Monday, 13 January 2014

Kebaikan Kangkung dan Resepi Kangkung Goreng Belacan

Kangkung...kangkung....famous betul kangkung hari ni yer. Kenapa tiba-tiba kangkung boleh jadi famous macam ni? Err, itu google sendirilah. Kak cik tak berminat nak komen.

Dari sudut positif, ada baik juga PM turunkan harga kangkung. Boleh kita makan makanan orang kampung ni. Kalau tak jangan haraplah kan. Dah la kotor, tumbuh di parit-parit. Tempat yang berlecak. Mesti banyak lintah! 

Dari makan salad setiap hari, apa kata kalau kita cuba makan kangkung, sebab :

  • Membantu melawaskan pembuangan air besar
  • Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi.
  • Membantu mengatasi lemah badan dan keputihan.
  • Membantu meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit.
  • Membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah.
  • Membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi dan mengatasi masalah kelemumur  serta melembutkan rambut.
  • Kangkung juga mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawas kencing.
  • Kebaikkan mineral dan manfaat semulajadinya ini juga membuatkan kangkung mempunyai pelbagai khasiat lain seperti membantu mengurangi haid berlebihan dan membantu meredakan cirit birit akibat keracunan makanan.

Okay, kebaikan kangkung dah tahu. Sekarang ni jom kita belajar cara nak masak kangkung. Hari ini kak cik nak kongsi resepi kangkung goreng belacan. 

Bahan-bahan : 

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
gula dan garang secukup rasa
1 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
1 ikat kangkung
sedikit air

*Sebenarnya semuanya tertakluk kepada cita rasa masing-masing. Kalau nak pedas tambahkan kuantiti cili.
*Ada juga resepi yang ditambah dengan ikan bilik atau udang kering. 

Cara-cara:

1) Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali kangkung. 
2) Jangan lupa cuci kangkung terlebih dahulu. Buang kotoran seperti tanah liat yang melekat di batang dan daun kangkung. Jangan lupa belah batang kangkung kepada dua. Takut-takut ada lintah di dalamnya.
3) Tumis bahan yang ditumbuk tadi.
4) Tambahkan sedikit air untuk mengelakkan terlalu kering.
5) Masukkan batang kangkung terlebih dahulu diikuti dengan daun kangkung. Goreng sehingga kangkung kelihatan layu sedikit.
6) Sedia dihidangkan.

:-)

Sumber : google

Bahan tumis kangkung, kalau lebih jangan buang. Boleh simpan dalam peti sejuk. Pagi esok boleh guna untuk masak nasi goreng ala-ala kampung. :-)

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment