Thursday, 3 April 2014

Arjuna Beta ~ Fynn Jamal

Dalam kesibukkan membuat assignment dan laporan, tak kira, kak cik nak share jugak apa yang kak cik rasa sekarang.

Kak cik selalu terkebelakang berbanding orang lain dalam hal-hal hiburan tanah air tak kisah la version islamik ke rock ke atau apa-apa. Maklumlah, kak cik hanya dengar radio klasik nasional je...ekeke...

Baru-baru ni, ketika di dalam kelas, kawan kak cik ada memasang satu lagu. Tajuknya 'Arjuna Beta'. Tapi kak cik tak berminat pun nak dengar. Sebab tajuknya macam ewww...ni mesti pasal boyfriend ni...

Satu malam, kak cik cuba google lirik lagu tersebut beserta muziknya. First time dengar, ditambah lagi dengan penghayatan liriknya, oh mayyyy.... ada cecair jernih menitis di kiri dan kanan pipi. Sangat tersentuh sanubari ini. Baru seminggu berjauhan dengan mak, dah start home sickk.... :'(

2,3,4,5 kali ulang lagu tuh, ish, ini tak boleh jadi. Terus google tentang penulis dan penyanyi lagu tersebut. dan..

inilah gerangan orangnya. Comel kan? hehe

Ternyata, Arjuna Beta adalah lagu tentang rasa hati seorang ibu kepada anaknya. Kak cik yakin, semua emak di dunia punya hati dan harapan yang sama. 


Membaca sekilas lalu blog kak fynn, sungguh diri ini telah jatuh cinta padamu. Semua kak cik dah follow. Dari facebook, instagram kak fynn sendiri sehinggalah ke suaminya sehinggalah ke ibu mertuanya! Haha..fanatik tak?

Dan tak lupa juga. Kak cik dah click 'add favorite' pada blog kak fynn. Sebab tak boleh nak menghayati setiap tulisannya sekarang. Perlu siapkan assignment terlebih dahulu, baru boleh marathon membaca blog kak fynn..Hehe..

Kak cik suka gaya tulisannya. Slamba tetapi berbahasa. Pedas tapi penuh puitis. Dan banyak juga vocab baru yang kak cik belajar ! Siapa kata penyanyi jalanan tak ada masa depan. Mereka bernyanyi kerana ingin meluahkan rasa. 

Walaupun kak cik baru kenalnya tak sampai 24 jam, ah, banyak sangat benda nak cerita. Tapi kesuntukan masa. Saya masih ada timbunan kerja kursus yang harus dibereskan. =_=''..

Jom kita dengar dan hayati lagu "Arjuna Beta"

 

**Arjuna Beta**

Takkan ku biarkan walau ribut
menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu
mana nak pergi
jalan betul
anakanda tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkas jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Arjuna yang dimaksudkan di atas adalah anak angkat kak fynn sendiri. Nama penuhnya adalah Bakti Arjuna Fitri. Urmm.. kak cik rasa umurnya sekarang ni maybe dalam lingkungan 2-3 tahun kot. I'm not too sure. :-)

Inilah gerangan si budak kecik, comei, lottey, suka senyum, suka kerut dahi, rasa nak cium pipi, dan semuanyalah.... Juna, kak cik love juna sangat-sangat...awak comel tau...hehe

Sebenarnya, semasa Juna berumur dalam 2 bulan lebih, Juna pernah dibedah dadanya, tapi atas sebab-sebab yang kak cik kurang pasti.




Sumber gambar link

"Juna, besar nanti jadi orang yang baik tau!"

dan banyak juga tulisan kak fynn yang kak cik suka. Antaranya :
"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.

Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.

Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.
Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.
InsyaAllah,
inilah random kindness of the day aku. 
1) Demi mahukan zuriat.  
Rabbi laa tazarni fardan, wa antal khairul waarithiin.
Tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan, dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.
Wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai solat, kami didatangi bunda Juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga zuriatnya yang bakal lahir ke dunia. 
2) Demi mempermudah segala masalah.
Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair.
Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.
Gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan. Sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari Tuhan yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau apa saja.
3) Demi rezeki yang cukup asal cukup.
Wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja. Wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
Wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu. Innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
Dan sesiapa bertakwa kepada Allah-- diadakan Allah jalan keluar. Dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2. Dan sesiapa berserah sehabis2nya pada Allah-- padanya dibagi kecukupan. Sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu pada sesiapa yang dikehendaknya.
Amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- Rasa tak perlu disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. Kerana apa perlu semua itu, bila telah ada Tuhan di setiap jalan engkau itu.  
4) Demi meminta pertolongan. 
Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'ainin
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami,
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- walau dalam sekelip mata cuma.
Ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari Ustaz Kazim Al-Hafiz. Dia ceritakan Rasulullah melihat Fatimah hidup dalam keadaan susah, dan dipesannya supaya Fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. Bila baginda datang sekali lagi, dia dapati Fatimah masih dalam keadaan sama. Rasulullah terus menegur Fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".
Buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
Moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
Moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan menyampaikannya.
Pesan aku--
Tuhan itu Ada.
Percaya dan bukan sekadar kata.
Yakin.
Dia selalu ada untuk kita--
Tak kiralah buruk mana kita--
Tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk Tuhan kita.
Tuhan itu sifatnya ADA.
Hidup seorang perempuan kan, takkan lengkap selagi dia tak kandungkan anak dari rahimnya sendiri. Seperti kata kak fynn :

"Ketakutan yang paling besar bagi seorang perempuan bukanlah kesakitan untuk melahirkan anak, tetapi ketakutan untuk tidak dapat merasa untuk melahirkan anak." =(

Okay, rasanya dah panjang kot kak cik cerita pasal kak fynn ni..hehe...jom sambung berassignment... ;-)

*Langsung BUKAN orang alim. Cuma banyak bercakap tentang baiknya Tuhan.

5 comments:

  1. sama lh... first time dgr terus minat...sedar d dgr lagu ni...tenang kepala otak dgr lagu ni..haha.

    ReplyDelete
  2. kak cik to cik Anon :

    Kannn? Lagu yang sangat menusuk kalbu...penuh makna

    ReplyDelete
  3. salam akak, boleh tak nak tahu apa nama blog kak fynn? :)

    ReplyDelete
  4. kak cik to Anis Suhana :

    Wasalam... blog kak fynn ada dua yang akak jumpa...
    http://fynnjamal.blogspot.com/
    http://puisitepijalan.blogspot.com/

    tapi semenjak dua menjak ni, instagram dan facebook adalah medium utama yang kak fynn guna. Dah jarang update blog.. Tapi kalau nak baca kisah-kisah lama kak fynn, bolehlah rajin-rajinkan diri selak blog kak fynn tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Klau tak silap peri cenderawasih pun kak fynn jgk :-)

    ReplyDelete