Sunday, 5 January 2014

Easy ais krim

Hi uolls, panas-panas begini teringin pulak nak makan ais krim. Ais krim yang baru keluar dari peti ais, yang masih berasap lagi. Di scoop ke dalam gelas, ditabur dengan chocolate chips di atas. Perghhh...sedapnya.

Terliur tak?? Terliur kan? Leceh la kena pergi supermarker beli ais krim. Tak payah susah-susah. Sekarang ni kita boleh buat ais krim di rumah je. Mudah dan ringkas.

Baru-baru ni mak ada ajar kak cik bagaimana nak buat easy ais krim ni. *Takdelah baru sangat. Dalam 2-3 bulan sebelum ini.

Mak kata nenek saudara kak cik yang ajarkan. Jadi malam tu kami pun mencubalah!

bahan-bahan:

1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
2 tin air suam (air suam ye adik-adik, bukan air panas)
sebarang perisa secukup rasa
2 biji telur gred A
5 sudu besar ovellete

ya, yang tu je bahan-bahannya. Just that! Sebab tu kak cik kata senang. Semua bahan-bahan boleh didapai di dapur rumah masing. Mungkin hanya ovellete sahaja yang perlu dicari di kedai kek atau pasaraya. Tapi dapur rumah sapa-sapa yang selalu berasap sebab bakar kek, confirm ovellete ni ada di rumah. Menurut mak kak cik, ovellete ni selalunya orang letak dalam kek supaya struktur kek menjadi lembut. Warna ovellete ni oren. Justeru fungsinya sama untuk buat ais krim. Supaya struktur ais krim ni lembut dan gebu. Okay kita terus kepada cara-caranya.

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan di atas kecuali perisa dan pukul dengan menggunakan mixer. Mixer tersebut haruslah berkelajuan tinggi selama 20-30 minit, Lagi lama lagi bagus lagi kita akan dapat ais krim yang lembut. Jangan ada gap langsung. Teruskan pukul dan jangan berhenti nanti terbantut pula.

Bila dan macam kembang tu, perlahankan mixer dan switch off kan. Okay, proses ni harus dilakukan dengan kadar seberapa segera. Kalau boleh tupperware untuk simpan ais krim tu dah tersedia. Jangan bila dah habis pukul baru nak cari tupperware. 

Bila tupperware dah ada, masukkan adunan tadi dalam tupperware. Lepas tu titiskan beberapa titik perisa yang berkenan di hati. Pewarna? ikut suka. Kadang-kadang dalam perisa itu sendiri dah ada pewarna.. Kemudia kacau dengan sudu biar rata. Kalau nak tambah eksesori apa-apa silakan contoh badam, oreo etc. Lepas tu tutup bekas dan cepat-cepat masukkan dalam peti sejuk. 

Kenapa mesti lakukan dengan cepat? Sebab kalau lambat-lambat, nanti benda yang berat-berat akan turun ke bawah dan termendap.

Tak guna gula ke? Tak payah! Sebab kita kan dah guna susu pekat dan susu cair. Dah cukup manis tu.

Kenapa tak boleh guna air panas? Sebab kalau guna air panas nanti telur masak la. Tak semena-mena nanti jadi telur rebus pula. Hehe.

Sorry, kak cik lupa nak snap gambar-gambar di sepanjan proses membuat ais krim. Tapi kak cik tak lupa nak snap gambar hasil akhir! Nak tengok? Sila scroll ke bawah

.....


.....


.....


.....


......


......



......



......



......



......




.....



......




......


Easy ais cream vanilla flavor. 

*Adunan di atas boleh dimuatkan sehingga 3-4 tupperware bersaiz sederhana. 

2 comments:

  1. Kalau kat cfs ni ada peti sejuk kat dlm blik, dah blh buat dah ;(
    haha..

    ReplyDelete
  2. kak cik to wiwie adda:

    tak pe.balik kampung nanti buat lah...boleh family makan sekali... ;-) buat berbuka nanti...

    ReplyDelete