Sunday, 5 January 2014

Manisnya Berlapang Dada dan Bersyukur

Isteri kepada sorang lelaki yang paling baik hati pada zamannya berkata kepada suaminya:

"Aku tidak pernah melihat manusia yang paling keji akhlaknya selain daripada saudara maramu dan sahabat-sahabatmu"

Lelaki itu bertanya isterinya tentang alasan kenapa dia berkata begitu. Maka isterinya menjelaskan:

" Sebab aku lihat, ketika engkau kaya mereka selalu mendampingimu. Dan ketika engkau papa mereka tinggalkanmu"

Dengan tenang si suami berkata kepada isterinya:

"Demi Allah, itulah tanda kemuliaan akhlak mereka. Mereka datang kepada kita di kala kita mampu memuliakan mereka. Dan mereka tinggalkan kita di kala kita tidak mampu menunaikan hak-hak mereka"
Kata seorang hukamak (orang bijak pandai) ketika mengulas kisah ini: “Llihatlah betapa tinggi pekertinya! Dengan ketinggian pekertinya itu dia mentakwilkan perbuatan yang buruk menjadi baik, tindakan yang zahirnya mungkir menjadi setia. Inilah yang dikatakan salamatus-sadr"

**Salamatus-sadr adalah kerehatan di dunia, keberuntungan di akhirat. Ia juga merupakan antara sebab seseorang itu masuk syurga.”


Kisah pendek di atas kak cik pilih sebagai pembuka tirai tahun 2014. Entah kenapa, kak cik tertarik dengan kisah tersebut. Berlapang dada, tampak seperti ahhh~ macam senang kan? Tapi susah sebenarnya. Dan suka untuk kak cik sebut di sini, berlapang dada sangat berkait rapat dengan 'SABAR'. 


Seperti nama blog kak cik ini, 'Sabar itu Indah', makanya 'Berlapang Dada Juga Indah'. Jujurnya kak cik suka dengan perkataan 'sabar' ini sejak tahun 2011 . Haha.*Terlewatkah aku? ..Kadang-kadang kak cik tersenyum sendirian kerana baru tahu betapa indahnya bersabar. Sebab bagi kak cik, semua orang diuji dengan pelbagai masalah, tetapi sabarkah kita dalam menghadapi masalah tersebut? 

Sedar tak dalam kehidupan seharian kita pun perlu bersabar. Contohnya dalam solat. Sebab itu dalam solat ada tama'ninah (berhenti seketika). Apa yang kak cik rasa, hikmah di sebalik tama'ninah ini adalah Allah nak melatih kita agar mempunyai sifat sabar. Sabar dalam menyempurnakan solat. Kalau tidak..... seperti sabda Rasulullah di bawah :

"Berapa ramai yang mengerjakan sembahyang tetapi habuan yang ia terima hanyalah penat dan letih"

See? Nampak di situ kita sembahyang kerana terpaksa. Sia-sia sahaja kita solat tapi tidak dapat apa-apa hanya kerana kita tidak sabar. Pentingnya ada rasa sabar dalam diri. 

Diuji dengan rasa sakit. Sakit yang kronik mahupun yang biasa-biasa. Kalau tidak sabar, yang kita dapat hanyalah rasa sakit itu sendiri. Walau seberat mana pun ujian yang menimpa kita moga ganjaran sabar itu mampu meringankan beban yang kita tanggung.

Suka untuk kak cik petik kata-kata dari Mba Asma Nadia

"Peluklah sabar, maka Allah akan memelukmu".

Justeru dalam sabar, akan wujud rasa redha dalam diri kita seterusnya bersyukur dengan segala ketentuannya.



 Ketika resah, ketika gelisah, ketika sedih, ketika apa yang terjadi tak seiring apa yang diharapkan, kuatkan sandaran padaNya dan perbanyakkan doa. Moga wujud rasa syukur dalam diri kita. Amin.

**Tentang azam tahun baru? Sungguh, kak cik mahu menjadi hamba Allah yang bersyukur. :-)

No comments:

Post a Comment