Sunday, 22 June 2014

Tutorial : Brooch Bunga Kembang

Sengaja, nak ceburkan diri dalam bidang kraf membuat keronsang pulak... Dah namanya pun perempuan kan, makanya keronsang dan perempuan berpisah tiada. :-)

Bahan-bahan yang diperlukan :


1. Kain yang bersesuaian. Keras. Contoh fabrik : Felt.
2. Benang.
3. Jarum.
4. Gam.
5. Gunting.


Fabrik tadi, potong dalam bentuk bulatan sebanyak lima unit. Kalau nak sentuhan yang lebih kreatif boleh la gunting macam ada lekuk-lekuk sikit seperti bunga. 

Lipat menjadi dua bahagian seperti di atas.


Kemudian, lipat lagi menjadi dua bahagian. Senang cerita lipat empat lah.


Kemudian jahit fabrik yang dilipat tadi ke atas fabrik yang lain yang berperanan sebagai tapak.


Ulang langkah sehingga menjadi seperti ini. Pemilihan warna fabrik bergantung pada citarasa masing-masing.


Nak lebih kemas, boleh tampal bulatan merah jambu (apa nama entah) ditengah-tengah macam gambar di atas. Kalau tak nak pun tak pa.


Kemudian, bentuk kelopak-kelopak bunga tersebut supaya kelihatan seperti sekuntum bunga yang sedang mekar. 

Akhir sekali, jangan lupa tampal jarum di belakang. Kalau tidak macam mana nak pinkan di tudung ;-)

No comments:

Post a Comment