Sunday, 22 June 2014

Maleficent vs Frozen

 Recently, banyak pula cerita kanak-kanak yang tak berapa nak ikut fairytail dulu kala. Contohnya macam cerita Frozen yang lagunya betul-betul menjadi satu fenomena besar di dunia ni... Boleh dikatakan semua kanak-kanak sama ada pelat atau tidak boleh menyanyi lagu 'let it go' itu. Kononnya sang heroin perlu dicium oleh sang jejaka untuk membebaskan diri dari sihir. Tapi sangkaan meleset. Rupanya, kasih dari saudara sendiri yang di'highlig'kan dalam cerita tersebut sebagai kasih sejati berbanding dengan pakwe.

Ending yang tidak disangka-sangka kan? Selepas tengok cerita ni, kak cik betul-betul puji cerita ini. Walaupun kartunnya mendedahkan aurat, sekurang-kurangkan pemikiran kanak-kanak sekarang dicuci dari adengan 18sx (kiss) tu. Dan, mereka belajar satu perkara: "Air yang di cincang tidak akan putus". Persaudaraan adik beradik kekal sampai bila-bila dan itulah kasih sayang yang sejati. Urm... bagus la... bagus...



Terkini, cerita fairytale yang baru pula ; Maleficent. Agak menarik. Sama menariknya dengan Frozen. Mesej yang ingin disampaikan pun hampir serupa dimana, ciuman sang jejaka tidak lagi berkesan untuk menghapuskan sihir. :-) Mesej yang bagus. Maksudnya, jangan terlalu percaya lelaki. Selagi belum kahwin, "cinta" mereka mungkin ada niat yang tidak baik di sebalik itu. Contohnya dalam cerita Maleficent ni.

Jalan cerita Frozen, mungkin semua orang dah tahu. Tapi Maleficent mungkin tak ramai. Kalau nak tahu ceritanya macam mana, tontonlah sendiri. Tak best lah kalau kak cik cerita. Tapi, sungguh. Sangat menarik.

Sepanjang kak cik menonton Maleficent ini bersama abang-abang, sepasang mata ini tak pernah terlepas daripada mengamati wajah Maleficent acted by Angelina Jolie. Kak cik tak pernah minat dia. Tapi, entah... Baru kak cik tahu, she has a very very super wonderful smile and beautiful eyes!!. 

Ehem... patutlah Brat Pitt tergoda... hehe

Nah, kak cik persembahkan beberapa keping gambar Maleficent.




Dari Maleficent juga, kak cik belajar satu perkara :

Dalam dunia ini, tidak ada orang yang nak jadi jahat. Keadaan yang memaksa mereka menjadi seperti itu. Kadang-kadang, keadaan yang memaksa tersebut menjadikan nafsu mereka terlanjur dahulu dari akal yang waras. Namun, sejauh mana kita yang "perasan" baik ni mampu bersabar dan memberi mereka ruang dan peluang untuk kembali memilih jalan yang betul. 

:-)

2 comments:

  1. "Dalam dunia ini, tidak ada orang yang nak jadi jahat. Keadaan yang memaksa mereka menjadi seperti itu. Kadang-kadang, keadaan yang memaksa tersebut menjadikan nafsu mereka terlanjur dahulu dari akal yang waras. Namun, sejauh mana kita yang "perasan" baik ni mampu bersabar dan memberi mereka ruang dan peluang untuk kembali memilih jalan yang betul. " Well said.. pasal tu kita ada agama yang menjadi pegangan. Jangan biarkan keadaan yang mengubah kita. Biarkan kita yang mengubah keadaan.

    ReplyDelete
  2. to azreen raub

    yaaa...selagi kita berada di landasan agama, insyaAllah selamat selamanya.... Ibarat seperti dalam lagu Arjuna Beta "Selama Tuhanmu ada, takkan engkau tercela"..

    "Jangan biarkan keadaan yang mengubah kita. biar kita yang mengubah keadaan".... well said too! boleh saya quote-kan dalam entre saya yang akan datang? :-)

    ReplyDelete