Tuesday, 8 July 2014

Kumencari Kemanisan Iman

Assalamualaikum readers! Macam mana puasa Ramadhan kali ini? Moga lebih bertambah amalnya daripada tahun-tahun yang lalu. Andai ini Ramadhan terakhirku, rugilah diriku jika tidak merebut peluang ini. Ye dak?


Pernah tak, dalam hidup kalian, kalian lihat mana-mana ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja (tak semestinya golongan agama sahaja), terdetik di hati anda :

"Baiknya dia..."
"Solehahnya dia..."
"Aku nak jadi macam dia ya Allah..."
Berseri-serinya wajah dia... Ada Nur"

Pernah tak? Contoh terdekat, gambar public figure di atas ni, Ustazah Norhafizah Musa. Bukan dia sahaja... Ramai lagi... Setiap kali melihat mereka-mereka ini di kaca TV atau guru-guru kita di sekolah mahupun di mana sahaja, hati ini terasa nyaman. Tetapi kepala ligat berfikir. 

"Mampukah aku menjadi seperti mereka?",

Setiap kali ada masa terluang, selalu kak cik merenung masa depan. Mereka ustazah. Orang yang menceburi bidang agama... Ya, aku juga. Kalau wajah mereka mampu mendatangkan ketenangan hati pada mereka yang memandang, mampukah juga diriku?

Percakapan mereka tidak sia-sia. Tapi aku?

Kalau diimbas kembali satu persatu guru-guru di sekolah, bagi kak cik, merekalah the great teachers! Kerana great teachers inspire!. Lebih kurang 2 tahun lagi, atau yang paling dekat, 2015 nanti dah start praktikum fasa 1, mampukah diri ini dilabel sebagai 'the great teacher' juga oleh bakal anak-anak muridku nanti?

atau....

Layakkah tangan ini dikucup mereka?

atau,

aku hanyalah seorang 'ustazah' yang mendatang fitnah kepada agamanya sendiri?... Na'uzubillah.

Takut sangat kalau diri ini dilabel :

"Eleh, dia ni tudung je labuh, tapi perangai na'uzubillah!"
"Dia ni nama je ustazah, tanya hukum yang mudah itu pun tak tahu nak jawab!".
"Guru agama, tapi tak baik mana pun. Baik lagi guru bahasa inggeris!",

:'(


Ya Allah,
Di dalam jutaan umatmu,
Pilihlah jiwaku,
Aku mahukan hidayah,
Yang bukan sekadar tahu,
Aku mahu mampu.

Jauh di sudut hati ini,
Ingin sekali aku merasai,
apa itu kemanisan iman,
yang sering meniti...
di bibir-bibir mereka ...

Walau apa cara sekalipun,
Berilah aku sedikit ruang,
mahupun peluang,

Aku mohon.


Ya Allah,
Ketika aku memilih untuk mentaatiMu,
Kuatkanlah hatiku untuk meninit jalan itu,
Jika aku terjatuh,
Bangunkanlah,
Tatkala aku nekad untuk meninggalkannya,
Bantulah aku dengan cahaya,
Agar terang untukku memilih,
Antara yang hitam dengan yang putih.

Wahai engkau,
Tatkala aku harus pergi,
Lepaskanlah,
Jangan kau tambah beban ini,
Jangan buat aku menoleh lagi,
Tatkala aku harus melangkah,
Relakanlah,
Kerana hakikatnya,
Antara kita ada Allah.

Duhai aku.
Jangan lesu dalam keliru,
Biarkan dosa-dosa itu pergi,
Bermujahadahlaj meniti jalanan berduri,

Bonda Nor,2014

****

Daripada Anas r.a, Rasulullah bersabda :

Tiga perkara yang barangsiapa yang mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :

Allah dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain.

Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain, melainkan kerana Allah.

Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهبلنامن لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

**Jangan diukur dalamnya ilmuku berdasarkan labuhnya jilbabku. Aku mengenakan kerudung yang besar dan labuh kerana aku berasan nyaman dan aman dengannya. Sungguh, aku masih penuntut yang merangkak.

No comments:

Post a Comment