Tuesday, 14 January 2014

Makanan Kegemaran Rasulullah s.a.w

Salam Maulidur Rasul semua. Sempena ulangtahun kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad ini kak cik percaya semua orang cuti kan? Jadi, apa yang anda lakukan? Tidur sepanjang hari? Tengok movie? Tak, tak, kak cik yakin, mesti semua orang berusaha membasahkan bibir dengan berselawat kepadanya..

Kak cik pernah terbaca, antara cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda kita mencintai Rasulullah adalah dengan mengamalkan sunnah walaupun semudah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri. Mudah, bukan?

Ada banyak lagi sunah-sunah yang kita boleh amalkan. Walaupun kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita sedang melakukan sunnah baginda. Contohnya makan dengan tangan kanan. kita tak sedar pun kan? Hari-hari kita makan dengan tangan kanan.

Bercakap soal makan ini, kak cik nak kongsi makanan kegemaran Rasulullah. Setiap orang mesti ada makanan kegemaran kan? Jadi, kenapa tidak Rasulullah?

1. Susu


Hadis tentang susu ini agak panjang. Antara potongan daripada hadis tersebut berbunyi :

Rasulullah juga bersabda : "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman melainkan susu".
Dikeluarkan oleh at-Tirmizi dan Ahmad

Susu juga dikatakan mampu membuang panas badan, menguatkan belakang, membaiki otak, memperbaharui otak dan membuang kelupaan.

2. Barli


Aisyah r.a meriwayatkan : "Adalah minuman yang paling disukai Nabi s.a.w ialah manis dan sejuk".
Hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh

Barli merupakan sejenis minuman yang sifatnya adalah manis dan sejuk. Disebabkan sifatnya yang sejuk, maka ia sangat sesuai untuk orang yang demam dan mampu menyejukkan badan.

*Barli juga merupakan minuman kegemaran emak. Kalau pergi restoran mesti order barli suam. Kalau tak ada barli, mak akan order air suam je. Jadi, bila-bila kak cik teringat dekat emak, kak cik pun order barlie suam walaupun kak cik suka minum air limau nipis. ^_^

3. Timun Cina a.k.a Tembikai



Aisyah r.a meriwayatkan : "Rasulullah s.a.w pernah makan tembikai dan kurma yang masak (basah). 
Hadis riwayat oleh at-Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Darimi dan Ahmad

Tembikai pun sejuk jugak kan? Heaven sangat kalau makan time cuaca panas.

4. Kurma


**sama seperti hadis di atas.

 5. Madu


Aisyah r.a meriwayatkan : Adalah Nabi saw menyukai manisan dan madu"
Hadis riwayat at-Tirmizi, Bukhari, Muslim, abu Dawud dan Ibn Majah

Ia adalah makanan segala makanan. Ubat segala ubat. Minuman segala minuman. Ia mengubati cirit birit jika dibancuh bersama air panas, membuka selera, menguatkan perut, elok diminum bersama air suam di waktu pagi.

Tapi, kalau kita makanan makanan kegemaran Rasulullah, tak amalkan cara rasulullah makan pun tak guna jugak kan? Biarlah seimbang.

1. Menjilat Jari

Kaab bin Malik r.a meriwayatkan bahawa : "Baginda Nabi saw menjilat jarinya sebanyak tiga kali"
riwayat at-Tirmizi

Rasulullah menggunakan tiga jari ketika memakan buah-buahn manakala apabila memakan roti atau segala berkuah, baginda menggunakan kesemua jarinya. Hikmah mengapa Rasulullah menjilat jarinya selepas makan ialah sebenarnya pada jari kita terdapat enzim yang membantu dan memudahkan penghadaman makanan. Apabila dijilat, kita akan menambah jumlah enzim itu ke dalam perut bagi melancarkan lagi proses penghadaman makanan.

*Lepas ni kalau ada orang kata "awak ni kampunglah. Makan guna tangan. Jilat jari pulak tuh. Tak senonoh balik". Jadi jawablah dengan bangga. "Saya sedang mengamalkan sunnah Nabi!"

2. Minum Berdiri.

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan : "Bahawa Nabi saw minum air zamzam dalam keadaan berdiri"
Riwayat at-Tirmizi, Bukhari, Muslim, nasa'i, Ibnu Majah, dan Ahmad

*Minum berdiri hanya ketika minum air zamzam kerana ia membantu mencuci perut kita.

3. Berhenti tiga kali

Anas bin Malik meriwayatkan : "Nabi saw berhenti 3 kali ketika meminum segelas minuman. Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan"
Riwayat at-Tirmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i, dan Ahmad

Semua di atas adalah bersumberkan buku di bawah :


Buku pertama kak cik beli ketika dapat baucer buku kali pertama. Terima Kasih PM! Bila dapat baucer buku nanti, belilah buku ini, supaya kita dapat mengenali Nabi kita dengan lebih dekat lagi.. :-)


No comments:

Post a Comment