Wednesday, 1 January 2014

Ustazah, can I ngorat U?


Tahun 2002. Masa tu umur aku baru je 19 tahun, budak semester ketiga jurusan perakaunan kat Uitm Seri Iskandar. Dulu, aku masih ingat lagi aku ni memang seorang student yang bermasalah. Ponteng kelas, result exam kantoi, dan paling aku ingat, aku pernah crush kat seorang ustazah yang ajar pendidikan Islam kat kelas aku dulu.

Tak banyak beza pun umuraku dengan ustazah tu, yang umurnya 24 tahun. Hek elaaaa, beza 5 tahun je.Still leh buat bini pe? Ngeh ngeh ngehhhh...  Ada satu hari tu aku pernah tanya kat ustazah tu,

"Ustazah, ustazah ada boyfren spesial tak?"

"Huhhh? Kenapa tanya..." dia tanya.

"Kalau takde,saya nak ngorat..." direct cakap. Well... gua gentleman beb...

"Awak nak ngorat saya?Awak belajar kasi grad dulu... Ni asyik repeat paper jeeeee... Saya tak layan orang-orang bengap ni..." selamba je dia balas lalu blah daripada aku yang berada kat luar kelas lepas kelas agama tamat.

Agak-agak dalam 10 meter dia kat belakang aku, aku jerit..............

"USTAZAHHHH!!!! LEPAS SAYA GRAD NANTI, SAYA NAK NGORAT USTAZAH!!!"

"OK!! SAYA TUNGGU!!!" dia jerit.

Semua pelajar yang ada kat situ jeling kat aku...
Mesti diorang cakap

'Mangkuk hayun punya budakkkkkkk...'

Ye yeeeee... aku tau, aku mangkuk hayun, mangkuk jamban. Lantak pi laaaa, janji aku dah crush tak hingat kat ustazah Haryati tu...

Itulah Ustazah Haryati...The 1st lady yang aku pernah crush. Betul cakap orang, bila jatuh cinta ni, jiwa kita akan lebih bersemangat. Elok je semester 3 aku tak kantoi sebarang paper. Siap paper yang aku repeat pun boleh pass dengan cemerlang. Semester demi semester berlalu, dan akhirnya aku grad on time.

Masa last semester tu, aku kasi satu kad dekat ustazah.
"Ustazah... ni last semester saya. Kalau saya grad, izinkan saya ngorat ustazah ye... Ni number phone saya... 016543558... Jangan lupa call..." haaaaaa number DIGI tu....ALWAYS THE SMARTER CHOICE. Panggilan murah walaupun berlainan line dan liputan seluruh kawasan.... Hehehehehe...Iklan kejap...

Macam tu la aku  tulis.

Hampehhhh... Memang hampeh sehampehnyaaaaa.... Aku dah siap sambung degree kat Shah Alam dah. Takde pun ustazah tu call. Bertahun lamanya aku pakai number phone tu, tapi tak pernah-pernah pun ustazah Haryati nak call aku. Ustazahhhh!!!! U break my heart!!!

Tahun 2006, genap aku berumur 24 tahun. Dah bekerja dekat USM sebagai tutor. And still aku pakai nombor phone DIGI yang sama seperti nombor yang aku kasi kat ustazah Haryati.Masih takde terima panggilan atau sms daripada ustazah Haryati. Memang sunyi jerasa... Ye laaa, takde teman. Aku pun takde langsung berkenan kat mana-mana awek walaupun kat USM ni berlambak jeeeee awek-awek hot. Tapi hot lagi ustazah Haryati.

Satu hari, aku terima satu kad. Ada satu kad bersampul pink diletakkan kat tingkap cermin depan keretaaku. Aku ambil kad tu dan aku masuk dalam kereta lalu aku buka sampul tu....

"Hi Encik Razif. Ni Linda ni kelas B. Just nak cakap, take care and hapi always... I always think of you..."

Dalam sampul tu gak ada beberapa keping gambar aku dalam keadaan kandid. Bila masa minah ni tangkap gambar aku ntah... Haiiiiiiiiihhh...

Linda yeeee???Linda?????????? Kelas B?????? Hmmmmmmmmmmmm... kelas B yeee... HAAAAAAA????!!!Wat Da Tuuuttt?????!!! Linda gemokkkk, suka ponteng, and malas buat assignment tu???!!! Oh tidakkkkkkk!!!

Apakah budak Linda ni syok kat aku.. Mampossssssss...

Tahun 2011, cuba teka umur aku berapa??? Korang kira la sendiri...

Pertengahan 2011, semester baru buka, so aku tengok student-student aku yang baru dalam kelas aku...

CISSSSSS.... takde muka lain ke nak repeat paper?????????? LINDA LAGI........... Haihhhhhhhhhhhhh...

Ya Allah Ya Tuhanku... Engkau bukakan la pintu hati si Linda ni supaya tak kantoi lagi paper ekonomi lagi... Aku tak nak jadi tutor dia lagi dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Amin... Aminnnn... Ya Rabbal A'alamin....

Baru la aku tau, macam mana Ustazah Haryati dengan aku dulu. Dulu aku repeat paper kelas Ustazah Haryati  3 kali berturut-turut sebab aku suka kat dia and aku nak ngorat dia. No wonder la, Ustazah Haryati izinkan aku ngorat dia, supaya aku cepat-cepat grad. Rupanya dia nak halau aku dari hidup diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Cissssssssss!!!!!!

Hari ni, 12 Ogos 2011. Aku dapat sms dari unknown number... Number DIGI.... ALWAYS THE SMARTER CHOICE...Hehehehehehe... Iklan lagi...

"Assalamualaikum....  : )"

"Waalaikumsalam... who is this???" aku reply...

"Linda ni... Your student...hehehehehehehe...."

LINDA?????????????? TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!! MANA DIA DAPAT NUMBER AKU????!!!


Cerita ni kak cik petik dari blog kisah cinta nasi lemak . Saja suka-suka. Sebab kelakar sangat cerita ni..Haha.

No comments:

Post a Comment