Sunday, 9 February 2014

Throwback Childhood Memories : Anak Patung Kain Batik

Hi semua!!! Hari ini kak cik nak perkenalkan satu ruangan baru dalam blog kak cik ini. Macam satu segmen la. Iaitu, "Throwback Childhood Memories". Dalam ruangan ini kak cik akan kongsi pengalaman-pengalaman sewaktu kecik dulu, terutamanya sekitar tahun 90an. 

Seronok kan jadi kanak-kanak semula? Zaman kanak-kanak lah yang paling best! Tak de fikir masalah bagai. Hari-hari ditempuhi dengan penuh riang dan gembira. Dan yang paling best kita enjoy! Main je memanjang kan?

So, untuk episod pertama untuk segmen ini, kak cik nak kongsi tentang anak patung yang diperbuat dari kain batik? Kami dulu anak orang biasa-biasa sahaja. So, nak beli anak patung macam barbie tu, memang angan-angan je lah. Jadi, orang-orang tua ini memang kreatif! Tok cik (nenek saudara) kak cik ajar kak cik cara nak buat anak patung dari kain batik!.

Iyalah, budak perempuan ini memang sinonim dengan anak patung kan. Untuk buat anak bila main pondok-pondok nanti. Suap susu, tukar lampin, dodoikan, dan sebagainya.

Okay, cukup-cukuplah intro panjang-panjang. Jom kita tengok macam mana nak buat anak patung kain batik ini..

First, benda yang perlu ada of course lah sehelai kain batik kan? hehe. Then, orang yang diperlukan untuk membuat anak patung ini adalah seramai dua orang. Sebab seorang perlu memegang dua bucu kain batik, dan seorang lagi pegang dua bucu yang selebihnya. Mesti dua orang ke? Boleh, kalau nak buat sorang-sorang pun, tapi tak kemas lah.


Mula-mula, gulung kain batik macam ini. Sambil gulung sambil tarik bucu kain batik tu supaya terkeluar sikit. Bahagian yang terkeluar itu adalah untuk tangan dan kaki anak patung.


Kemudian, lipat 1/3 dari kain batik tersebut jadi macam dalam gambar di atas.


Lipat 1/3 yang selebihnya. Berlawanan arah dengan lipatan yang pertama tadi.


Bucu yang berada pada lipatan di atas, masukkan ke dalam lipatan kain batik, dan ikat. Ikatan biasa je.


Kemudian tarik dengan kemas. Kalau tidak nanti terburai.


Bila dah kemas, betulkan dia. Kemas-kemaskan sikit. 


Tadaaaa, dah siap! Boleh la pakaikan dia lampin dan baju baby!


Okay, yang ini full step.... 

Selamat mencuba kawan-kawan!

*I'm proud to be a 90's baby ^_^

No comments:

Post a Comment