Thursday, 3 April 2014

Donut ala IPGKDRI

Holaa!!!... Tuan-tuan dan puan-puan... Hari ni jom kita belajar buat donut pulak.... :-).... Hakikatnya, kak cik belajar banyak sangat version buat doh donut ni. Ada orang kata macam tu..Ada orang kata macam ni. Tapi tak kisah lah. Asal jadi donut, sedap di tekak, dan kenyang di perut, okay lah kan!... Kali ni kita belajar buat donut ala IPG KDRI pulak...

*Kak cik masuk kelas memasak yang yurannya RM5 satu semester !

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1 kg tepung gandum
1 paket yis (11 gram)
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu pekat
3 cawan air (ikut kesesuaian)
1 biji telur

Caranya?

Campak-campak je semuanya.. Tapi pesan tuan guru kami, air masukkan sedikit demi sedikit. Then, uli la sampai doh tu jadi macam ni...

Bekas jadi bersih...tak da tepung yang melekat.

Kemudian bentukkannya menjadi sebiji donut!...biasalah...ramai orang kan..sebab tu bentuknya pun bervariasi..ekeke...

Then, goreng... :-)

Bila dah siap goreng, kita boleh letak pelbagai topping. Nak chocolate ke, atau nak perisa original pun boleh. Tabur gula je.

*Istimewanya doh ni, tak perlu perap dia sampai kembang 2 kali ganda. 

*Yeay! minggu depan kelas menjahit pulak ^_^

No comments:

Post a Comment