Saturday, 1 March 2014

Kenapa eh?

Kenapa eh? Dalam dunia ini kak cik wonder sangat tentang dua perkara. Dan kak cik tak faham kenapa diorang buat benda itu? Apa yang diorang fikir sebenarnya ya?

First. Makan tak habis.

Pernah dengar tak ukur baju di badan sendiri? Kalau dah tahu kita ni jenis makan sedikit, tak payah la gatal tangan nak cedok nasi banyak-banyak. Mungkin ada yang kata "Sama je harga ambil sikit ke banyak. Baik ambil banyak. Jimat".

Jimat, jimat jugak. Tapi jangan sampai membazir. Kalau tak habis, berilah pada orang lain. Ker, korang takut budak laki cakap korang ini gelojoh? Makan nasi sampai licin pinggan? Tapi please lah, cakap kat  budak laki tu, "Kitorang amalkan sunnah Nabi kot, orang yang membazir tu kawan syaitan tau!". Kak cik confirm, mesti dia tersentap.

Tambahan pula, kalau pergi ke kenduri atau jamuan. Almaklumlah makan free kan. Semua jenis makanan nak dicuba. Tak salah kalau nak cuba. Tapi ambillah sekadar mampu. Yang paling penting ingat orang belakang. Jangan nak melahap seorang diri sahaja!

Itu satu hal. No wonder la, manusia akan tamak benda itu free atau percuma. Tapi ada yang lebih pusing kepala, bila benda itu berbayar tetapi dia masih tamak. Beli makanan untuk diri sendiri, tetapi senduk nasi dan lauk untuk 3 orang makan. Sudahnya tak habis. Lalu ditinggalkan di atas meja makan. Akhirnya waiter ambik pinggan dan kais sisa yang tak habis tu ke dalam tong sampah.

Pelik tak manusia ini?


Mungkin kita hidup mewah sejak dari kecil. Nak kata kaya itu tidaklah. Cuma mungkin kita tak pernah rasa kebuluran lagi. Pendek kata, kak cik tak pernah lagi dengar cerita ada rakyat Malaysia yang mati kebuluran seperti di afrika sana. Yang kak cik pernah dengar rakyat Malaysia bazir 930 tan makanan SEHARI, bersamaan 93,000 unit beg beras 10 kilogram!!! Dahsyat tak kita? 

Kat sini kak cik nak bagi satu tips macam mana nak ambil makanan ala kadar. Guna pinggan kecil! Bila pinggan kecil, kita lebih cenderung ambil makanan sikit. Habis sepinggan tapi masih lapar lagi? Silakan ambil, tidak ada orang nak marah. Yang orang marah bila makanan tak habis.


Agaknya bila dah jadi macam ini, baru kita belajar erti syukur dengan apa yang ada.

Second : Sidai baju tak guna penyepit.


 Yang ini satu lagi masalah manusia kat muka bumi ini tambah-tambah yang tinggal di asrama. Tak kisahlah sama ada budak sekolah mahupun pelajar IPT. Kadang-kadang kak cik tertanya, kenapa eh diorang sidai baju tapi tak letak penyepit? Sekarang kan musim berangin. Kalau tak berangin pun, diorang tak takut ke kain itu jatuh, then terkena tahi kucing kat bawah? Kan dah jadi satu kerja baru pulak nak kena basuh balik baju itu.


Sekali, dua kali jatuh, boleh la orang tolong angkatkan. Tapi kalau dah berkali-kali, ah, lantak kau lah!

Tolong jawba persoalan ini.. Kenapa eh?

No comments:

Post a Comment