Monday, 13 January 2014

Tahniah kak OSD!

Wah..wah...pasti cowok-cowok di Malaysia dan Indonesia patah hati dan bermuram durja kan dengan pernikahan kak OSD a.k.a Oki Setiana Dewi? Hehe. Kalau betul tak kisah lah, sebab kak cik sendiri patah hati. Bukan sebab kak cik nak kahwin dengan dia, tapi pernah terdetik di hati ini nak jadikan dia kakak ipar. Hehe.. Mustahillah! *merepek.

Kak Oki diijab kabulkan kelmarin, 12 januari 2014 bersama jejaka bertuah, abang Ory Vitrio. Mereka diperkenalkan melalui sahabat masing-masing. Beza umur agak jauh. Kalau tidak silap kak cik, 7 tahun kot.

Yang menariknya, kak oki menolak untuk bergambar pre-wedding! Kenapa? Semua orang tahu, gambar pre-wedding selalunya bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki dikehendaki bergambar bermesra-mesraan seperti pasangan suami isteri yang sedang bahagia. Justeru, kalau dah nama pun ''bakal'', sudah tentulah belum sah lagi menjadi suami isteri. Jadi, berpegang-pegangan tangan, bersandar di bahu, memaut tengkuk, itu semua adalah haram selagi belum sah menjadi suami isteri.

Dalam berita yang kak cik baca, selepas ijab kabul, mereka akan berlepas ke Mesir sebagai lokasi bulan madu. Kak cik pernah terbaca dalam bukunya yang bertajuk ''Melukis Pelangi'', kak Oki memang bercita-cita untuk berbulan madu di Mesir kerana telah jatuh cinta pada ''Ardhu Kinanah'' tersebut setelah menjalani pengambaran filem ''Ketika Cinta Bertasbih" di situ. Akhirnya tercapai jugak hajat beliau. Alhamdulillah. 

Okay..okay..kak cik faham.. korang bukan nak baca sangat statement-statement kat atas kan? Mesti nak tengok gambar je kan? Okay, fine! Kalau nak tengok gambar scroll lah mouse tu ke bawah :-)





Buat tatapan semua. Gambar di bawah adalah hasil carian google, twitter dan facebook Oki Setiana Dewi




Kak Cik difahamkan gambar di atas di susun dan dibentuk oleh syiling dirham silver (99%) yang dijadikan mas kahwin. Menarik bukan?









Kak Oki dan dayang-dayangnya. Once kak cik tengok gambar ini, ayat pertama yang terlintas di fikiran "Inilah yang dinamakan fashion!"... Hehe... siapa kata muslimah tidak pandai berfashion?



Nak cari tailor untuk menjahit baju kita, biarlah tukang jahit perempuan. Kerana dia perlu menyukat badan kita. Jadi, sudah tentulah terjadi adegan bersentuhan. 

"Mencari yang halal itu fardhu bagi Muslim"


Dalam banyak-banyak gambar, kak cik paling adore gambar ni... so so so comel!!!!!

Buat ''kakak ipar tak jadi'' saya, alfu mabruk. Semoga baitul muslim yang dibina berkekalan hingga ke syurgaNya.

Abang Ory, tolong jaga kak oki baik-baik ya. Awas, sekali dia dilukai, pasti peminat-peminatnya akan menyerang anda... hehe...

No comments:

Post a Comment