Monday, 27 January 2014

Kenapa kita excited pasal kahwin?

Perasan tak? Kenapa ya? Kita (terutamanya remaja) mesti over excited tentang kahwin? Masa sekolah menengah dulu, bila ustaz berbincang bab munakahat (nikah-kahwin), mesti semua orang bulat matanya. Yang mula-mula rasa mengantuk, terus cerah matanya. Sebab apa? Sebab semua orang teringin nak kahwin kan? Tengok mak ayah berpimpin tangan melintas jalan, pasti terdetik di dalam hati "Auwww, so sweet!". Waktu itu, kawan-kawan semua ada partner. Semua bercouple. Tidak kurang juga kita, teringin nak ada 'someone' yang boleh bagi kasih sayang kat kita. Kononnya kasih sayang yang mak ayah bagi ni tak cukuplah! Tapi, malangnya tak ada yang berminat nak bercouple dengan kita. T_T. Tapi, errr, perlu ke sedih ni? Tak payah nak sedih sangat la...


Sebab Allah nak kita simpan 'cinta' kita ni just untuk suami kita. Hanya exclusive untuk si dia yang halal untuk kita. Kalau kita, mesti kita tak suka kan, kalau suami kita tu 'bekas orang'. Yakni hati dia pernah di miliki oleh perempuan lain. Tak best kan? Kalau boleh biarlah kita yang menjadi yang pertama, dan kalau boleh yang terakhir.... again...auwww, so sweet!

Tapi, sedar tak? Bila cakap pasal kahwin, semua orang excited. Tapi kenapa kita tak se-excited bila bercakap soal mati. Padahal mati itu pasti. Setiap benda yang hidup pasti akan merasai kematian. Tapi tak semua yang bujang akan menemui pasangannya sebelum ajal menjemput!. 

Dua hari yang lepas, kami sedang berbincang mengenai ini. Tentang melayari sebuah bahtera yang bernama 'Perkahwinan'. 

Kata ustazah Z "Kita selalu berfikir tentang perkara selepas. Tapi kita jarang berfikir tentang perkara sebelum",

Ya! That's true! Setiap dari kita selalu terbayang-bayang kehidupan apabila sudah berumah tangga. Boleh makan sama-sama. Ada orang tolong angkatkan beg. Solat berjemaah. Ada anak-anak yang comel dan mendengar kata. Macam sweet je kan? Tapi, sedar tak, kat dalam dunia ni tak ada benda yang akan kita dapat seperti yang kita mahu tanpa ada usaha. Contohnya, kita nak mati dalam iman dan husnul khatimah, tapi apa amalan yang kita buat sebagai persedian untuk kesudahan yang baik itu?

Seperti itu jugak dalam perkahwinan. Untuk mendapat keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah seperti yang diimpikan, kita juga perlu berusaha mengumpul 'amalan'. Agar, apa yang kita persiapkan itu setimpal dengan natijah akhirnya. Kak cik percaya, mesti korang-korang pernah dengar sebaris ayat ini kan?

"Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik-baik"

Ya, kalau nak dapat lelaki yang soleh, kita juga kenalah jadi solehah. Usah sibuk mencari yang soleh jika kita tidak sesolehah mana. Kak Cik pernah terfikir, bila aku nak kahwin nanti, aku nak suami aku tu macam ayah! Tapi, dalam masa yang sama, kak cik juga terfikir, kalau nak suami yang penyayang macam ayah, kak cik perlulah jadi hebat macam mak! betul tak?

Sebelum berkahwin, kita sentiasa berfikir alam berumah tangga ini penuh dengan kemanisan. Semuanya sweet belaka. Tapi, kita kena sedar, alam berkahwin ini penuh dengan.....

1. Tanggungjawab

Marriage is about responsibility. Ustaz kak cik pernah berkata, kalau kita kahwin, 3 tahun pertama sahaja semuanya tampak manis. Tahun berikutnya adalah hari-hari yang penuh dengan tanggungjawab. Kalau kita nak berlakon baik pun, paling lama tiga tahun sahaja.


Tanggungjawab sebagai suami dan sebagai isteri. Kalau dah ada anak, tambah lagi satu tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai ayah dan emak. Bila dah ada anak, tanggungjawab nak besarkan anak untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

2. Sunnah

Memanglah berkahwin itu tuntutan fitrah manusia itu sendiri, tetapi dalam masa yang sama kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةًۭ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
‘Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik.” [QS. An Nahl (16):72].

Tapi, ada orang cakap berpoligami juga sunnah Rasulullah. Betul ke? Memanglah betul. Tapi kena ingat, poligami itu juga merupakan rukhsah.. Iaitu guna apabila perlu. :-)

3. Kahwin bukan sekadar hubungan seksual

Ya, lazimnya orang kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan seksual supaya tak berlaku zina. Betul tak? Asal kahwin je, mesti orang ingat yang tu. Tapi, sebenarnya kahwin bukan sekadar hubungan seksual. Ianya lebih daripada itu. Berkahwin adalah supaya kita ada teman. Teman yang boleh kita kongsi cerita. Teman yang boleh bersama kita diwaktu susah dan senang. 'Teman' yang dimaksudkan fungsinya lebih daripada emak dan ayah. Tidak semua perkara kita boleh share dengan emak dan ayah. Tapi, dengan teman tersebut, kita boleh kongsi semua benda tanpa segan dan silu.

