Saturday, 19 April 2014

Guru itu part 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Urm... actually tak tahu nak mula dari mana. Haish...

*Tarik nafas...hembus

Okay, jom kita tengok ada apa atas meja study kak cik...


Atas meja study kak cik ada satu sudut. Sudut gambar-gambar orang tersayang. Yang dalam frame ada gambar ramai-ramai tu gambar family kak cik. Gambar di atasnya pula gambar bersama guru kesayangan kak cik. Lebih tepat, ustazah kesayangan.

Kali ini, kak cik nak bercerita tentang ustazah kesayangan tersebut. Tapi kak cik tak nak cerita macam mana dia hadir dalam hidup ini. Yang itu awak-awak semua boleh baca di sini (guru itu)...Seriously, kak cik tak banyak kenangan dengan dia. Tapi, kenangan yang ada ini akan kak cik semat betul-betul dalam hati.

Semenjak hari pertama kak cik kepit gambar itu di situ, seorang demi seorang tetamu yang hadir ke bilik akan berkata :

"Eh, samalah muka azimah dengan mak azimah"

"Eh, ni gambar emak azimah ke? Sama lah muka!"

"Ooo, ni emak azimah ke? Sama!"

Hehe...kak cik tergelak. Ya, beliau memang bonda saya! Bonda kami semua. Sebab dia selalu panggil kami anakanda. :-)

Kenapa ustazah begitu istimewa sekali di mata kak cik? Bukan kerana kak cik tak sayang atau tak cinta kepada guru-guru lain. Tapi...ah, entahlah, ustazah yang seorang ini sungguh istimewa. Jujurnya, kak cik tak berani nak bergurau lebih-lebih dengan dia. Bukan kerana dia garang. Malah tak pernah pun dengar dia meninggikan suara. Langsung! (Mungkin sebab kami budak baik. Jadi ustazah tak pernah marah..hehe)..Mungkin kerana rasa hormat kita padanya. Tapi, bila bersamanya getaran jantung itu berbeda... kadang-kadang terfikir, dah macam orang jatuh cinta aku ni. Tapi memang! Memang aku jatuh cinta pandang pertama pada ustazah itu.

Berkesempatan menjadi anak didiknya 'officially' selama sebulan, berkesempatan berada di bawah naungannya sebagai PK HEM selama setahun, kenangan apa lah sangat yang dapat kak cik kumpul. Tapi, kenangan bergambar di atas bersamanya sungguh istimewa. 

Bila dah keluar sekolah, kak cik teringin sekali nak keep in touch bersama ustazah. Tapi diri ini tak tahu nak mula dari mana. Malu...

Hanya mampu bertanya khabar tentangnya melalui rakan-rakan dan guru-guru yang lain. :-)

Suatu hari kak cik dapat satu mesej dari ustazah di facebook. Terkejut bukan kepalang. Tahu apa yang ustazah tulis?Bacalah!


**pada hemat kak cik, mungkin ustazah dah baca apa yang kak cik tulis tentangnya di blog beberapa tahun lalu. Tentang amanat terakhir sebelum beliau berpindah sekolah.

Pernah juga di tengah malam, ustazah hantar mesej lagi...


Huhu....pernah terdetik di hati ini, kalau ditakdirkan suatu hari nanti kak cik diberi kesempatan memiliki anak perempuan, akan kunamakan dia FARISHANA. Moga dia memiliki akhlak sehebat Ustazah Farishana... :-)

Sebenarnya hari ini hari lahir Ustazah. Tak ada yang mampu kak cik berikan melainkan sebaris doa.

"Moga ustazah sekeluarga senantiasa di bawah rahmat Allah. Moga umur yang telah berlalu dan masih berbaki diberkatiNya"

~Salam rindu dari negeri pesisir pantai

Penyu bukan sebarang penyu,
Penyu ayu di timur sana,
Rindu bukan sebarang rindu,
Rindu beserta sekalung doa.

*Ustazah pernah pesan, kalau tiba-tiba rasa nak buat jahat, bisikkan pada hatimu "inni akhafullah" (sesungguhnya aku takutkan Allah) . Pasti tubuhmu bergetar hebat. ;-)

No comments:

Post a Comment