Thursday, 17 April 2014

Sharing is caring : online ticket & minyak rambut

Hi guys. Alhamdulillah.. Baru mampu bernafas setelah hampir 3 minggu berhempas pulas menyiapkan assignment yang setinggi gunung ditambah pula laporan Pengalaman Berasaskan Sekolas (PBS). Alhamdulillah atas nikmat sihat dan masa lapang serta ilham... (dah macam menulis refleksi pulak.Hiks).

Okay, sedikit masa ini kak cik ingin berkongsi beberapa perkara yang kak cik teringin nak kongsi dengan korang. 

First baru-baru ini kak cik terdesak sangat nak balik kampung. Why? Tak de lah terdesak sangat. Saja diri ini tergedik-gedik nak tengok bunga 'sakura' yang sedang lebat nun di Kedah sana. *Padahal balik dah tak ada bunganya. Tinggal tongkol je. yang ada cuma bunga lalang belakang rumah. Haha..

Okay, dalam keadaan terdesak macam tu, mana nak siapkan assignment yang berbaki, mana nak keluar beli tiket lagi, dah kalau keluar nak kena sewa kereta, kalau sewa kereta nak kena isi minyak dan bayar sewa, minimum isi minyak RM5, minimum sewa kereta sejam RM6, kalau keluar ke bandar tak mungkin sejam je, at least 2 jam, so semua tu pakai duit tau. 

*Actually, kak cik malu nak cakap dekat cashier, "akak/abang, saya nak isi minyak kereta RM5"...huhu..RM5 tu macam standard motor je.

So, kak cik teringat ada seorang akak ni pernah ajar cara nak tempah tiket bas online. Very easy. Korang ingat kapal terbang je boleh tempah online? Hehe..

Kalau tak percaya, cubalah. Klik link ni.

Dia akan keluar macam ni.


Scroll bawah sikit, kita ada banyak pilihan bas. Kliklah bas mana korang suka. Tapi tak semua bas akan lalu atau pergi ke tempat yang korang nak tuju. Pandai-pandai la pilih.

 Pilihan bas sepanjang kak cik berada 3 tahun di bumi penyu ni adalah SP Bumi...:-)

Tapi, setiap bas akan ada online charge. Lepas tu ada charge online banking pulak. Tapi totally tak lebih dari RM6. Kak cik excited dengan kemudahan ni, kemudian cerita pada kawan-kawan. Tahu apa reaksi mereka?

=_=" Mahalnya

What? Mahal? daripada awak nak sewa kereta RM6, isi minyak RM5, drive 30-45 minit ke bandar semata-mata nak beli tiket awak still cakap mahal? Tempahan ni boleh selesai dalam masa kurang 5 minit dan pembelian boleh dibuat sambil meniarap di atas katil ! Awak still cakap mahal dan tak berbaloi...Hurmm..what ever.

For me, jimat masa, tenaga dan very economic.

Second, bila dah balik kampung, mandi-mandi, basuh rambut, kak cik letak minyak rambut yang ada dalam almari emak. Memang kak cik suka letak minyak rambut sebab rambut lebih rapi dan tak mudah gugur kalau kita sikat. 

And you know what? For the first time, kak cik suka membelai-belai rambut sendiri...haha...i have found my new hobby. Sebab rambut jadi lembut sangat. Bak sutera..(okay, itu dah lebih). Kejap-kejap nak pegang rambut. Kejap-kejap nak cium rambut. Oh ya, minyak rambut tu jugak wangi!

Minyak rambut yang kak cik maksudkan itu adalah minyak zaitun jenama A'laisyah. :-)


Yang penting selamat, suci, murni serta terdapat logo halal jakim... :-)

Oh ya, minyak rambut ni tak jumpa lagi cara nak beli online. Tetapi boleh didapati di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan anda... ;-) hehe

No comments:

Post a Comment