Monday, 21 July 2014

Mereka...







Sengaja letak gambar-gambar mereka... Moga memberi secebis inspirasi pada diri ini untuk terus tsabat dalam landasan yang telah dipilih ini. Tetapi, sehebat mana pun mereka, tetap tidak boleh kalahkan guru-guru kita di sekolah yang telah berperanan secara langsung dalam mendidik kita semua. Jadi, kenapa tak letakkan gambar mereka sahaja di sini? Sebab gambar mereka terlalu eksklusif ;-)

*Orang kata dalam dunia ini ada 3 benda yang bila kita tengok dapat pahala. 1)Kaabah Syaarif. 2)Mak dan ayah.. 3) Para ulama'.... Justeru jangan jemu memandang mereka... :-)

Sunday, 20 July 2014

Ini Baru Raya!!!



Haha.... Kak cik tengok iklan raya ni, gelak sorang-sorang... kan???

Bukan nak nafikan yang smartphone tu membawa 1001 manfaat... Dah nama pun 'smart'... tapi, disebaliknya pun membawa 1001 kekurangan....

Jangan terlalu taksub dengan smartphone...

Kalau tak, kitalah manusia yang paling takde 'life' dalam dunia ni... :-)

Akhir kalam, selamat pulang ke kampung... Ingat... Di kampung, jangan terlalu berkepit dengan gajet masing-masing.. Inilah masanya untuk berkepit dengan sanak saudara yang dah lama tak jumpa, kan?

Friday, 11 July 2014

Qasidah


Ramadhan yang ke-13... Terliur nak makan Qasidah-kuih kegemaran kami 4 beradik setiap kali tiba bulan puasa.

Dulu arwah tok cik selalu buatkan kuih ni untuk kami sekeluarga.. Sedapnya, tidak ada tandingan. Walau di cari di mana-mana bazaar Ramadhan sekalipun. Jadi, bila diperantauan ni, kadang-kadang rindu itu masih ada. Nak dibeli di bazaar takut tak sama. Jadi dicuba buat sendiri mengikut resepi yang ada dalam buku resepi emak.

Bila tengok... Laaa, senang je rupanya... 3 je bahannya.

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
3/2 cawan gula

Dikacau pada api yang kecil.

Untuk garnishing, bawang digoreng sehingga kekuning-kuningan kemudian tabur je.

Kalau nak tahu siapa tok cik kepada kami empat beradik, sila lah klik link ini.

Selamat berbuka puasa semua... :-)

Tuesday, 8 July 2014

Kumencari Kemanisan Iman

Assalamualaikum readers! Macam mana puasa Ramadhan kali ini? Moga lebih bertambah amalnya daripada tahun-tahun yang lalu. Andai ini Ramadhan terakhirku, rugilah diriku jika tidak merebut peluang ini. Ye dak?


Pernah tak, dalam hidup kalian, kalian lihat mana-mana ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja (tak semestinya golongan agama sahaja), terdetik di hati anda :

"Baiknya dia..."
"Solehahnya dia..."
"Aku nak jadi macam dia ya Allah..."
Berseri-serinya wajah dia... Ada Nur"

Pernah tak? Contoh terdekat, gambar public figure di atas ni, Ustazah Norhafizah Musa. Bukan dia sahaja... Ramai lagi... Setiap kali melihat mereka-mereka ini di kaca TV atau guru-guru kita di sekolah mahupun di mana sahaja, hati ini terasa nyaman. Tetapi kepala ligat berfikir. 

"Mampukah aku menjadi seperti mereka?",

Setiap kali ada masa terluang, selalu kak cik merenung masa depan. Mereka ustazah. Orang yang menceburi bidang agama... Ya, aku juga. Kalau wajah mereka mampu mendatangkan ketenangan hati pada mereka yang memandang, mampukah juga diriku?

Percakapan mereka tidak sia-sia. Tapi aku?

