Thursday, 20 February 2014

Bubur Oat

Assalamualaikum semua. Jom kita main masak-masak lagi... ^_^... Hari ni kita main masak-masak bubur oat. Alar, oat yang orang selalu makan untuk kurus tu. Ngee~

Oat ni bagus tau untuk kesihatan. Terutama untuk orang yang bercita-cita nak kurus. Ya, kak cik nak kurus! (mohon doakan). Tapi, bukan nak kurus sebab nak cantik..Tapi untuk sihat. Kan orang cakap perut yang besar ialah sarang penyakit. Jom kita sama-sama menjaga kesihatan... 

"Badan yang cergas menjana minda yang cerdas!"

Okay! Secara ringkasnya, oat ini mengandungi serat yang sangat membantu dalam memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Malah ia mencegah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasit.

Oat juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut dalam saluran pemakanan (usus) dan bertindak mengumpulkan kolestrol berlebihan. Macam mana? Oat kan fizikalnya macam span. So, span sifatnya menyerap. Jadi, apabila oat berada dalam perut kita dia menyerap kolestrol-kolestrol yang terdapat dalam badan.

Dan yang paling penting, oat mampu membuatkan perut kita berasa kenyang dalam masa yang lama! Jika kita rasa mengantuk atau hilang tumpuan untuk buat kerja yang memerlukan kita berfikir seperti nak belajar, ambillah oat. Sebab oat memberikan kita tenaga dan khasiat serta baik untuk kesihatan. Jadi, bila tengah buat assignment tu, elakkan mulut dari mengunyah cekedis ya!

Bak kata ustazah Fatimah Syarha, kita perlu sentiasa belajar hatta ilmu tentang makanan sekalipun. Dan ibu kepada gabenor bank Negara, Sharifah Azah Mohamad Alsagoff atau lebih dikenali sebagai 'mak unku', beliau pernah berkata, ketika beliau menjadi penulis untuk ruangan wanita salah satu akhbar tempatan (tak ingat sama ada utusan melayu atau berita harian), ibunya pernah berpesan, "Kalau nak tolong orang melayu, tulislah tentang khasiat makanan".

See? pentingkan kita tahu tentang makanan yang kita ambil setiap hari.

Ada orang boleh makan oat. Siap bertambah lagi. Malangnya, ada orang nak bau oat pun tak boleh. Bila makan confirm rasa nak muntah. Tapi, kak cik, alhamdulillah...setakat ini, telan belaka.. haha..

Tapi, disebabkan kak cik dah jemu makan oat dengan susu/milo + kismis + kurma, jadi apa kata kita buat 1 inovasi!!!

Dan kak cik cuba pula masak oat.

Maka, tadaaaaa, terhasillah bubur oat yang sedap ni. ^_^


Bahan-bahan: (saiz hidangan : seorang)

satu sudu kecil minyak masak / planta
1 inci bawang besar.
1 ulas bawang putih
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
2 sudu perencah sup
1 setengah cawan air
4 sudu oat
Seketul ayam
Sedikit lada hitam dan garam
1 biji telur

Cara -cara :

1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di hiris nipis serta kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Setelah naik bau, masukkan air + perencah sup dan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan oat. Tambah serbuk lada hitam kalau nak pedas.
4. Garnish dengan hirisan ayam atauscrambled egg. 

*kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga kalau tak nak masukkan pun tak apa. Cukup dengan perencah sup sahaja.




No comments:

Post a Comment