Sunday, 7 April 2013

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buahnya


Bila dilihat dan ditenung kembali senarai mata pelajaran yang pernah dipelajari di Maahad Mahmud dulu, Masya Allah... Banyaknya... Namun, sejauh mana ia kekal dalam ingatan kita? Sejauh mata kita amalkannya? Sejauh mana ia sebati dalam jiwa kita?

** Sungguh, aku merindui suasana menghafal sampai tak panggung kepala.

Ada satu maddah al-Azhar yang pada saya paling banyak memberi memori, iaitu usul-Fiqh. Kawan-kawan warga 4 aisyah pasti ingat pada guru yang mengajar maddah ini. Seorang Ustazah. Orangnya cantik. Namun, takutnya kami pada dia bukan kepalang walaupun pada hakikatnya belum ada dari kami yang pernah didenda olehnya. Setakat berdiri dalam kelas tu biasalah. Itu pun cuma sekejap. Setiap kali habis P & P , ustazah takkan lupa berpesan kepada kami :

"Balik ni buat apa? Buat taik mata? Mengapai noh !! Minggu depan saya nak tanya"

Jika hari tersebut ada maddah usul fiqh, kami sanggup berlapar tidak keluar rehat kerana menghafal. Walaupun dah 'tamam' tapi nak hafal lagi dan ulang lagu sebab takut terlupa dan gagap bila ditanya di dalam kelas nanti. Malah buku usul fiqh yang berwarna pink tu lah yang paling 'lunyai' walaupun di awal tahun ustazah sudah arahkan kami membalutnya cantik-cantik. Ada yang terdapat kedan terbakar sebab membawa buku usul fiqh bersama ketika seterika baju sekolah di malam hari. Ada yang terdapat kesan tumpah sambal nasi lemak dan air teh kerana membawa buku usul fiqh bersama ketika makan di kantin. Paling banyaknya, bergulung-gulung di penjuru muka surat dek terlalu kerap menyelak. :-)

Kalau sekolah rendah dulu, esok nak exam, malam baru nak hafal takrif segala bagai.. masih mampu ingat lagi. Malah mampu mendapat A !

Masuk sekolah menengah, jangan harap nak dapat ingat semua tu hanya dalam satu malam. Walaupun menghafal satu minggu sebelum exam, belum tentu dapat A .

Bila masuk ke institut, hafal seminggu sebelum pun belum tentu ingat semuanya.

Tika itu saya terfikir. Adakah ini bermakna makin meningkatnya umur, makin bertambah dosa. Justeru ilmu sukar melekat pada dada?

No comments:

Post a Comment