Tuesday, 4 March 2014

Talk Show : Aku Ada Wali


Dah nampak iklan di atas? Ampun...ampun...dah lama kak cik nak share kat sini..Tapi lupa...Huhu... Berlaku kecairan maklumat kat sini....Dah tak sepekat yang disampaikan oleh ustazah Fatimah Syarha...

Tatkala kali pertama saya melihatnya, depan mata, live...SubhaLLah...Comel sangat..Cantik... Sopan...Ah, segalanya lah. Jauh di sudut hati ini, aku nak jadi sesopan dia...Biarpun tak cantik, asal sejuk mata orang yang memandang... :-)

Ustazah datang bersama suami tercinta iaitu Dr Farhan Hadi. Hanya mereka berdua yang mengendalikan pentas. Dah nama pun talk show kan. Hehe..

Okay, kak cik tak nak intro panjang-panjang. Jom kita tengok apa yang Ustazah Fatimah Syarha kongsikan pada malam tersebut.

*Maaf ya, kak cik hanya letakkan point... Dah tak mampu nak huraikan panjang lebar. :-p

******

Topik cinta adalah topik yang sangat penting dan sentiasa evergreen. Dan kita perlu mempelajarinya. Ya, belajar tentang cinta. Belajar tentang hati. Kerana apabila kita belajar, kita dapat ilmu. Dan ilmu itu membebaskan kita dari penyakit bodoh. 

Nota Cinta 1

Cinta nombor 1 - Cinta pada yang SATU (Allah)

*Jatuh cinta memang boleh, ia fitrah. Di luar kawal kuasa manusia. Tapi letakkan cinta kepada Allah itu yang paling utama. 

*Cinta ini ada 3 jenis
1) Cinta Agung (Allah)
2) Cinta pertengahan (berlandaskan syariat)
3) Cinta hina (berlandaskan nafsu)

Nota Cinta 2

"Begin with the end in the mind"

Huh, macam mana tu? Dah begin, tetibe nak end pula? Okay, 'end' di sini bermaksud matlamat kita dihujung perhubungan itu. Biar jelas. Supaya jalan menuju ke matlamat itu lebih cerah.

Nota Cinta 3

Dapat Allah lebih beruntung dari segalanya.

*Jangan sedih kalau kita gagal merebut cinta manusia. Sebab Cinta Allah itu lebih penting dari segalanya. Dan, once kita dapat perhatian Allah, insyaAllah, perhatian Allah juga berjaya kita rembat. Hehe. Analoginya, kalau kita kejar akhirat, insyaAllah dunia akan mengejar kita. Tapi kalau kita kejar dunia, belum tentu lagi akhirat juga dapat kita kejar.

Nota Cinta 4

Cinta Ibu bapa menghantar kepada cinta utama

Cinta utama itu apa tadi? Cinta kepada Allah kan? Pernah dengar hadis Rasulullah "Keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa".

Jadi untuk mendapat keredhaan Allah dalam percintaan kita ini, pastikan dahulu kita mendapat restu ibu bapa. Pandangan mereka itu penting. Sebab tak ada mak ayah yang nak anak dia kawan dengan orang sebarangan

Nota cinta 5

Bijak memilih.

Bila ada 2,3,4 atau 10 sekalipun pilihan pasangan kita, macam mana nak pilih? How? Sudah tentu dengan solat istikharah. Dan jangan lupa musyawarah bersama ibu bapa. :-)

Kenapa dalam Islam ada konsep akhirat? Sebab Allah nak kita fikir kepada setiap kesan dan akibat kepada perbuatan yang kita dah lakukan. Begitu juga dalam memilih pasangan. Fikir betul-betul sebelum membuat pilihan.

Nota cinta 6

Celikkan cinta yang buta

Nota cinta 7

Kudrat Manusia itu terbatas. Jadi bergantunglah kepada Allah. Kita tidak mampu meramal apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. You do the best, and Allah will do the rest.

**Maaf kalau nota-nota cinta di atas tidak membantu. Sebab dah lama kan? Jadi kak cik pun dah tak ingat. Hanya menyalin semula apa yang terdapat dalam buku nota.

**Ada input yang tak sempat nak salin. Sebab asyik melihat Ustazah Fatimah Syarha yang sungguh ayu...Hehe..

Okay, di sini kak cik nak kongsi rakaman pada malam tersebut. Selamat menonton.

4 comments:

  1. terima kasih, atas kongsian ni,saya suka baca novel Ustazah Fatimah Syarha tetapi pinjam punya, nak beli susah sangat nak dapat... tahu tak kat mana ada jual? maaf ye macam pelik je soalan ni...

    ReplyDelete
  2. to rozaiha darman:

    terima kasih juga kerana sudi membaca... Saya jarang membeli buku tulisan ustazah Fatimah Syarha. Selalunya pijam dari kawan-kawan, sepupu atau adik beradik. Tapi, kalau susah nak dapat dari kedai, saudari boleh beli online sahaja... antara kedai buku online yang selalu saya lawati ialah http://www.mphonline.com...

    untuk tengok buku-buku ustazah Fatimah Syarha boleh tengok di sini...

    http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=search&Cri=2&Val=fatimah%20syarha&Sess=Wed%20Mar%2005%202014%2021:58:43%20GMT+0800%20(Malay%20Peninsula%20Standard%20Time)

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi menjawab soaln saya..terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  4. to rozaiha darman..

    sepatutnya saya yang berterima kasih. Tidak sangka blog saya yang tak seberapa ini ada jugak yang membaca... :-) terima kasih ya..

    ReplyDelete