Monday, 3 March 2014

Saya bersyukur saya tak cantik

Pertama sekali kak cik nak betulkan dulu tajuk di atas. "Saya bersyukur saya tak cantik". Ini bukan bermakna kak cik menafikan kehebatan Allah swt. Sesungguhnya Allah cipta kita semua adalah sebaik-baik kejadian. So, jangan sesekali di sini kita mengatakan 'kenapa Allah cipta aku sedemikian? Kenapa wajah aku hodoh? Kenapa aku tak cantik macam Nealofa?'



Istilah "tak cantik" di sini adalah pada pandangan manusia. Ada orang cakap : "eee, muka kau berjerawat!".. "Eee, hang ni gemuk la"....."Eeee, hang ni dah la hitam...legam pulak"..... orang-orang macam ini memang membuatkan kaki kak cik terasa ringan untuk 'kick butt' walaupun bukan dia kata kat kak cik. Tapi, sebagai orang yang ada rasa perikemanusiaan, terasa sama. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri pun terasa. Siapa dia nak mengata orang lain?

Di sekolah dulu pun, kak cik tak terkecuali dilontarkan dengan kata-kata kesat macam itu. Tambah-tambah kalau bersekolah dengan budak lelaki. Suka-suka hati je dia nak kata kita macam itu. Tapi, kak cik cool je. Malas nak layan. Lagi melayan, lagi galak pulak dia mengejek.



Walaupun, kadang-kadang ada juga terbit jauh di sudut hati "aku pun nak cantik macam depa...kalau cantik dapat ramai kawan...ramai orang suka"...

Tapi, semakin besar semakin kita mengerti. Dan kak cik tak percaya pada istilah "Orang cantik ramai kawan!".. itu sama sekali tidak benar. Mungkin ada orang berkawan dengannya sebab ada udang di sebalik batu.

Sebab dalam dunia ini ada 3 benda kita tidak boleh beli dengan wang !
1) Tidur yang lena.
2) Kawan yang ikhlas
3) Maaf, tak ingat
*sumber, radio sinar f.m.

Lagipun Rasulullah dah memberi kita beberapa garis panduan macam mana nak eratkan silaturrahim a.k.a nak orang suka berkawan dengan kita a.k.a nak ramaikan kawan.

1) Sebarkan salam


2) Memberi orang lain makan


"Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Khalid berkata, telah menceritakan kepada kami al-Laits dari Yazid dari Abu al-Khair dari Abdullah bin 'Amru ; ada seseorang yang bertanya kepada Nabi s.a.w, "Islam manakah  yang paling baik?" Nabi s.a.w menjawab : "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal".

psss... pernah ke korang tak suka kepada orang yang beri korang makan hatta sekeping biskut oreo?

3) Solat malam.


Untuk solat malam ini, Kak cik pernah mendengar di radio . kak cik minta maaf kerana kak cik cuba mencari dalil, tetapi tak jumpa. Ampun.

Tetapi di pendekkan cerita, kita tengok orang-orang soleh, mereka bangun malam untuk bersolat tahajud. Pernah ke mereka dibenci keluarga mahupun masyarakat? Kalau hubungannya dengan Allah dijaga, sudah tentu hubungannya dengan manusia pun OK!. Contoh paling terdekat TGNA a.ka Tuan Guru Nik  Aziz, dia sentiasa dihormati kawan mahupun lawan. Dan kak cik yang tak pernah jumpa dia face to face ni pun rasa sayang padanya. Bukan kerana dia ulama'. Tapi entah, setiap kali melihat gambarnya, terbit rasa sayu dan sayang jauh di sudut hati yang paling dalam.

Okay, itu panduan-panduan yang disyorkan Rasulullah.

Sekarang kak cik nak kongsi kenapa kak cik rasa bersyukur kerana tak cantik khususnya gemuk.

Pertama : Amalkan gaya hidup sihat.


