Tuesday, 4 February 2014

Alahai tandas

Di sekolah dulu, sewaktu kami belajar bab nikah kahwin, ustaz pernah berkongsi bagaimana orang dulu-dulu merisik anak dara orang. Sebab dulu-dulu mana ada lagi nak couple-couple macam sekarang. Semua mak ayah yang aturkan.

Pertama sekali, mak cik tersebut akan datang ke rumah kita waktu pagi. Sekitar pukul 9-11 pagi. Dia pergi bersama seorang budak kecil. Mungkin cucunya. Kenapa mesti pagi? Sebab pagi-pagilah kita nak tengok anak dara tersebut dah bangun tidur atau belum. Kenapa bawa budak kecik? Sudah tentu ada sebab..

Kebiasaannya budak kecil akan merengek nak ke tandas. Nak terkucil atau sebagainya. Jadi si nenek ini akan memimpin tangan si kecil ke tandas. Lazimnya tandas terletak di dapur. Jadi mereka akan melalui dapur. Sambil menuju ke tandas, mak cik tersebut akan menjeling ke sekeliling dapur terutamanya bahagian sinki. Kalau pingan mangkuk yang tak dicuci masih bertimbun, memang sah anak dara di dalam rumah ini malas!



Sesampai di tandas, sementara budak kecil itu sedang menunaikan hajatnya, nenek tersebut melirik mata ke sekiling tandas. Di syiling, di kolah, malah di lantai. Berlumut ke tidak. Bersawang ke tidak. Kalau tidak bersih, memang sah anak dara dalam rumah ini malas!

See, penting kan menjaga kebersihan ini sebenarnya. Sampai menjadi salah satu penanda aras yang terpenting dalam pemilihan menantu. Malah dalam hadis yang mahsyur yang selalu kita dengar dari tadika lagi malah banyak juga papan tanda yang dipacakkan di sekitar taman rekreasi, apa hadisnya?



"Kebersihan itu separuh daripada Iman"

Selain itu, dalam buku Fekah sekali pun, bab pertama yang diajar ialah tentang "at-Taharah"... iaitu kebersihan. Penting tau kebersihan ini sebenarnya. Justeru, jangan sesekali pandang remeh.

Panjang lebar kak cik intro, sebenarnya kak cik nak cakap pasal kebersihan tandas.

Alkisahnya semalam kak cik pergi ke tandas di salah sebuah stesen bas di Malaysia yang indah permai ini. Tetibe terbau sesuatu yang hanyir. Pusing belakang, MasyaAllah. Tuala wanita yang masih penuh dengan darah. (Geli tauuuuuuu) Hurm. Apa yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita sehingga rakyatnya mempunyai kesedaran sivik yang amat rendah sekali. Memanglah tandas itu sinonim dengan sifatnya yang kotor sebab tempat kita membuang najis, malah menjadi tempat syaitan jugak, tapi.......... itu tidak bermakna kita boleh menjadi salah seorang kepada penyumbang kotoran tersebut!

Urm, bersangkah baiklah. Mungkin orang tu emak dia tak ajar kot cara nak basuh darah haid. Meh kak cik ajarkan.


Walaupun yang ini tentang cara-cara nak singkirkan dara haid yang terkena pada kain, namun sama sahaja kaedahnya dengan nak singkirkan darah haid dari tuala wanita. Walaupun nama tuala wanita itu ialah "Tuala wanita pakai buang" itu tidak bermakna selepas kita pakai kemudian dibuang ke dalam tong sampah. Ia perlu dibasuh terlebih dahulu. 

**Ustaz cakap, nak belajar fikah tak boleh malu-malu. Kena cakap terang-terang, nanti salah faham.

Najis kita, kitalah bereskan. Kalau kita pun tak suka nak bersihkan kotoran orang lain, orang lain pun tak sudi nak bersihkan kotoran kitalah! Kalau semua orang bertanggungjawab atas kotoran masing-masing, kan senang kerja mak cik cleaner tuh. 

Kawan kak cik yang belajar nun jauh di seberang laut china selatan pernah mengadu,

"Seronoklah hampa, dok semenanjung sahaja. Nak balik bila pun boleh. Kami ni kena naik flight. Mahal pula tu"

Kak cik hanya tersenyum.

"At least toilet di airport wangi, bersih, malah ber-air-cond lagi!"

Kat stesen bas nak jumpa toilet 5-star macam itu? Jangan haraplah. Selalunya toliet kegunaan awam yang bersih macam tu hanya ada di tempat tumpuan pelancong antarabangsa sahaja seperti lapangan terbang. Blogger terkenal, Fatin Liyana pun beberapa kali telah menyatakan prinsipnya tentang kebersihan tandas ini, iaitu,

"Judge the country by its toilet"

Tapi bagi pendapat kak cik lah, tak betul kalau kita nak judge a country dengan hanya tengok tandas di airport. Sebab memang confirm-confirmlah diorang akan bersihkan tandas tersebut. Iyalah, pelancong dari serata dunia nak guna kan. Silap hari bulan president dari mana-mana negara pun akan guna toilet airport. Kalau betul kita nak ukur tahap kebersihan rakyat sesuatu negara tersebut, cuba kita tengok tandas awam yang menjadi kegunaan kebanyakkan rakyat di negara tersebut. 