psss, sebab itulah kita jangan marah kalau atok atau tok wan kita nak kahwin lagi selepas kematian nenek kita. Jangan pula dimarah orang tua itu ,

"Buat apa nak kahwin tua-tua ni..Buat malu je"

Ingat ya. Kahwin bukan sekadar hubungan seksual. Mungkin mereka nak kahwin sebab nak ada teman di rumah. Iyalah, anak-anak semua dah berkeluarga dan ada rumah masing-masing. Lalu, mereka ditinggalkan sendirian di rumah pusaka. Jadi, kalau ada 'nenek baru', tak adalah atok kita tu sunyi kan? At least, kalau tok wan kita tu terjatuh dalam toilet atau demam atau rebah, ada orang dalam rumah tu.

4. Untuk lahirkan generasi yang soleh dan solehah

                                

Ustazah Z bertanya kepada salah seorang daripada kami,

"Kalau akak, kenapa akak nak berkahwin? Mesti ada matlamat!"

Lalu, soalan itu disambut dengan senyuman. Tampak sedikit rona merah-kemerahan di wajahnya. Malu mungkin. Terlihat Tenang dia menjawab,

"Berdasarkan buku yang saya pernah baca, antara sebab kita nak kahwin adalah sebab nak lahirkan generasi yang soleh dan solehah".

Semua orang mengangguk perlahan tanda memahami. Sambung ustazah Z,

"Ya, tapi nak lahirkan generasi yang soleh dan solehah, apa persediaan kita?"

Tambah seorang akhwat,

"Kalau saya, saya cuba hafal surah Luqman. Surah Luqman kan untuk nak bagi anak pandai. Saya amalkan sekarang sebab nak didik anak bukan sejak dari dalam perut, tetapi dari sekarang",

"Kalau saya, saya doa. Doa untuk kebaikan bakal suami dan bakal anak-anak saya",

Betul. untuk lahirkan generasi yang baik, ia mestilah bermula dari diri sendiri. Diri kita mestilah baik dahulu kalau nak anak yang baik. Kak cik teringat kisah Saidina Umar al-Khattab r.a

Suatu hari Khalifah Umar didatangi oleh seorang ayah beserta anaknya. Sang Ayah bercerita kepada Khalifah Umar betapa dia sudah ada di batas kesabarannya dalam mendidik si anak. Anak ini diceritakan sangat nakal, Sang Ayah meminta Khalifah Umar agar dapat menasehati si Anak. Khalifah Umar kemudian bertanya kepada si Anak “Benarkah apa yang dikatakan ayahmu wahai pemuda?? dan jika itu benar kenapa kau melakukannya??”.
Ternyata si Anak ini sudah lama memendam pertanyaan bagi Khalifah Umar, ia kemudian berkata “Wahai Khalaifah, sebelum aku menjawab pertanyaanmu, aku ingin bertanya, adakah kewajiban orang tua terhadap anaknya??” melihat si Anak ini yang belum berkeluarga, kemudian Khalifah Umar menjawab “Ada 3 whaai pemuda, 1) memberikan ibu yang baik bagi calon anaknya kelak, karena ibu yang tidak baik akan membuat anak ini malu di kemudian hari 2) memberikan nama yang baik bagi anak dan 3) memberikan pendidikan Al-Quran kepada anak”
Kemudian si Anak berkata “Ketahuilah wahai Khalifah Umar, ayahku ini tidak memberikan ibu yang baik bagiku, ayahku juga memberikanku nama yang kurang baik (diriwayatkan nama anak ini berarti Kelelawar Jantan dalam bahasa Arab) dan juga tidak pernah mengajariku satupun ayat dalam Al-Quran!” mendengar hal ini Khalifah Umar berkata kepada Sang Ayah tadi “Ketahuliah kau wahai orang tua, kau telah berbuat dzolim terhadap anakmu jauh sebelum dia berbuat nakal terhadapmu”
Semua dari kita anak yang baik kan? Jadi kita pun kenalah jadi 'bakal ibu' yang baik.


Sebelum halaqah kami bersurai, ustazah Z sempat berpesan,

"Ingat, kita hidup untuk kehidupan selepas mati. Bukan hidup untuk kahwin".



Kak cik bukanlah orang yang berpengalaman dalam hal rumah tangga sehingga mampu nak menulis entre tentang ini. Tapi, sekadar nak berkongsi apa yang telah kami bincangkan dalam bulatan gembira kami pada minggu lalu :-)

Satu quote yang kak cik suka nak kongsi dengan adik-adik mahupun kakak-kakak,

"Not everyone who is single is lonely, not everyone who is taken is in love"

"Dont rush things. if something is going to happen, it'll happen at the right time, with the right person and for the best reason"

*Panjang benar entre kali ini :-p

2 comments:

  1. mohon share kata2 ni " "Not everyone who is single is lonely, not everyone who is taken is in love"

    "Dont rush things. if something is going to happen, it'll happen at the right time, with the right person and for the best reason" di fb sy...tq..::)

    ReplyDelete
  2. to serikandikasih

    silakan....saya pun hanya meminjam kata-kata orang lain :-)

    ReplyDelete