Kalau diimbas kembali satu persatu guru-guru di sekolah, bagi kak cik, merekalah the great teachers! Kerana great teachers inspire!. Lebih kurang 2 tahun lagi, atau yang paling dekat, 2015 nanti dah start praktikum fasa 1, mampukah diri ini dilabel sebagai 'the great teacher' juga oleh bakal anak-anak muridku nanti?

atau....

Layakkah tangan ini dikucup mereka?

atau,

aku hanyalah seorang 'ustazah' yang mendatang fitnah kepada agamanya sendiri?... Na'uzubillah.

Takut sangat kalau diri ini dilabel :

"Eleh, dia ni tudung je labuh, tapi perangai na'uzubillah!"
"Dia ni nama je ustazah, tanya hukum yang mudah itu pun tak tahu nak jawab!".
"Guru agama, tapi tak baik mana pun. Baik lagi guru bahasa inggeris!",

:'(


Ya Allah,
Di dalam jutaan umatmu,
Pilihlah jiwaku,
Aku mahukan hidayah,
Yang bukan sekadar tahu,
Aku mahu mampu.

Jauh di sudut hati ini,
Ingin sekali aku merasai,
apa itu kemanisan iman,
yang sering meniti...
di bibir-bibir mereka ...

Walau apa cara sekalipun,
Berilah aku sedikit ruang,
mahupun peluang,

Aku mohon.


Ya Allah,
Ketika aku memilih untuk mentaatiMu,
Kuatkanlah hatiku untuk meninit jalan itu,
Jika aku terjatuh,
Bangunkanlah,
Tatkala aku nekad untuk meninggalkannya,
Bantulah aku dengan cahaya,
Agar terang untukku memilih,
Antara yang hitam dengan yang putih.

Wahai engkau,
Tatkala aku harus pergi,
Lepaskanlah,
Jangan kau tambah beban ini,
Jangan buat aku menoleh lagi,
Tatkala aku harus melangkah,
Relakanlah,
Kerana hakikatnya,
Antara kita ada Allah.

Duhai aku.
Jangan lesu dalam keliru,
Biarkan dosa-dosa itu pergi,
Bermujahadahlaj meniti jalanan berduri,

Bonda Nor,2014

****

Daripada Anas r.a, Rasulullah bersabda :

Tiga perkara yang barangsiapa yang mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :

Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain.

Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain, melainkan kerana Allah.

Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهبلنامن لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

**Jangan diukur dalamnya ilmuku berdasarkan labuhnya jilbabku. Aku mengenakan kerudung yang besar dan labuh kerana aku berasan nyaman dan aman dengannya. Sungguh, aku masih penuntut yang merangkak.

Monday, 7 July 2014

Smartphone...Smartphone

"Bila azimah nak ada whats app?"
"Bila azimah nak pakai smartphone?"
"Alaaa... beli yang murah-murah pun tak apa".



Begitulah. Kak cik selalu dihujani dengan soalan-soalan tentang smartphone. Kak cik tak nak pakai ke? Nak! Teringin sangat! Ada game. Boleh access internet dengan mudah. Siapa tak nak kan?

Ke tak mampu nak beli? Errr, kalau kawan-kawan boleh kumpul duit elaun beli smartphone, kenapa kak cik tidak? ye dak?

Habis tu?


Percayalah, kak cik ada sebab yang tersendiri.

Kak cik bukanlah seorang yang menolak teknologi. Sumpah! Majalah PC lah yang mula-mula kak cik cari setiap kali berkunjung ke perpustakaan waktu sekolah dulu. Tapi kenapa tak nak guna smartphone? Kan salah satu gadget terkini tu?

Aip, kan kak cik dah kata kak cik ada sebab yang tersendiri.

Okay..okay... kak cik explain satu persatu supaya salah faham ini berakhir di sini ya.