Kita tahu kita gemuk, justeru kita lebih 'sedar diri' nak amalkan gaya hidup yang sihat. Kita akan bersenam setiap hari. Sebab orang kurus selalu perasan mereka sihat sebab perut kempis. Tetapi tak semua orang kurus itu sihat dan tak semestinya orang yang perut besar itu berpenyakit.

Kedua : Safe Bajet.


Setiap kali ke bandar, jarang sekali kak cik berbelanja untuk pakaian. Sebab kak cik tahu, tak ada baju yang sesuai dengan saiz badan kak cik. Kalau ada pun, tak sesuai. Singkat, ada shape, tangan senteng dan sebagainya. Jadi di situ kita safe bajet. :-) Berbanding orang yang ada saiz bajunya di mana-mana butik. Kalau cantik dan mengikut kreteria, mesti beli.

Dan dari situ, kak cik belajar menjahit. Sebab bila kita jahit sendiri, kita rasa puas. Kita boleh buat baju yang patuh syariat. :-)

Ketiga : Jaga hati.


Kita tahu kita tak cantik. Dan jarang orang lelaki suka pada orang yang tak cantik. Walaupun semua orang tahu yang penting itu hati bukan rupa. Tapi, lazimnya orang akan pandang fizikal dulu, baru ke hati. 

Justeru, kak cik tak perlu nak rasa 'perasan' atau syok sendiri kononnya "Eh, dia layan aku baik je, dia suka aku ke?"....haha...mustahil lah jawapannya.

Jadi, secara automatiknya kita terjaga hati....

Dan selalulah ingatkan diri, kalau suatu hari nanti kita ditakdirkan kurus, cantik, gebu, tak berjerawat, bijak, kaya, dan sebagainya, kita masih lagi menjadi seperti diri kita yang sekarang. :-)

peace :-)

6 comments:

  1. terbaik la post ni. bg saya motivasi. thanks kak cik !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ada post mcm ni , saya pun pernah kena laki kata hidung saya penyet la , saya kena turunkan berat badan (mmg la saya tahu saya gemuk tapi sbg perempuan siapa tak terasa kan ?) , orang kata saya nampak tua drpd umur saya , saya tak marah saya hanya senyum sahaja itu semua daripada lelaki yg berbeza , saya sedar siapa saya nak dapat bakal suami tu tak nak fikir langsung , tapi Alhamdulillah apa apa pun saya fikir pandangan Allah pada saya :D

    ReplyDelete
  3. kak cik to Aisha Humaira

    terima kasih banyak.... sama-sama kita menjadi hambaNya yang bersyukur... Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Saya budak sklh menengah dan tengah alami keadann ni saye tahu saye x sempurna x cantik mcm org lain tpi jagalah hati saya sikit dia org cuma tahu menghina dia org x tahu saya x pernah mintak x cantik mcm ni..sebelum ni saya x pernah pertikaikan perkara ni dan bersyukur dgn apa yg ada tpi sebab mulut mereka saya rase rendah diri rase mcm down sangat..saya nak sangat dia org rase mcm mana kena hina mcm yg dia org buat dkt saya..saya tahu salah tpi saya selalu berdoa supaya dia org akan dpt balasan yg lebih teruk..kadang2 rase sedih sangat sampai rase dunia ni x adil..��.

    ReplyDelete
  5. kak cik to adik nor syuhada

    "be like a flower that gives its fragrance even to the hand that crushed it"
    ~ Saidina Ali bin Abi Talib..

    kalau orang kata kita hitam, gemuk, cakap balik pada dia... kaabah pun takdak curve. besar. petak je.kelambu kaabah warna hitam. tapi tetap sejuk mata memandang. semua orang merinduinya.

    ReplyDelete
  6. Ye betul ,jaga hati Sendiri lebih penting. Watpe nak lawa2 sgt Kan kan nanti jati attention seeker je.

    ReplyDelete