Tuesday, 6 May 2014

BB1M at PBAKL

Setiap tahun, yang ditunggu-tunggu adalah hadiah daripada our beloved Mr. Prime Minister. Apa? Sudah tentu Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)!

Kenapa? Macam-macam kita boleh beli dengan baucer buku ni. Contohnya, seperti kami yang bakal menjadi guru ini, mesti banyak guna kertas. Colourful papers untuk buat Bahan Bantu Mengajar (BBM). So, dengan adanya BB1M ini, beban yang ditanggung ini kurang la sikit. Bukan setakat kertas, colourful pen, gunting pelbagai bentuk, dan banyak lagi lah. Tidak ketinggalan jugak, buku-buku juga amat diperlukan.

Tapi, untuk BB1M tahun ini, kak cik tak beli semua itu. Sebab rasa macam 'lambat' lagi nak praktikum. Yang itu kita tunggu BB1M tahun depan pulak ya. Hehe. 

Seperti biasa. BB1M ini jumlahnya adalah sebanyak RM250. Banyak kan? So, kak cik beli apa banyak-banyak sampai RM250 ni? 

RM50 pertama kak cik beli notebook cooler. Sebab rasa benda ni perlu sangat. Iyalah. Kak cik kan gamer maniac dan suka blogwalking blog-blog orang lain!. Justeru, laptop itu mudah panas. Hehe... Nak beli guna duit sendiri, memang tak lah! Dan bila dah beli tu, better 'grab' yang mahal terus. Baru berbaloi.

RM50 yang kedua dan ketiga (RM100) kak cik beli Kapersky Antivirus. Ramai orang kata. Membazir la. Better download je dari internet. Huh, kak cik ini dah la buta IT. Ni nak download antivirus pulak di internet. Kang lain yang nak download, lain pulak yang didownload. Huhu. Bila beli CD, install, dah boleh guna. Mudah dan selamat.

Jadi balance yang tinggal hanya RM100. RM100 yang terakhir itu kak cik guna sepenuhnya untuk beli buku. Kebetulan, 2 minggu yang lepas kak cik ke Kuala Lumpur untuk hadiri satu konvensyen, jadi singgah sebentar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang sedah berlangsung di PWTC.


Bila jejak je kaki di sana, buku pertama yang kak cik cari adalah buku karangan Bonda Nor. Saya tunggu awak (STA) dan yang terbaru pujuklah hati. STA tu kak cik dah baca. Tapi buku kawannya punya. Jadi nak beli untuk simpanan sendiri.

Tapi, sayang! tersilap hari. Kalau tidak meti boleh jumpa Bonda Nor. Personally!...huhu

*Kak cik seperti dapat menduga style Bonda Nor menulis. Pasti diakhiri setiap bab dengan ayat Quran. SubhanaLLAH. :-)


Hanya dua buku tu je yang kak cik betul-betul nak beli. Di sebabkan waktu itu dah nak maghrib, jadi rembat je lah apa yang ada depan mata. Antaranya buku ini. Nukilan Saudara Hilal Asyraf. Ini buku pertama beliau yang kak cik beli. Kak cik tak pernah baca buku dia. Jadi, apa salahnya mencuba kan?

*Baru baca beberapa page. Ohh! Tingginya imaginasi Hilal Aysraf. :-)


Dah pernah baca buku pertama Dr. Farhan Hadi, jadi ingin membaca buku-buku yang seterusnya, Lagi pula tajuknya agak menarik. :-)



Dua buku di atas sekadar ingin memenuhi kuota RM100. Tampak menarik. Boleh bawa ketika berPBS (pengalaman berasaskan sekolah) nanti. Sambil-sambil bercerita dengan anak murid. ;-)

Abu Hassan Morad merupakan antara penulis yang kak cik minat. Sebab dia menulis cerita berdasarkan tempat-tempat yang dia pergi. Secara tidak langsung kita mendapat gambaran tentang sesuatu tempat walaupun tidak pernah ke sana. 

Style ini sama juga dengan kak Ummu Hani, anak sulung penulis berkenaan.

Psss, tak sabar nak tunggu kak Ummu Hani tulis cerita tentang korea!

Tak sabar rasanya nak cuti midterm. Boleh hadam semua buku-buku ni. Thanks Mr. PM!!!... 

Terima kasih daun keladi. 
Tahun depan bagilah lagi. 
^_^

2 comments:

  1. Terima kasih Kak Cik kerana sudi baca buku saya. Semoga bermanfaat ya.

    ReplyDelete
  2. to BONDA NOR

    Terima kasih juga untuk bonda sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini... :-)

    ReplyDelete