Kalau kak cik masuk public toilet dan bertembung dengan pelancong dari mana-mana, huh, malu sebenarnya. Cepat-cepat nak keluar dari tandas. 

Jadi, macam mana nak atasi masalah ketidakperihatinan rakyat Malaysia tentang kebersihan ini? Of course lah bermula dengan pendidikan. Kak cik yakin, semua agama dalam dunia ini menekankan nilai murni menjaga kebersihan dalam kalangan penganutnya apatah lagi dengan agama Islam. Tapi, bagaimana? But, how??


Dari kecil lagi ajar anak buang sampah di tempat yang sepatutnya mudahan menjadi tabiat sehingga ke tua.

Macam yang kak cik telah nyatakan di atas, kotoran tu kita yang buat, kita sendirilah bersihkan. Kalau kita tak ingin bersihkan kotoran orang lain, jangan harap orang lain akan bersihkan kotoran kita. Siapa tak geli dengan najis kita sedangkan kita sendiri geli dengan najis diri sendiri.

Contoh mudah, kalau kita buang plastik coklat di atas tanah. Sehelai je plastik. Mungkin ada yang beranggapan ,

"Tak pe, aku seorang je buang plastik coklat ini.  Tak jejas pun",

Tapi, cuba kalau 100 orang yang lalu di tempat yang sama berbuat demikian? Tak ke dah menjadi 100 helai plastik coklat? Masih rasa tak mencacatkan panorama alam?

Pernah tak kita terasa ringan tangan nak tolong kutipkan plastik coklat di atas rumput kemudian masukkan ke dalam tong sampah? Kalau tak pernah, jangan harapkan orang nak tolong kutipkan untuk kita. :-)

"Ah, biarlah, mak cik tukang sapu sampah kan ada. Memang dah kerja dia!"

Tapi, kita tak tahu, ketika mak cik tu sedang menyapu sampah, mungkin dia menyumpah seranah si pengotor tersebut. :-p Kita juga tak tahu, kerja mak cik tukang sapu sampah itu lagi mulia dari kita. Kerja dia membersihkan laluan orang ramai lalu lalang, membersihkan tandas yang menjadi kegunaan orang ramai, berapa ringgit lah sangat gaji dia sebulan. Tapi saham dia di sisi Allah mungkin lebih berlipat ganda dari kita.

Tapi, dalam banyak-banyak tandas ini, yang paling sedih bila tandas masjid yang kotor. :-(


Teringat tandas di Masjidil Haram dulu. Bersih yang amat. Lebih kurang macam gambar di atas lah. Pendek kata, kita boleh tidur dalam tandas itu.

Benarlah, satu kata-kata yang famous yang selalu kita dengar. Kehidupan orang Islam yang sebenar banyak diamalkan oleh penganut yang bukan Islam yang tinggal di negara bukan menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Sebagai contoh, negara matahari terbit iaitu Jepun.

Seperti yang kita tahu, perdana menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir Muhamad pernah memperkenalkan "Dasar Pandang ke Timur" iaitu mengambil apa sahaja nilai dari Jepun dan Korea untuk dipraktikkan di Malaysia dengan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat. Antaranya :

1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan di atas pinggan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Kak cik memang suka baca blog blogger-blogger yang tinggal di Jepun. Antaranya blog kak yatie comeyl. Seronok bila dia cerita tentang bagaimana gaya hidup masyarakat sana. Macam mana anak dia ke sekolah. Terbayang-bayang di kotak fikir kak cik betapa penuh kesopanan dan kesusilaan anaknya yang dihantar ke tadika di jepun.. :-)

Moga kita semua menjadi orang-orang yang cintakan kebersihan :-)

*Kak cik ada jugak google gambar-gambar tandas yang kotor. Tapi tak tergamak nak menampal gambar jijik itu di blog kak cik ini.huhu..

Tapi dalam banyak-banyak gambar, kak cik tertarik dengan satu gambar ini.


Kalau anda menyokong teori Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada monyet, silakan anda membunag sampah sembarangan.. :-)



2 comments:


  1. boleh tahan, saya suka cerita pasal kebersihan but orang malaysia tiada kesedaran menjaga kebersihan negara mereka sendiri,.. ini yg saya sedih...

    ReplyDelete
  2. ya, sedihkan bila mengenangkan penyumbang kotoran tersebut bangsa kita sendiri...malah seagama dan se-aqidah... Allahu akbar..

    ReplyDelete