Tuesday, 11 March 2014

Review : Saya Tunggu Awak



Saya Tunggu Awak ialah tajuk sebuah novel. Kalau kak cik jumpa buku ni dekat rak buku di kedai buku, memang confirm tak beli. Confirm! Tajuk dia cliche sangat. Macam tajuk orang-orang muda remaja je. Hehe. (Walaupun kak cik still lagi remaja). it's not my taste lah! Kak cik lebih tertarik dengan tajuk-tajuk yang klasik, bersastera, dan ada 1001 persoalan di sebalik tajuk tu. 

Tetapi, dalam 2-3 bulan ni ramai sangat kawan-kawan kak cik baca novel 'Saya Tunggu Awak' (STA) ni. Best sangat ke? Sampai bawa ke kelas? Siap gelak-gelak lagi. Buku kulit buku pun hampir tergulung sebab banyak sangat bertukar tangan. 

Awal-awal semester, kak cik teringin nak baca buku ringan-ringan. Awal semester kan! Nak relaks-relaks dulu. Nanti dah dapat assignment baru kita baca bahan-bahan yang berat. Jadi kak cik mencari-cari buku yang sesuai untuk dibaca. Bahan bacaan yang ringan, urm...novel lah jawapannya. 

Suatu hari kak cik berkunjung ke bilik seorang akak senior yang juga pemilik novel tersebut. Di atas mejanya ada novel tersebut.

Kak cik : Akak, best ke novel ni? Saya tengok ramai orang baca. 

Akak Senior : Ya Allah, Azimah. Best sangat. Macam sesuailah dengan kehidupan kita kan. Kita kan nak jadi ustazah. Cerita ni pasal kehidupan seorang ustazah.

Kak cik : Ohhh, Nak pinjam, boleh?

Jadi awal-awal pagi tu kak cik dah start baca. First page. Menarik. Second page, lagi menarik. Kita macam tak sabar-sabar nak tahu apa cerita helaian seterusnya. And for the first time kak cik tahan diri dari buka helaian terakhir untuk tahu ending nya. Sebab kak cik betul-betul nak enjoy cerita tu. Betul-betul nak menghayati. Betul-betul nak menjiwai! 

Lenguh duduk, berbaring. Penat berbaring, meniarap. Sambil makan pun kak cik baca novel tu. Hanya berhenti waktu solat sahaja. Iyalah, di belakang ramai lagi yang Q nak baca kan. Kenalah bertimbang rasa.

Apa yang dapat kak cik katakan untuk novel ini, masyaAllah, SubhanaLLAH, Allahuakbar. Mesejnya sampai ke hati. Kalau nak difilemkan pun kak cik teruja nak teonton.

Kak cik sangat puji penulis STA. Kalau nak dihuraikan memang banyak. Antaranya bagi kak cik penulisnya sangat kreatif. Di dalam novel tersebut, beliau menceritakan tentang kehidupan seseorang yang bertitle 'ustazah' yang belum pernah diceritakan oleh penulis lain lagi.. Kalau dalam novel itu nama ustazahnya Ustazah Hanna Mardhiah.

Kebiasaan dalam novel-novel lain, kehidupan sebagai seorang ustazah ini digambarkan totally perfect. Santunnya, bicaranya, malah rumah tangganya pun diceritakan sebagai keluarga yang paling bahagia, sempurna dan menjadi idaman setiap orang. Akan tetapi ada masyarakat yang tak tahu kehidupan sebenar seorang ustazah.

Kehidupan seorang ustazah ini macam mana? Ya, seorang ustazah itu, walaupun selalu dipandang tinggi masyarakat, menjadi tempat rujukan dia juga tidak terlepas dari ditimpa ujian terutamanya UJIAN HATI. Mengapa? Kadang-kadang iman seorang ustazah juga goyah apabila ujian datang bertubi-tubi. Kadang-kadang mahu mengambil jalan yang singkat untuk lari dari ujian.

Seorang ustazah itu...Walaupun dia seorang agamawan, ilmunya tinggi, bertudung labuh,..namun dia tetap insan biasa. Dan kak cik cukup takut sekali jika kak cik menjadi salah seorang 'ustazah yang menjadi fitnah kepada agama'. Kak cik takut jika hanya kerana kak cik buat salah, maka orang lain yang bergelar ustazah juga turut dipandang serong. Na'uzubillah.

Tapi Ustazah Hanna Mardhiah seorang yang berwawasan dan berfikiran jauh. Dia akan fikir betul-betul tentang baik dan buruk sesuatu keputusan yang diambil. Dan tidak lupa juga beristikharah!

Selepas membaca novel ini. Hati kecil ini terdetik. "Tak lama lagi aku juga akan bergelar ustazah. Aku nak jadi seorang ustazah sesolehah Hanna Mardhiah. Kalau tidak, layakkah tanganku dikucup oleh anak-anak muridku nanti?"

Kenangan kak cik dengan novel ini, kak cik menangis semahunya ketika bab Hanna Mardhiah menahan sakit ingin melahirkan anak kembarnya. Suami tiada di sisi. Hanya Allah tempat bergantung. Kak cik jadi teringat pada kata-kata emak. "Orang perempuan yang ada pengalaman bersalin, sabarnya lebih tinggi dari orang yang tidak berpeluang bersalin. Sebab dia tahu sakit bersalin itu sakit yang teramat. Jadi dia bersabar. Jika Allah uji dia dengan sakit-sakit yang lain, apalah sangat sakit itu jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin".

Novel ini sarat dengan ilmu. Wataknya seolah-olah hidup. Macam dekat je dengan kita. Macam ada kat sebelah je.( Okay, itu dah lebih). Tapi, ahh, macam tu lah rasanya. Tak tahu nak cakap macam mana.

Satu lagi yang menariknya tentang novel ini, setiap kali habis satu-satu bab akan diakhiri dengan ayat al-Quran yang membuatkan kita akan berfikir semula...

Habis saje membaca, cepat-cepat kak cik google. Google tentang apa? Sudah tentu tentang penulisnya! 

Buat Bonda Nor, saya dah jadi peminat bonda Nor! Hehe. Memandangkan kita menetap di satu negeri yang sama, saya harap suatu hari nanti kita dapat berjumpa. Face to face!. (Masih berbaki 2 tahun setengah lagi kak cik berada di sini, insyaAllah).

Moga Bonda Nor terus diberi nikmat kesihatan, masa lapang dan ilham yang mencurah-curah untuk menulis novel yang sebaik dan sebagus ini lagi! 

"Dalam dunia ini tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku menjadi asbab kepada perkara yang lain pula"~ Ustazah Hanna Mardhiah.

Novel Saya Tunggu Awak,
 totally recomended !!!

*Tak sabar nak dapat BB1M. Nak beli novel ini untuk simpanan sendiri.. ^_^

*Psss.... setelah di google-google, Bonda Nor ini orangnya sangat cantik! Ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi.. :-)

*Dont judge book by it's cover... ;-)

*Dah lama entre ni terperuk dalam draft, akhirnya hari ni di publish juga.

No comments:

Post a Comment