Pertama :

Kak cik malu dengan ayah, emak, kakak dan abang-abang. Mereka telah bekerja, bergaji tetap tetapi tidak menggunakan smartphone (1-2 tahun yang lepas). Sedangkan kak cik masih pelajar, kerja pun tak tahawan hala lagi. Takkan nak berlagak hebat dari mereka kan?

Walaupun sekarang mereka semua dah ada smartphone masing-masing kecuali emak (ayah baru guna sebulan yang lepas), tapi kak cik masih malu dengan abang-abang dan kakak. Seingat kak cik, mereka mula menggunakan handphone ketika melangkah ke alam universiti. Itupun dengan duit sendiri. Kak cik ingat lagi, dulu, kami hanya menunggu panggilan kakak dari USM, sebab kakak menelefon kami dengan hanya menggunakan public phone. Sedangkan kak cik, kak cik ada handphone peribadi sendiri pemberian ayah ketika tingkatan 4!

Ke dua:

Smartphone tu harganya mahal. Ya, ada yang murah. itupun dalam lingkungan RM 300 kan? Selalunya, barang yang mahal-mahal ni kalau tidak terdesak sangat, kak cik hanya beli bersempena sesuatu. Contohnya mencapai target pointer ke. Sebab, bagi kak cik, awak mesti berusaha dulu, kemudian baru menghargai diri sendiri. Barulah benda yang kita beli itu bermakna dan punya sentimental value.

Ke tiga :

Baik, nakal, jahat, atau malasnya diri kita, kita sendiri je yang tahu. Walau baik macam mana pun kita berlakon depan orang, kita tetap tidak boleh tipu diri kita sendiri. Justeru, kak cik tahu, kak cik peminat sebarang game yang tegar, dan dengan game kak cik selalu melewat-lewatkan solat, malah kadang-kadang emak panggil 2-3 kali baru menyahut. Jadi, kak cik risau kalau kak cik semakin leka atau semakin ralit dengan adanya smartphone ni. Daripada mengejar kebaikan smartphone yang satu itu, lebih baik meninggalkannya daripada mendatangkan 1001 kemudaratan. Tak kisah lah, biarlah orang panggil kita batak pun.

Ke empat :

Kak cik selalu kecik hati kepada kawan-kawan atau saudara-mara sendiri yang tidak memberi perhatian kepada kita ketika mereka sedang bermain dengan smartphone. Kecil hati kan, kalau kita bercakap, tetapi muka pun tidak ditoleh. Kecik hati kan, bila kita disuruh ulang bercakap sebab mereka tidak menumpukan perhatian padahal kita bercakap di sebelah telinga dia sahaja. Justeru, kak cik harap, kalau suatu hari nanti ditakdirkan kak cik miliki smartphone sendiri, kak cik akan cuba elakkan semua ini.

**Untuk membeli smartphone ini, kak cik dah ada target tertentu yang perlu dicapai... Tapi malu nak cakap... :-) Takut tak jadi...

For my own philosophy,

Biarlah handphone kita koman pun, asal kita tidak kedekut kredit nak balas message orang. Buat apa ada smartphone mahal, tapi kredit sifar. Buat apa smartphone mahal kalau nak balas message kawan pun malas.

Pemberian Kitab Percuma














Siapa-siapa yang nak kitab di atas ni, just leave me a message at azimahabdulghani@gmail.com... Free of Charge ye... terima kasih...

Sunday, 6 July 2014

Aku Nak Jadi Baik

Sudah lama,
Hati ini berteriak,
"Aku nak jadi baik...
seperti dia,
dan dia,
ah, seperti mereka semua!"

Namun,
Aku tidak mampu ya Allah,
untuk bergerak seorang diri,
aku perlukan kekuatan dariMu,
Walau secebis cuma...

Ya Sami',
Ya 'Alim...


Ragam Ramadhan 2

Click image untuk grafik yang lebih baik... :-)

Wednesday, 2 July 2014

Ragam Ramadhan 1

*Boleh click pada gambar untuk grafik yang lebih jelas...