti! Adik 'olok-olok' insyaAllah saya ada ramaaaaaaaaai. Itu hanya anggapan saya. Tak pasti sama ada mereka juga beranggapan demikian atau tidak. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Dari sekolah menengah hinggalah sekarang. Ada ramai junior yang saya kenal walaupun tak rapat. Dan saya menganggap mereka semua adik saya.

Tapi kali ni saya nak memperkenalkan seorang adik yang bagi saya sangat istimewa. Perkenalan kami tak lama. Kurang dari satu tahun mungkin. Dia ni sangat comel. Comel sangat-sangat. Orangnya peramah. Tidak sombong. Gemar bertanya. Itu dan ini.

"Akak, kenapa tu macam tu? Akak kenapa ni macam ni?"

Itu antara soalan yang wajib ditanya setiap kali bertemu. Kadang-kadang penat juga nak menajwab. Kadang-kadang penat juga berfikir bagaimana nak menjawab soalan yang tak disangka-sangka akan ditanya oleh budak yang baru berumur 10 tahun. Ya, adik saya ni umurnya baru darjah 4. Tapi, oleh rasa tanggungjawab sebagai seorang kakak yang berdedikasi, saya cuba menjawab dengan berhikmah sekali. Chewah! Haha


Kami ditemukan melalui ibunya. Ya, sebenarnya adik saya yang comel ini adalah anak salah seorang pensyarah saya di sini. Lantaran seringkali berurusan dengan ibunya, maka kami berkenalan. Bermula dari senyuman, bertanya nama, umur dan banyaaaaaak lagi. Tapi ! Percaya atau tidak, yang memulakan perbualan itu, bukan saya, tapi adik saya yang peramah ini ! hehe.. Maflah dik, akak ni memang pemalu orangnya.

Oh ya! Adik saya ni seorang pecinta haiwan! Sangat suka dan sayang kepada haiwan. Burung, kura-kura dan tak kurang juga kucing. Sangat berani nak pegang semua ni. Saya pula penakut. Geli. Tapi kalau dah mati, no problem. Sebab benda dah kaku. Geli tu sebab dia bergerak-gerak. hehe.

Adik saya yang peramah ni juga suka berteka-teki dnegan saya. Setiap kali jumpa, ada je teka teki yang dia nak uji. Antaranya :

Akak, macam mana nak bawa masuk gajah dalam peti sejuk?

Gajah mana boleh masuk dalam peti sejuk. Gajah kan besar. peti sejuk tu kecik je

Boleh la kak

Boleh? Macam mana?

Mula-mula, buka peti sejuk, lepas tu masukkan gajah. Lepas tu tutup peti sejuk tu!

Haha.. okay =_=''

Akak.. macam mana nak bawa masuk rusa dalam peti sejuk?

Akak tahu! Mula-mula buka peti sejuk, lepas tu masukkan rusa.. Lepas tu tutup la balik peti sejuk tu!

salah!

Larh. Pulak. Habis tu macam mana?

Mula-mula buka pintu peti sejuk. Pastu kena la keluarkan gajah dulu. Baru masukkan rusa. pastu tutup la peti sejuk tu

Haha.. (sekali lagi terkena =_='')

Akak.. kat dalam hutan kan.. raja rimba ni nak buat mesyuarat. Semua haiwan hadir.. tapi ada sekor je yang tak hadir. haiwan apa?

Rusa! Sebab rusa ada dalam peti sejuk ! Haha.. betul tak??

Betul!!..

*****************************************

Dan yang paling penting, kami punya minat yang sama. urm. Mungkin kot. Iaitu main badminton ! Dan saya kira, perkenalan kami juga dimulai dengan badminton. ketika saya sering bermain badminton bersama kawan-kawan, dia selalu melihat kami bermain. Pada suatu petang saya mengajaknya bermain. Pada mulanya dia menolak, namun lama kelamaan dia menerima. Bijak rupanya adik saya bermain badminton. gemar memberi bola tinggi sehingga kadang kala sukar untuk saya menyambutnya.

Kadang-kadang, bila berjumpa , ada satu soalan yang dia gemar bertanya kepada saya. Apa? tentang kahwin!

Akak.. berapa tahun lagi akak kat sini?

Campur tahun ni 4 tahun lagi.

Lepas ni akak gi mana?

Tak tahu lagi.. kerja kot.

Ooo.. leaps ni akak kerja la ya..

Yup!

Akak..

Ye..

Akak nak kahwin umur berapa?

hahah.. calon pun tak de lagi.. macam mana nak kawen. Fatin nak akak kawen umur berapa?

20 tahun!!

Sekarang akak dah 20 tahun la sayang. Fatin tolong la cari calon dekat akak sorang.. urm.. abang yang baik2

Akak nak yang baik je? Akak tak kisah kalau tak handsome?

Tak.. tak kisah.. asal baik je

Urm.. Jagar (pok guard) akak nak? Dia baik!

*****************************************

Adik saya ni juga pandai buat lawak. Kadang-kadang saya lebih suka mendiamkan diri dan membiarkan dia melakukan aktiviti sesuka hatinya. Bila dilihat saya diam seribu bahasa, dia mendekati...

akak.. akak marah kat fatin ke?

eh, tak la.. kenapa fatin tanya?

saje je fatin tanya.. akak tak senyum pun !

urm.. akak memang tak pandai senyum pun!



ha, fatin tahu ganer nak bagi akak senyum !

ganer?

Lantas, jemari kecil si comel ni menggeletek ke seluruh badan saya. maka berderailah ketawa kami. Alahaiiii fatin.. :-)
Saya, adik saya, dan kawan baik adik saya.. ^_^

Dan, hari ni merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 10 tahun. Selamat hari lahir fatin sayang. Jadi anak solehah ye. Jangan tinggal solat. Dengar cakap ibu. Belajar rajin-rajin. Fatin dah cakap kat akak kan hari tu nak jadi hebat macam ibu jugak. Panjang umur, ada jodoh kita jumpa lagi yep!

**Petang-petang begini rindunya saya pada budak comel ni.... :-)... 


No comments:

Post a Comment